United Tidak Pernah Tewas Sejak Kehadiran Bruno Fernandes

Ketibaan Bruno Fernandes ke Old Trafford pada bulan Januari lalu sangat menggembirakan seluruh peminat pasukan setan merah.

Buat pertama kalinya selepas bertahun-tahun, United berjaya mendapatkan seorang pemain menyerang berkelas dunia. Dan Bruno berjaya membuktikan kehebatan beliau sejak perlawanan pertama dirinya bersama setan merah lagi.

Fernandes telah menjaringkan tiga gol dan dua assist dalam tujuh perlawanan bersama United untuk semua pertandingan. Beliau juga menjadi pemain terbaik untuk hampir setiap perlawanan.

United telah membuktikan bahawa kehadiran Fernandes kedalam pasukan sangat membantu. Selepas kemenangan selesa 3-0 mengalahkan pasukan Derby Country dalam pusingan kelima Piala FA kemarin.

Sejak kehadiran pemain Portugis itu, United tidak pernah tewas dalam mana-mana perlawanan. Bermula dari perlawanan menentang Wolves hinggalah ke perlawanan menentang Derby Country.

Setan merah berjaya memenangi empat dari tujuh perlawanan terakhir mereka sejak kehadiran Bruno dan seri tiga perlawanan. Fernandes berjaya melakukan Invincible untuk United.

Dan dari tujuh perlawanan itu United hanya bolos dua gol dan telah menjaringkan 15 gol. Hebat bukan? Mungkinkah Ole Gunnar Solskjaer sudah menjumpai ramuan untuk membawa United menjuarai Liga Perdana musim depan?

Fernandes adalah missing puzzle yang dicari setan merah selama ini. United memang mengalami kesukaran dibahagian tengah pasukan mereka sebelum kehadiran Bruno.

Kalau dilihat kepada aksi United sejak beberapa musim lalu hingga ke awal musim ini, bahagian tengah pasukan mereka teruk. Tetapi lepas kehadiran Fernandes bahagian tengah United begitu menjadi dan kini digeruni lawan.

Zaman kejatuhan United kian berlalu pergi. Kini United sudah bangkit dan akan terus menjadi kuasa besar di pentas Eropah. Fernandes memainkan peranan penting untuk perubahan itu.

Kepada yang menganggap penandatanganan Fernandes hanyalah berlebih-lebihan dan pemain itu tidak layak di anggap turning point untuk pasukan United, anda silap. Kehadiran Fernandes sememangnya memberi sinar baru buat United.

Fernandes tidak memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan liga yang paling mencabar dalam bola sepak dunia, beliau membuktikan nilai Β£68 juta yang dibayar United berbaloi dengan mempamerkan aksi luar biasa hebatnya dalam setiap perlawanan.

Sejak kehadiran Fernandes, Fred juga sekarang mempamerkan aksi konsisten dan sudah berjaya menjaringkan gol untuk setan merah.

Andai Paul Pogba boleh bermain bersama dan digandingkan dengan Bruno, United pasti akan menjadi pasukan paling digeruni semua lawan mereka.

Lihat pada aksi mantap yang ditunjukkan oleh Fernandes tidak mustahil beliau akan menjadi salah seorang calon pemenang Ballon D’or di masa akan datang.

BACA:Β  Bintang Man Utd Dinamakan Sebagai Penandatanganan Januari Terhebat Dalam Sejarah EPL