Tuchel Pertahan Werner ‘Kalau Perempuan Tak Nak Keluar Dengan Kau, Jangan Paksa’

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel telah mempertahankan Timo Werner selepas kegagalan pemain penyerang itu menyempurnakan peluang dengan kata-kata yang bijaksana ‘Kalau perempuan tak nak keluar dengan kau, jangan paksa’.

Dalam satu sidang media, Thomas Tuchel juga telah menjelaskan tindakan beliau menghalang Timo Werner dari melakukan latihan tambahan untuk sentuhan penyudah.

Thomas Tuchel masih percaya kepada Timo Werner dan mengatakan kepada pemain tersebut bahawa akal fikiran Werner tahu bagaimaina untuk menjaringkan gol jadi jangan risau.

“Semalam aku halau Werner ketika latihan kerana beliau mahu melakukan latihan penyudah.”

“Aku cakap kat Werner ‘Kau tak perlukan latihan. Badan dan otak kau tahu bagaimana nak menjaringkan gol dan kau dah buat benda tu sejak umur enam tahun. Jangan bimbang ia akan datang’.”

Kemudian Thomas Tuchel telah memberikan perumpamaan yang agak padu dan tidak mahu Werner memaksa diri kerana semua itu ada dalam diri Werner.

“Jika perempuan tak nak keluar dengan kau untuk makan malam, kau tak boleh paksa. Bertenang sedikit dan mungkin beliau akan call kau. Jadi jaringan akan datang.”

Pemain penyerang Jerman itu telah menghadapi kesukaran selepas menyertai Chelsea dengan reputasi agak besar dari RB Leipzig awal musim ini.

Werner hanya menjaringkan dua gol dalam 27 perlawanan terakhir beliau dalam semua kejohanan dan dengan tanda harga £47.5 juta sudah pasti jangkaan tinggi diletakkan.

Thomas Tuchel serius mempertahankan Werner dengan penjelasan yang masuk akal malah menganggap hantaran yang dibuat oleh Ilkay Gundogan bukanlah satu hantaran yang baik.

“Yang paling utama, itu merupakan satu hantaran yang teruk dari Ilkay Gundogan – Itulah yang aku lihat.”

“Werner terlepas peluang dan semua orang dengan ghairah bercakap mengenai perkara itu dan ini sangat menjengkelkan.”

“Hakikatnya Werner tidak bermain dari kesebelasan utama dalam tiga perlawanan untuk Jerman, jadi jika beliau dapat minit permainan yang lebih maka mungkin lebih banyak jaringan akan terhasil.”

Pengurus Chelsea itu tidak faham dan tidak dapat menerima situasi di mana ramai pihak menyalahkan Timo Werner.

“Satu kerja mudah untuk menunding jari kepada Timo di mana aku tak faham dan tak dapat terima perkara ini. Aku gembira beliau kembai kerana disini beliau dilindungi.”

“Banyak yang kami harapkan dari beliau dan banyak kami dapat.”

“Ya beliau dalam situasi demi beliau kehilangan keyakinan. Bali tidak berfungsi seperti biasa. Tapi beliau bekerja keras untuk kami,”

Satu tindakan yang sangat diperlukan oleh Werner ketika ini ditunjukkan Tuchel yang terus melindungi beliau dari segala kecaman.

“Beliau menjaringkan gol untuk kami, mencipta bantuan gol serta mendapatkan penalti. Jika ini satu titik paling kritikal dalam karier kau, kau terima jela dan cakap ‘Ia cukup mengagumkan setakat ini’.”

“Sekarang masa untuk tidak memikirkan perkara itu, jangan baca dan tak perlu lakukan latihan tambahan. Semalam aku halau kerana Werner mahu lakukan latihan tambahan.”

“Perkara paling baik untuk dilakukan adalah bekerja keras dan jangan takut.”

Langkah yang baik dilakukan oleh Thomas Tuchel dengan mempertahankan pemain itu dan terus memberikan kepercayaan bagi mengurangkan tekanan yang dialami Timo Wener.

Dalam pada itu, Thomas Tuchel yang hadir menggantikan Frank Lampard di Chelsea telah dipilih oleh Premier League sebagai pengurus terbaik bulanan bagi bulan Mac 2021.

Ini merupakan kali pertama Tuchel dipilih pengurus terbaik bulanan selepas mengendalikan Chelsea untuk bulan kedua dan menjadi pengurus Jerman kedua selepas Jurgen Klopp.

Tuchel memulakan bulan Mac dengan menewaskan Liverpool 1-0, kemenangan buat kali pertama Chelsea di Anfield sejak 2014. Kemudian menewaskan Everton 2-0.

Chelsea sekadar seri dengan Leed United namun telah melebarkan rekod tanpa kalah sejak mengendali Chelsea di Premier League kepada 10 perlawanan.

BACA:  Hamilton Dan Serena Williams Berpotensi Untuk Menjadi Pemilik Baru Chelsea