UEFA Dihentam Teruk Kerana Dianggap Terlalu Manjakan England

UEFA telah dihentam teruk kerana membenarkan England bermain kebanyakkan perlawanan mereka dalam saingan Euro 2020 di Wembley Stadium.

Skuad kendalian Gareth Southgate itu telah berjaya untuk mara ke peringkat separuh akhir saingan Euro 2020 dan mereka selepas ini akan berdepan dengan Denmark juga di Wembley.

England sepanjang kejohanan ini, hanya aksi ketika kemenangan 4-0 menewaskan Ukraine sahaja mereka bermain di luar, selain dari itu semua perlawanan mereka dilangsungkan di Wembley.

Bekas pemain penyerang Scotland, Craig Burley telah meluahkan rasa kekecewaan beliau melihat layanan manja yang UEFA berikan kepada skuad kebangsaan England.

Menurut Daily Mail, beliau telah menjelaskan bahawa:

โ€œJika kamu mampu untuk mara ke perlawanan akhir, yang mana saya rasa England akan pergi walaupun Denmark boleh dianggap sebagai pasukan terbaik, mereka akan bermain enam dari tujuh perlawanan dalam saingan Euro di Wembley.โ€

Jelas bekas penyerang Celtic dan Chelsea itu.

โ€œApa benda semua ni dari UEFA? Mereka dah main empat kali dekat Wembley setakat ini.โ€

โ€œJika kamu merupakan sebuah negara elit, yang mana England sepatutnya berada di tahap itu, kamu tak patut bermain enam dari tujuh perlawanan di hadapan penyokong sendiri. Jadi UEFA benar-benar merosakkan segala-galanya.โ€

Denmark juga turut bermain majority perlawanan mereka di Copenhagen sementara satu lagi pasukan semi-finalist, Itali turut merasa bermain di Rome.

Burley kemudiannya menyambung lagi dengan menyatakan:

โ€œSaya tak ada masalah dengan England, dalam kejohanan ketika saya bermain di acara Euro 1996, bermain bertemu mereka di Wembley dengan mereka ketika itu sememangnya tuan rumah untuk kejohanan.โ€

โ€œTapi kita boleh tengok macam mana Belgium tersingkir selepas mereka hanya berkunjung ke merata tempat. Kita tengok beberapa negara lalui hal yang sama.โ€

โ€œIa sepatutnya harus ada unsur kejujuran dalam hal seperti ini. Bukan bermain enam dari tujuh perlawanan di halaman sendiri, dan jika kamu ke perlawanan akhir, ia juga akan dilangsungkan di Wembley walaupun England bukan tuan rumah. Ia langsung tak adil.โ€

Euro 2020 telah diadakan di 11 bandar berbeza dalam 11 negara berbeza pada musim panas ini dengan format yang baru.

Southgate turut menjelaskan yang kembalinya beraksi di Wembley di hadapan penyokong mereka sendiri akan beri kelebihan kepada skuad England.

โ€œIa sangat hebat untuk dapat kembali pulang sekarang.โ€

Jelas Southgate kepada The Guardian.

โ€œUntuk pergi dan mendapatkan suasana berbeza, persiapan berbeza, kita tentu akan hilang tumpuan. Tapi sekarang kita akan kembali ke Wembley, ia merupakan satu hal yang menarik untuk kami. Saya tak perlu untuk beritahu penyokong apa yang perlu dan apa yang tidak.โ€

โ€œMereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan seperti apa yang mereka lakukan sebelum ini. Jadi mereka hanya perlu terus lakukan apa yang telah mereka lakukan sebelum ini. Tapi apa yang paling penting adalah kami harus bermain dengan baik dan manfaatkan kelebihan suasana di stadium.โ€

โ€œTapi tanpa diragukan, kedua-dua memainkan peranan penting. Kejayaan kami sebelum ini kerana mereka. Suasana mereka bawa akan sangat membantu pasukan.โ€

Pemain England ketika beraksi bertemu Ukraine

England dan Denmark akan turun beraksi pada awal pagi lusa dan kedua-dua mereka tentunya akan menyajikan aksi permainan yang sungguh menakjubkan.

Kedua-dua pasukan tentunya mahu mencatat kemenangan, seterusnya mara ke perlawanan akhir dan menjuarai saingan Euro pada tahun ini.

England tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk memenangi saingan Euro 2020 ini dihadapan penyokong mereka, seterusnya menjulang Piala pertama kelab sejak 55 tahun lalu.

England merupakan pasukan pilihan untuk memenangi pertandingan ini di tambah pula mereka mempunyai kelebihan beraksi di halaman sendiri.

Denmark pula merupakan pasukan underdog yang sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini.

Pertembungan antara kedua-dua pasukan ini dianggap hebat kerana England masih belum bolos dari kesemua lima perlawanan awal mereka, manakala Denmark pula berjaya menjaringkan 10 gol dari tiga perlawanan terakhir mereka.

Adakah England akan dibolosi seterusnya disingkirkan oleh Denmark? Atau The Three Lions akan tutup mulut pengkritik dengan menyingkirkan Denmark seterusnya menjuarai saingan Euro 2020?

Bincangkan diruangan komen.

Sumber: ESPN

SB

BACA:ย  Harimau Malaya Pintas Tiga Negara Anggota Gabungan UEFA Selepas Tewaskan Republik Kyrgyz