UEFA Nations League Final: Sepanyol 1-2 Perancis

Penentuan juara UEFA Nations League (UNL) diantara Sepanyol dan Perancis sudah tiba masanya selepas Itali mengesahkan tempat ketiga menjadi milik mereka dengan menumpaskan Belgium 2-1.

Perancis mara ke final UEFA Nations League (UNL) selepas mencatatkan kebangkitan sensasi ke atas Belgium dan Sepanyol pula menumbangkan juara Eropah untuk ke perlawanan akhir.

Sepanyol yang seperti dikenali sejak zaman tiki-taka sudah pasti tidak ada masalah untuk mendominasi perlawanan dengan penguasaan bola yang tinggi.

Namun penguasaan bola yang melampau tidak ada maknanya tanpa mampu menghasilkan sebarang gol dan Perancis masih mengimbangi perlawanan dengan percubaan yang hampir sama.

Sepanyol menguasai bola namun Perancis pula mampu mmelancarkan dan merencanakan serangan dengan begitu efektif.

Separuh masa pertama menyaksikan perlawanan berakhir seri tanpa jaringan dan berlangsung dengan agak membosankan. Tak tau la kau rasa sedap.

Bersambung babak kedua aura perlawanan akhir masih tidak dapat dirasai sehinggalah selepas gol pertama terhasil yang menjadi milik Sepanyol.

Hantaran penuh kebijaksanaan ketua pasukan Sepanyol, Sergio Busquets berjaya mencari Mikel Oyarzabal yang tidak berada dalam situasi offsied.

Dayot Upamecano yang sasa dan gedabak itu gagal secara fizikal untuk menghalang kelincahan Mikel Oyarzabal yang terus membuka tirai jaringan perlawanan pada minit ke-64.

Namun jaringan tersebut tidak bertahan lama, keraian gol lebih lama berbanding masa untuk Karim Benzema kembali menyamakan kedudukan.

Karim Benzema mengambil bola di sebelah kiri lalu masuk sedikit ke kotak penalti menjauhkan diri sedikit dari Caesar Azpilicueta sebelum melencongkan bola cantik ke penjuru gawang.

Untuk rekod, Perancis tidak pernah tewas apabila Karim Benzema menjaringkan gol namun tidak terpakai dipenentuan sepakan penalti.

Pada minit ke-80, Kylian Mbappe memastikan kebangkitan penuh sensasi Perancis apabila menjaringkan gol kedua selepas menyempurnakan hantaran Theo Hernandez.

Pemain Sepanyol membantah jaringan tersebut kerana Kylian Mbappe sangat jelas berada dalam kedudukan offside ketika hantaran dilakukan.

Namun pengadil mengesahkan jaringan tersebut kerana ketika hantaran dibuat Theo Hernandez, Eric Garcia telah melakukan satu geluncuran untuk menghalang dan menyentuh bola sebelum bola itu tiba kepada Mbappe.

Satu kesilapan dari Eric Garcia yang tidak peka dengan kedudukan Mbappe atau ini satu lagi kontroversi atas kesilapan penilaian VAR dan pengadil perlawanan?

Kemudian Aymeric Laporte dilayangkan kad kuning kerana menjatuhkan Leo Dubois betul-betul diluar kotak penalti namun percubaan Antoine Griezmann sedikit melewati palang.

Pada minit ke-88 Mikel Oyarzabal hampir menyamakan kedudukan namun rembatannya telah diselamatkan dengan aksi bertaraf dunia dari Hugo Lloris.

Dengan masa kecederaan 5 minit yang diberikan oleh pegawai perlawanan, Sepanyol sedaya upaya menyerang untuk mencari gol penyamaan dan Unai Simon turut naik ke atas ketika sepakan penjuru.

Memasuki minit ke-94, Hugo Lloris sekali lagi menjadi penghalang dengan satu aksi menyelamat yang padu.

Akhirnya pengadil perlawanan meniup wisel penamat usai masa permainan sudah tiba ke penghujung.

