Van Bergen Dilihat Meminta Untuk Bertukar Jersi Dengan Messi Namun Permintaan Beliau Ditolak

Terdapat satu rakaman yang tular di media sosial ketika ini, yang mana Messi dalam video tersebut dilihat menolak untuk bertukar jersi dengan Van Bergen selepas tamat aksi kemenangan 2-0 PSG menewaskan Reims.

Messi akhirnya melakukan debutnya bersama PSG dalam perlawanan ini, selepas beliau dimasukkan pada babak kedua permainan menggantikan Neymar.

Ia merupakan penampilan pertama bintang Argentina itu selepas beliau melengkapkan perpindahan percumanya dari Barcelona pada awal bulan lalu.

Ketika beliau memanaskan badan, para penyokong yang ada dalam stadium telah mula memberikan tepukan yang sangat gemuruh untuknya.

Tidak kira penyokong pasukan tuan rumah mahupun pelawat, kesemuanya bergembira saat melihat Messi masuk ke padang.

Messi walau bagaimanapun gagal untuk menjaringkan sebarang gol mahupun mencipta assists dengan Kylian Mbappe tenang meledak dua gol membantu PSG mencatatkan kemenangan 2-0 menewaskan Reims.

Namun begitu, ketika wisel penamat dibunyikan, Messi merupakan pemain yang paling menonjol dengan semua perhatian tertumpu ke arahnya.

Predrag Rajkovic meminta Messi untuk bergambar kenang-kenangan bersama anaknya dengan bintang Argentina itu terus mengambil anak penjaga gol Reims itu untuk bergambar.

Ketika Messi sedang bergambar, Van Bergen sudah menanti di sana dan sebaik legenda Barcelona itu berjaya menuju ke terowong, beliau terus meminta untuk bertukar jersi.

Dalam video yang kini sedang tular di media sosial, pemain berusia 22 tahun itu dilihat mendekati Messi dan meminta jersinya.

Messi pula pada ketika itu menunjukkan reaksi seolah-olah beliau tidak mahu bertukar jersi, dan ia berkemungkinan kerana beliau mahu menyimpan jersi debutnya itu.

Jelas sekali jersi debut akan menjadi sangat bermakna untuk Messi dan kerana itulah beliau memilih untuk tidak mahu bertukar jersi.

Ketika Messi berjalan meninggalkan padang, beliau sempat menurunkan tandatangan pada banner penyokong, dan turut meluangkan masa untuk berbual dengan Thierry Henry.

Pemain berusia 34 tahun itu kini sudah melapor diri untuk sertai skuad kebangsaan Argentina, dengan beliau bakal beraksi dalam tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia selepas ini.

Menariknya lagi, salah satu dari tiga perlawanan tersebut, beliau bersama skuad Argentina akan kembali beraksi bertemu Brazil yang mana mereka sebelum ini telah dipertemukan dalam aksi perlawanan akhir Copa America.

Ketika saingan peringkat kelab kembali bersambung nanti, Messi berkemungkinan akan melakukan debutnya di Parc des Princes dan bakal diturunkan dalam kesebelasan utama bertemu Clermont Foot 63 pada 12 September nanti.

Sumber: SB

BACA:  Neymar Rindu Saat Bermain Bersama Messi & Suarez