UEFA Sah Batalkan Peraturan Gol di Tempat Lawan

UEFA dengan rasminya telah membatalkan peraturan jaringon di tempat lawan dalam perlawanan peringkat kelab anjuran gabungan bola sepak tersebut bermula pada musim 2021-22.

Sebelum ini, para pembesar dalam Jawatankuasa Pertandingan Kelab UEFA telah mengundi untuk menghapuskan peraturan gol di tempat lawan. Keputusan ini dicapai dalam satu mesyuarat pada 28 Mei dan kini keputusan penuh dan semalam Jawatankuaas Eksekutif UEFA telahpun meluluskan perubahan ini dan akan mula digunapakai bermulanya musim baharu nanti.

Antara bekas pemain yang berada dalam Jawatankuasa Eksekutif ini adalah bintang Piala Dunia 1998 Croatia, Davor Suker, dan bekas pemain AC Milan, Dejan Savićević.

Peraturan sebelum ini menyatakan sekiranya kedua-dua pasukan terikat jumlah jaringan selepas dua pusingan perlawanan, pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol di tempat lawan akan layak ke pusingan seterusnya.

Undian daripada pihak UEFA ini dilakukan selepas mereka merasakan bahawa peraturan ini sudah ketinggalan zaman dan dikatakan sebenarnya sudah bersetuju untuk menghapuskan peraturan tersebut dalam satu konvensyen di Porto.

Bercakap tentang perkara ini, presiden UEFA, Aleksander Ceferin mendakwa kelebihan di tempat sendiri kini tidak lagi sekuat di masa lalu.

“Peraturan gol di tempat lawan adalah satu babak yang penting dalam pertandingan UEFA sejak mula diperkenalkan pada tahun 1965.

“Walaubagaimanapun, persoalan tentang pemansuhan ini sudahpun diperdebatkan dalam pelbagai mesyuarat UEFA sejak beberapa tahun lalu.

“Walaupun tiada pandangan yang sebulat suara, ramai jurulatih, penyokong dan pemegang taruh bola sepak sudah mula mempersoalkan keadilan peraturan ini dan meluahkan kehendak mereka supaya peraturan ini dihapuskan.

“Kesan daripada peraturan ini sudahpun bertentangan dengan tujuan pengenalannya, dan sebenarnya, ia juga telah menghalang pasukan tuan rumah – terutamanya dalam perlawanan pertama – daripada menyerang, kerana mereka takut dibolosi dan memberikan pasukan lawan kelebihan yang penting.

“Ada juga kritikian berkenaan keadilan, terutamanya di masa tambahan, di mana pasukan tuan rumah perlu menjaringkan dua gol selepas pasukan pelawat menjaringkan gol.

“Jadi agak patutlah untuk mengatakan bahawa kelebihan bermain di laman sendiri pada era ini bukan lagi satu kelebihan seperti zaman dulu.

“Dengan mengambil kira kekonsistensian cara permainan di seluruh Eropah, dan banyak fator lain yang membawa kepada penurunan kelebihan bermain di laman sendiri, Jawatankuasa Eksekutif UEFA telah mengambil keputusan yang betul dalam memutuskan bahawa gol di tempat lawan tidak lagi sesuai untuk dikira sebagai lebih bernilai berbanding satu gol di laman sendiri.”

Satu laporan awal ada menyebut bahawa penggunaan gelanggang neutral ketika pusingan suku akhir kejohanan UCL dan Europa hujung musim lalu menjadikan petaturan ini tidak lagi diminati oleh penggiat bola sepak.

Sesetengah pegawai UEFA pula berpendapat bahawa pada zaman ini bermain di tempat sendiri juga tidak menjadi satu kelebihan buat kebanyakan pasukan.

Hal ini terbukti pada musim ini di mana pasukan yang tewas dalam perlawanan akhir Liga Europa tempoh hari dilihat cemerlang di tempat lawan berbanding di laman sendiri pada musim ini.

Dalam era bola sepak moden hari ini, antara pasukan yang mendapat faedah daripada peraturan ini adalah Tottenham Hotspur yang layak ke perlawanan akhir UCL selepas seri dengan Ajax Amsterdam secara aggregat, dan juga Manchester United yang menyingkirkan Paris Saint Germain selepas menang di tempat lawan 3-1, menjadikan aggregat 3-3.

Pada musim ini, Juventus ditendang keluar daripada saingan UCL oleh Porto pada peringkat pusingan 16 pasukan di mana mereka tewas 1-2 di tempat lawan, dan menang 3-2 di laman sendiri.

Antara watak utama yang mengkritik peraturan ini adalah pengurus lagenda Arsenal, Arsene Wenger, yang kini bekerja sebagai Ketua Pembangungan Bola Sepak Sejagat FIFA.

“Aku percaya bahawa permainan taktikal ke arah mencari gol di tempat lawan menjadi terlalu penting,” katanya pada tahun 2008.

“Pasukan seri 0-0 di tempat sendiri dan mereka gembira. Berbanding mempunyai kesan yang positif, dia dah jadi pasukan terlalu bertaktik dalam perlawanan era moden ini.

“Dia dapat kesan yang berlawanan daripada yang sepatutnya. Pasukan jadi lebih bertahan bila bermain di laman sendiri.”

Tentangan terhadap peraturan ini dikuatkan lagi tiga tahun lalu di mana pengurus berprofil tinggi seperi Jose Mourinho, Unai Emery dan Massimiliano Allegri mahukan kajian semula.

Sebagai jawapan balas, Giorgio Marchetti, Timbalan Setiausaha Agung UEFA berkata,”Para jurulatih rasa menjaringkan gol di tempat lawan tak sesukar zaman dulu.

“Mereka rasa peraturan ini perlu dikaji dan itulah yang kita akan buat.”

Dalam satu laporan oleh Daily Telegraph, data menunjukkan bahawa semakin sedikit pasukan yang mencatatkan clean sheet di tempat sendiri, dengan pasukan pelawat lebih banyak mencatatkan kejayaan dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Bilamana peraturan baru mula digunapakai di Eropah, pasti akan ada banyak negara yang akan mengikut jejak langkah ini termasuk Malaysia. Ye lah, kiblat bola sepak Malaysia kan terletak di Eropah.

Berita : sportBIBLE

BACA:  (WHO) Menggesa Semua Saingan Bola Sepak Dibatalkan