Kedudukan akhir Sepanyol 1-2 Perancis. Satu lagi aksi kebangkitan daripada Perancis yang telah menyemarakan kesedapan sebuah perlawanan akhir.

Perancis muncul juara UEFA Nations League (UNL) bagi edisi kedua selepas, Portugal muncul juara di edisi pertama.

Kesebelasan Utama Sepanyol (4-3-3) : Simon; Azpilicueta, Laporte, Garcia, Alonso; Busquets, Rodro, Gavi; Sarabia, Torres, Oyarzabal.

Pemain simpanan : De Gea, Sanchez, Pau Torres, Martinez, Gil, Pino, Koke, Roberto, Reguilon, Porro, Fornals, Merino.

Kesebelasan Utama Perancis(3-4-1-2) : Lloris; Kimpembe, Varane, Kounde; Pavard, Pogba, Tchouameni, T. Hernandez; Griezmann; MbappΓ©, Benzema.

Pemain simpanan : Costil, Maignan, Martial, Diaby, Dubois, Guendouzi, Upamecano, Veretout, Ben Yedder, L. Hernandez.

UNL Semi Final: Belgium 2-3 Perancis

Perlawanan separuh akhir kedua UEFA Nations League meneruskan aksi menemukan Belgium dan Perancis selepas Sepanyol mengesahkan tempat mereka ke final dengan menumbangkan juara Eropah, Itali.

Perlawanan ini merupakan peluang terbaik buat Belgium untuk memenangi kejohanan antarbangsa pertama mereka selepas kemarau kejuaraan dan era generasi emas mereka hampir tamat.

Romelu Lukaku dan Kevin De Bruyne yang cemerlang bersama kelab masing-masing meneruskan kecemerlangan mereka bersama Belgium dengan aksi penuh meyakinkan pada separuh masa pertama.

Hugo Lloris telah mempamerkan aksi menyelamatkan sensasi dengan menafikan percubaan padu jarak dekat Kevin De Bruyne.

Yanick Carassco membuat tirai perlawanan buat Belgium pada minit ke-37 selepas menyempurnakan umpanan pemain perancang genius Belgium, Kevin De Bruyne.

Tiga minit berselang Romelu Lukaku menggandakan kedudukan dengan rembatan padu teruk dan gol ini juga terhasil daripada kreativiti yang tidak terbatas Kevin De Bruyne.

Jaringan ini telah menamatkan kemarau jaringan Romelu Lukaku selepas lima perlawanan gagal meledak bersama Belgium.

Perancis yang memegang gelaran juara dunia dengan barisan pemain berbakat tidak panik ketinggalan dua gol dan mempamerkan kejaguhan pada separuh masa kedua.

Paul Pogba gagal menyudahkan peluang dengan tandukan melepasi palang dan Antoine Griezmann yang membuat kemunvulan ke-99 bersama Perancis juga gagal menyudahkan hantaran silang Kylian Mbappe.

Pemain muda sensasi yang terpalit dengan kontroversi ekoran sikap divanya, Kylian Mbappe membuktikan kehebatan dan kenapa beliau layak bersifat seperti seorang diva.

Kylian Mbappe menjadi nadi kebangkitan Perancis apabila suapannya berjaya disudahkan oleh Karim Benzema dengan satu putaran yang licik ketika kotak penalti dipenuhi pemain Belgium untuk merapatkan kedudukan pada minit ke-62.

Karim Benzema meneruskan rekod unik di mana Perancis tidak akan tewas apabila pemain penyerang Real Madrid itu menjaringkan gol.

Benzema sudah menjaringkan 31 gol dalam 24 perlawanan dengan rekod 22 kemenangan dan dua kali seri.

Video Assistant Referee (VAR) telah membuat penilaian kekasaran Youri Tielemans ke atas Antoine Griezmann dan sepakan penalti telah diberikan.

