Varane Laung Amaran: “Manchester United Ada Kualiti Untuk Menjulang UCL”

Pemain dengan 5 UCL, Raphael Varane melaungkan amaran kepada 31 pasukan yang lain bahawa Manchester United akan bergelar juara UCL musim ini.

Kenyataan optimis dibuat oleh Varane itu berdasarkan kualiti skuad Red Devils yang menurutnya memiliki segala kualiti yang diperlukan untuk memenangi kejohanan itu.

Manchester United dalam proses untuk bangkit semula selepas kekalahan bermaruah di tangan Crystal Palace sebelum ini.

Apabila bercakap tentang UCL, tiada pemain yang lebih layak dari Varane bercakap tentangnya di England. Kerana dia ada 5 UCL bersamanya.

Berdasarkan pemerhatian dan juga hipotesis beliau, pasukan yang memiliki karakter ulung untuk memenangi UCL musim ini pastinya Manchester United.

Bermakna, Man United akan merampas kejuaraan daripada jiran mereka Manchester City yang memenanginya musim lalu.

Dalam sejarah Liga Juara Juara Eropah, Manchester United sudah memenangi pertandingan itu sebanyak 3 kali. Paling banyak dari kalangan kelab Manchester. Namun kali terakhir mereka mara ke final adalah pada 2011.

Dan itu juga kekal kali terakhir Man United mara lebih daripada suku akhir dalam pentas UCL.

Dalam sidang media sebelum perlawanan menentang Galatasaray di Old Trafford, Varane ditanya sama ada Man United cukup bagus untuk bergelar johan. Varane menjawab:

“Ya, saya rasa begitu. Saya rasa kualiti yang ada pada skuad ini, macam saya cakap, Liga Juara Juara Eropah adalah pertandingan yang sukar, kamu harus ambil kira setiap butiran kecil.”

“Namun kami ada skuad yang berkualiti dengan mentaliti sangat baik. Ya, kami juga harus meningkatkan beberapa aspek permainan kami. Ianya bukan permulaan musim yang kami mahukan. Namun saya masih percaya dengan kualiti skuad yang kami ada untuk bersaing dengan pasukan pasukan terbaik di dunia.”

“Dengan beberapa kali kami bolos, maka kami harus mencipta lebih banyak untuk menjaringkan gol. Itulah realitinya bermain di peringkat tertinggi. Nak menang, kamu harus konsisten.”

“Namun saya tetap yakin kami ada kualiti yang diperlukan dalam skuad ini untuk bermain dan memenangi pertandingan UCL. Tetapi kami harus meningkatkan prestasi kami. Dan esok adalah peluang untuk kami meraih mata pertama dalam pertandingan musim ini, bergerak ke depan dan terus memperbaiki diri.”

BACA:  Penulis Pro Manchester United Layan Maskot Sociedad Menganjing Siuuu