Man Utd Didenda Kerana Didapati Langgar FFP

Manchester United telah didenda oleh UEFA selepas didapati bersalah melanggar peraturan kewangan FFP.

Musim panas ini menyaksikan United telah menghadkan perbelanjaan mereka dan sehingga kini hanya membawa masuk Mason mound daripada Chelsea dengan nilai yang boleh mencecah £60 juta.

Kelab Manchester itu terpaksa berbuat demikian selepas membelanjakan £220 juta pada musim panas lalu berikutan pelantikan Erik ten Hag sebagai pengurus baharu.

Tindakan menghadkan perbelanjaan oleh United pada musim panas ini adalah kerana kerisauan ia akan melanggar peraturan kewangan FFP.

Walaubagaimanapun UEFA mendapati United tetap telah melakukan kesalahan dalam urusniaga sehingga melanggar peraturan UEFA sebelum ketibaan Ten Hag di Old Trafford.

Menurut UEFA United telah melanggar peraturan tersebut pada 2019 sehingga 2002, namun kesalahan itu hanya membabitkan defisit kecil.

Untuk kesalahan tersebut, United telah didenda sebanyak €300,000 (RM1,527,185) oleh badan bola sepak Eropah itu.

Kenyataan daripada UEFA pada lewat Jumaat berkata: “Ketika musim 2022/23 Jawatankuasa CFBC dipengerusikan oleh Sunil Gulati telah membuat rumusan setelah menyemak laporan kewangan tahun 2019, 2020, 2021 and 2022.

“Ini adalah kali terakihir CFCB melakukan semakan terhadap kelab [Man Utd] menggunakan peraturan lama pelesenan dan peraturan FFP, Edisi 2018.

“Manchester United FC (ENG), Konyaspor (TUR) and APOEL FC (CYP) didapati mengalami jumlah pecahan lebihan defisit yang kecil. Oleh itu setiap kelab akan didenda sebanyak €300,000, €100,000 and €100,000.”

United pula menjelaskan kesalahan itu berkaitan dengan isu lama dan tidak akan memberikan impak kepada proses perpindahan pemain yang mereka sedang usahakan pada musim ini.

“Walaupun kecewa dengan keputusan, Manchester United menerima denda daripada UEFA dan difahamkan ia adalah kesalahan kecil di bawah peraturan FFP terdahulu,” ujar kenyataan daripada kelab.

“Ini adalah perubahan dan langkah oleh UEFA selepas kerugian ketika pandemik, yang hanya membenarkan kelab menggunakan/mengira/berbelanja lebihan €15 juta daripada €281 juta kerugian dicatatkian dalam tempoh itu.

“Selepas pandemik keuntungan kelab telah meningkat dan dijangka akan memecah rekod keuntungan baharu untuk laporan kewangan tahunan akan datang.”

BACA:  Lagenda Kelab Percaya Martial Mampu Membawa Manchester United Menjadi Pasukan Tak Terkalahkan