Ucapan Penuh Emosi Mohamed Salah Selepas Mesir Sah Gagal Ke Piala Dunia

Video Mohamed Salah memberi ucapan penuh emosi kepada rakan sepasukannya di Egypt tular di media sosial pada ketika ini.

Selepas Mesir gagal untuk melayakkan diri ke pentas Piala Dunia, Mohamed Salah tampil membuat ucapan penuh emosi untuk rakan sepasukannya.

Seolah-olah aksi ulangan perlawanan akhir AFCON, Senegal sekali lagi berjaya menewaskan Mesir menerusi penentuan sepakan penalti.

Jika sebelum ini mereka menewaskan Mesir untuk menjulang gelaran AFCON pertama negara, kali ini Senegal mencatat kemenangan untuk layak ke Piala Dunia Qatar.

Egypt berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 ketika aksi leg pertama di Cairo minggu lalu, hasil gol jaringan dari Mohamed Salah.

Kedua-dua pasukan kemudiannya sekali lagi bertemu untuk aksi leg kedua di Diamniadio kemarin dalam usaha untuk memburu tempat ke Qatar.

Gol sendiri jaringan pemain midfield, Hamdi Fathi sudah cukup untuk bantu Senegal bawa perlawanan ke aksi tambahan masa, sebelum pemenang terpaksa ditentukan menerusi aksi penentuan sepakan penalti.

Salah gagal menyempurnakan sepakan penalti, sebelum rakan sepasukannya di Liverpool, Sadio Mane cemerlang jaringkan gol penentu untuk membawa Senegal ke Qatar.

Dalam satu video yang sedang tular di media sosial, Salah dilihat menyampaikan ucapan penuh beremosi kepada rakan sepasukannya, dan ada dakwaan yang mengatakan bahawa beliau sudah memberi bayangan mahu bersara dari pentas bola sepak antarabangsa.

“Saya berbesar hati dapat bermain bersama kamu dan saya sangat berbangga dapat beraksi bersama kamu, saya sangat berbangga tidak kira sama ada saya masih ada atau tidak di masa hadapan.”

Jelas Mohamed Salah menurut wartawan dari Egypt, Ismael Mahmoud.

Melihat kepada kenyataan dari Mohamed Salah itu, ramai yang percaya beliau berkemungkinan akan mengumumkan persaraan terus dari pentas bola sepak antarabangsa.

Senegal sementara itu berkemungkinan akan berdepan hukuman denda dari FIFA selepas beberapa penyokong mereka dilihat menyulu laser ke muka pemain ketika aksi penentuan sepakan penalti.

Terlalu banyak suluhan laser berwarna hijau memenuhi muka dan tubuh Mo Salah ketika beliau sedang mahu mengambil sepakan penalti.

Penyerang Liverpool itu turut terpaksa diiring keluar dari padang selepas tamat selepas sebilangan kecil penyokong Senegal menceroboh masuk ke padang.

Pengawal keselamatan terpaksa memberi kawalan ketat kepada Mo Salah selepas penceroboh padang cuba menghampiri The Egyptian King itu.

Lebih teruk lagi, ketika Salah mahu masuk ke terowong, beliau berdepan detik cemas dengan para penyokong Senegal dilihat melempar objek ke arahnya.

Persatuan Bola Sepak Mesir mendakwa yang para pemain mereka menjadi mangsa hinaan berunsur perkauman dari para penyokong semasa perlawanan berlangsung, dan bas mereka juga diserang oleh penyokong ketika dalam perjalanan menuju ke stadium.

Kenyataan rasmi dari Persatuan Bola Sepak Egypt menyatakan bahawa:

“Skuad kebangsaan Mesir telah mendedahkan hal berunsur perkauman dengan penyokong telah menunjukkan sikap penghinaan kepada pemain Mesir secara amnya dan terutama Mohamed Salah.”

“Penyokong juga mengganggu para pemain dengan membaling botol dan batu ke arah mereka ketika sesi pemanas badan.”

“Bas pasukan Mesir turut diganggu oleh para penyokong hingga menyebabkan cermin pecah dan ada yang mengalami kecederaan, aduan disertakan dengan gambar dan video sebagai bukti.”

Jurucakap FIFA telah memberitahu Sky Sports News bahawa:

“FIFA pada ketika ini sedang dalam proses menganalisis laporan perlawanan di pusingan kelayakan Piala Dunia antara Senegal bertemu Mesir.”

“Maklumat relevan termasuk dari laporan perlawanan akan disiasat oleh badan disiplin sebelum keputusan seterusnya diambil.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Bekas Pemain Liverpool Dakwa Salah Mampu Tewaskan Messi Untuk Rangkul Ballon d'Or