Kali Terakhir Lionel Messi Menjejakkan Kaki Di Old Trafford

8 pasukan telah berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dan undian juga telah dijalankan untuk menentukan lawan masing-masing.

Malang buat Manchester United kerana mereka sekali lagi diundi bertemu pasukan yang cukup mantap iaitu Barcelona. Di pusingan sebelum ini, United bernasib baik kerana berjaya meloloskan diri dari Paris Saint-Germain hasil bantuan VAR pada minit-minit terakhir perlawanan.

Malam yang sengsara buat Scholes walaupun berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk Setan Merah

Bagi peminat neutral pula, perlawanan Manchester United menentang Barcelona merupakan perlawanan yang ditunggu-tunggu kerana ia bakal menemukan dua buah kelab yang mempunyai pengikut yang cukup ramai di seluruh dunia.

Pengurus sementara United, Ole Gunnar Solskjaer juga akan kembali ke Nou Camp buat kali pertama sejak menjaringkan gol pada waktu kecederaan untuk menghadiahkan trofi Liga Juara-Juara Eropah kepada pasukannya hampir 20 tahun yang lepas.

Manchester United pernah tewas 2 kali kepada Barcelona dalam final Liga Juara-Juara Eropah. Tetapi persembahan Messi ketika perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah 2008/2009 di Old Trafford akan diingati sebagai perlawanan dimana Messi mengumumkan dirinya kepada dunia.

Barcelona tewas perlawanan tersebut 1-0 hasil jaringan daripada Paul Scholes yang menjaringkan gol menerusi sepakan jarak jauh. Walaupun tewas, Messi bermain cemerlang untuk pasukannya dan memainkan peranan yang baik dalam mengkucar-kacirkan pertahanan United.

https://twitter.com/MessiZ0NE/status/1106524311035228161

Memandangkan Messi akan membuat kepulangan ke Old Trafford tidak lama lagi, kami ingin membawa anda semua mengimbau kembali persembahan padu Messi dalam perlawanan tersebut.

Ia merupakan persembahan yang cukup padu yang meletakkan nama beliau di persada dunia. Paul Scholes sendiri pernah mengakui beliau berharap Messi tidak akan berada dalam kawasannya kerana tidak mahu mengawal pemain tersebut yang cukup laju dan licik pada ketika itu.

BACA:  Messi Menangis Ketika Menjulang Piala Copa Di Hadapan Penyokong Argentina