Van Der Sar Dedahkan Rahsia Kenapa Ronaldo Pemain Yang Lebih Baik Berbanding Rooney

Bekas penjaga gol dan lagenda Manchester United, Edwin Van De Sar telah mendedahkan rahsia kenapa Cristiano Ronaldo menjadi pemain yang lebih baik berbanding bekas rakan sepasukannya di Manchester United, Wayne Rooney.

Ronaldo menyertai Manchester United pada 2003 dan menjadi pemain Portugal pertama menyertai pasukan Setan Merah dengan yuran perpindahan £12.24 juta sekaligus menjadi pemain muda paling mahal dalam sejarah bola sepak Inggeris ketika itu.

Ronaldo dan jersi nombor 7

Ronaldo memakai nombor jersi nombor tujuh dan meneruskan legasi hebat yang ditinggalkan George Best, Eric Cantona and David Beckham. Ronaldo menjaringkan gol ke-100 United pada 29 Oktober 2005. Selepas Ronaldo pergi tiada lagi yang mampu untuk mewarisi nombor tersebut.

Selepas popular dengan filem Shrek pada tahun 2001 Rooney membuat kemunculan dan menggegar bola sepak dunia dengan Everton. Pada 19 Oktober 2002, 5 hari sebelum harijadi ke-17 Rooney telah menjaringkan gol kemenangan menentang Arsenal.

Rooney pernah menyertai trial bersama Kelantan di waktu kegemilangan tetapi ditolak kerana Mat Yo.

Gol tersebut telah menamatkan 30 perlawanan tanpa kalah Arsenal dan menjadikan Rooney penjaring termuda dalam sejarah Premier League pada ketika itu sebelumrekod itu dipintas oleh James Milner dan James Vaughan.

Pada usia 18 tahun Rooney telah berpindah ke Manchester United dengan bayaran paling mahal pernah dibayar untuk pemain berusia bawah 20 tahun. Pada musim pertama Rooney telah muncul sebagai penjaring terbanyak United dengan 11 gol.

Rahsia Ronaldo Lebih Baik Berbanding Rooney

Dalam pendedahan yang dibuat Van Der Sar beliau menyatakan turut melakukan sedikit pengorbanan untuk Ronaldo yang menyaksikan kini masih lagi dapat bermain pada tahap tertinggi dengan memberikan yang terbaik.

Ketika bercakap kepada majalah FourFourTwo, bekas penjaga gol berusis 46 tahun itu telah ditanya mengapa Ronaldo dan bukannya Rooney menjadi pemain terbaik dunia seperti hari ini walaupun mereka berada pada tahap yang sama semasa remaja.

Adol dan Oney

Van Der Sar yang kini merupakan CEO Ajax telah memenangi 8 kejuaraan utama selama 6 tahun bersama Manchester United. Van Der Sar meraih antaranya 4 gelaran Liga Perdana, satu kejuaraan Champions League dan Piala Dunia Kelab.

“Adol(Ronaldo) dan Oney(Rooney) ni memang sentiasa bekerja keras dan memberi yang terbaik di padang, tapi Ronaldo kini berada satu tahap di atas.”

“Di luar padang, Adol juga fokus dan mengambil serius dengan pelbagai perkara sperti, mendapatkan rehat dengan secukupnya dan sentiasa berusaha menguatkan tubuhnya.

Clear! Clear! Jerit Van Der Sar.

Menurut Van Der Sar lagi, Ronaldo yang juga nama panggilan manjanya Adol selalu membuat latihan tambahan terutamanya membuat sepakan percuma selepas sesi latihan tamat dan akan meminta pertolongan Van Der Sar.

“Selepas tamat latihan Adol selalunya akan berlatih membuat sepakan percuma dan datang kat aku lalu meminta :’Edwin boleh tak kau jadi penjaga gol?'”

“Aku pun cakap la, aku dah tua jadi baik ko guna penjaga gol pasukan remaja, tapi Adol terus mendesak aku jadi keeper sebab dia nak menewaskan aku.

“Bila aku cakap gitu Adol jadi jiwa kacau dan menjawab :’No, no, no! Don’t phunk with my heart! Ko pergi jadi keeper jugak!.”

Esok kita berlatih lagi

Kerana Van Der Sar berjiwa Abah-Abah dituruti saja kehendak orang muda seperti Ronaldo, kesanggupan Van Der telah membolehkan Ronaldo memperbaiki teknik sepakannya dengan berlatih menentang salah seorang penjaga gol terbaik dunia pada abad ini.

“Adol ni budak yang baik, sopan dan beradap orannya tapi tula, kadang-kadang persepsi negatif orang ramai ni tidak menggambarkan personaliti sebenar Ronaldo.” Ujar Van Der Sar lagi.

Dari apa yang didedahkan Van Der Sar ini rahsia utama Ronaldo mampu mengekalkan tahap terbaiknya dengan mengamalkan disiplin diri yang tinggi di luar padang, tidur awal, jaga makan, tidak hisap rokok dan tidak mengambil minuman keras.

Diusia 36 tahun, usia senja bagi pemain bola sepak Ronaldo kini kembali bersama Manchester United dan masih lagi menjadi pemain menakutkan diperingkat tertinggi terutamanya di saingan Champions League.

Gandingan Rooney, Ronaldo dan Tevez adalah satu gandingan yang amat mengujakan untuk ditonton pada suatu ketika dahulu.

Sumber : Mirror

BACA:  Allegri Percaya Ronaldo Akan Tamatkan Kemarau Jaringan Ketika Menentang Manchester United