Kylian Mbappe tampil menggalas tanggungjawab mengambil sepakan dan menyamakan kedudukan pada minit ke-69. Dua gol dalam tempoh kurang 7 minit.

Satu kebangkitan sensasi daripada Perancis.

Pada minit ke-87, Romelu Lukaku menyangkakan beliau telah menjaringkan gol kemenangan dan membawa belgium ke final dengan satu tolakan mudah.

Namun penelitian dari Video Assistant Referee (VAR) telah mengesan Romelu Lukaku berada dalam keadaan offside lalu gol dibatalkan.

Perancis meneruskan kebangkitan sensasi mereka dan memerah limau ke luka Belgium apabila menjaringkan gol kemenangan dipenghujung perlawanan.

Theo Hernandez menjadi wira dengan gol kemenangan Perancis pada minit ke-91 dengan gol ke bucu gawang. Ini merupakan gol pertama Theo Hernandez untuk Perancis.

Gol lewat permainan Theo Hernandez ini telah membawa Perancis ke final untuk bertemu Sepanyol yang akan berlangsung pada hari ahad ini.

Belgium yang sedap dibarisan hadapan dan sendu dibahagian pertahanan pula akan menentang Itali untuk perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Kesebelasan Utama Belgium : Courtois, Alderweireld, Denayer, Vertonghen, Castagne, Witsel, Tielemans, Carrasco, De Bruyne, Lukaku, E Hazard.

Pemain Simpanan : Mignolet, Casteels, Boyata, Lukebakio, Foket, Theate, Vanaken, De Ketelaere, Dendoncker, Trossard, Saelemaekers, Batshuayi.

Kesebelasan Utama Perancis : Lloris, Kounde, Varane, L Hernandez, Pavard, Pogba, Rabiot, T Hernandez, Benzema, Griezmann, Mbappe.

Pemain Simpanan : Costil, Maignan, Kimpembe, Tchouameni, Martial, Diaby, Dubois, Guendouzi, Upemecano, Veretout, Digne, Ben Yedder.

Pengadil Perlawanan : Daniel Siebert (Jerman).

Itali 1-2 Sepanyol

Malam bola sepak antarabangsa berterusan, selepas disajikan dengan perlawanan antara Malaysia menentang Jordan yang menyaksikan Malaysia tewas empat gol tanpa balas, bola sepak Eropah pula disajikan kepada semua.

Perlawanan separuh akhir EUFA Nations League telah menemukan juara EURO 2020, Itali dan pasukan yang dalam pembikinan, Sepanyol yang dibarisi ramai pemain muda lagi jelita.

Federico Chiesa terlebih dahulu menguji kubu pertahanan dengan satu rembatan luar kotak penalti namun Unai Simon berjaya menepis keluar dengan penuh yakin.

Pada minit ke-17, Sepanyol berada didepan melalui Ferran Torres yang menyempurnakan hantaran lintang cantik Mikel Oyarzabal dengan penuh bergaya untuk mengejutkan Itali.

Pada minit ke-34 Federico Bernardeschi hampir saja menyamakan kedudukan melalui satu rembatan ke bahagian kanan gawang namun berjaya ditepis Unai Simon dan bola terkena tiang lalu keluar.

Sejurus selepas itu Lorenzo Insigne pula datang mencuba namun percubaannya ke laut dalam. tersasar dari gawang.

Malang menimpa Itali pada minit ke-40 selepas gagal menyempurnakan dua peluang keemasan apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain dengan masa perlawanan yang berbaki.

Leonardo Bonucci mengutip kad kuning kedua yang membawa kepada kad merah lalu terpaksa meninggalkan padang kerana menyiku ketua pasukan Sepanyol, Sergio Busquets.

Ini merupakan kali kedua Leonardo Bonucci mengutip kad merah dalam karier antarabangsa, kad pertama ketika kelayakan EURO menentang Malta pada tahun 2014.

Sepanyol segera menggunakan kelebihan seorang pemain dan terus menghukum Itali beberapa saat sebelum tamat separuh masa pertama.

Sekali lagi umpanan Mikel Oyarzabal disudahkan oleh Ferran Torres kali ini melalui satu tandukan dengan kepala.

Dua gol untuk Sepanyol dan kedua-duanya dari Ferran Torres serta kedua-dua bantuan gol hadir melalui Mikel Oyarzabal.

Bersambung babak kedua, Roberto Mancini mengeluarkan Federico Bernardeschi dan digantikan dengan Giorgio Chiellini untuk kembali menguatkan benteng.

Itali jelas kelihatan terencat dengan kekurangan pemain apabila untuk tempoh 10 minit pertama separuh masa kedua, Sepanyol menguasai 86 peratus penguasaan bola.

Kesedapan, keenakan serta keghairahan menonton perlawanan dua pasukan gergasi ini nyata berkurang dengan penguasaan bola menjadi hak milik mutlak Sepanyol, seni bertahan mula dipamerkan Itali.

Pada minit ke-57, Roberto Mancini membuat dua pertukaran lagi dengan mengeluarkan Marco Veratti dan Lorenzo Insigne lalu dimasukkan Moise Kean dan Manuel Locatelli.

Bermula dari satu lontaran ke dalam Itali melakukan serangan pantas melalui Federico Chiesa menyaksikan rembatannya terkena tiang dan pembantu pengadil mengangkat bendera tanpa offside.

Yeremi Pino yang masuk menggantikan Ferran Torres membuat satu chip padu ke kawasan penalti namun Mikel Oyarzabal yang tidak dikawal gagal menanduk tepat ke gawang.

Itali tiada pilihan lain selain bertahan mereka juga wajib menyerang bagi mencari gol penyamaan untuk terus menghidupkan peluang mereka ke final.

Beberapa serangan dilakukan Itali dan akhirnya berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-83 melalui satu serangan balas pantas.

Pada usia 17 tahun 62 hari, Pablo Gavira atau Gavi membuat debut bersama pasukan Sepanyol dan bermain selama 84 minit.

Berpunca dari sepakan penjuru Sepanyol yang berjaya dikeluarkan oleh Giorgio Chiellini dan Federico Chiesa berjaya melarikan bola secara solo.

Ketika berhadapan satu lawan satu berdepan Unai Simon, Federico Chiesa tidak tamak apabila melihat Lorenzo Pellegrini tiba disebelah kanan.

Tolakan dilakukan Chiesa kepada Pellegrini yang tidak dikawal dan dengan mudah satu tolakan dibuat ke gawang yang terbuka.

Namun gol tersebut tidak cukup buat Itali dan hanya menjadi gol saguhati sahaja. Akhirnya Sepanyol berjaya meleburkan rekod 37 perlawanan tanpa kalah Itali dan mara ke final.

Kesebelasan Utama Italy (4-3-3) : Gianluigi Donnarumma; Giovanni Di Lorenzo, Leonardo Bonucci, Alessandro Bastoni, Emerson; Nicolo Barella, Jorginho, Marco Verratti; Federico Chiesa, Federico Bernadeschi, Lorenzo Insigne.

Pemain Gantian : Sirigu, Meret, Chiellini, Calabria, Locatelli, L Pellegrini, Raspadori, Berardi, Dimarco, Acerbi, Cristante, Kean.

Kesebelasan Utama Sepanyol (4-3-3) Simon; Azpilicueta, Laporte, Pau Torres, Alonso; Koke, Busquets, Gavi; Sarabia, Ferran Torres, Oyarzabal.

Pemain Gantian : de Gea, Sanchez, Inigo Martinez, Bryan Gil, Pino, Sergi Roberto, Eric Garcia, Reguilon, Pedro Porro, Rodri, Fornals, Merino.

Pengadil perlawanan : Sergei Karasev (Russia).

BACA:Β  Piala Dunia 2022: Sepanyol 1-1 Jerman