Website Dewasa Tawarkan $10 Juta Kepada Barca Sebagai Dana Tambahan Untuk Kekalkan Messi

Salah sebuah laman web dewasa telah menawarkan Barcelona dana tambahan bernilai $10 juta dalam usaha mereka untuk membantu gergasi Catalan itu mengekalkan Lionel Messi.

Pemain penyerang yang ketika ini berusia 34 tahun itu kini merupakan pemain berstatus free ejen selepas kontrak tiga tahun beliau bersama kelab yang bernilai £476 juta tamat pada awal minggu lalu.

Walaupun pelbagai spekulasi telah tersebar berkait masa depan Messi, namun tentunya ramai peminat yang berharap beliau akan kekal bersama Barca pada musim hadapan.

Menurut media penerbitan Sepanyol, AS telah melaporkan bahawa Messi dijangka akan melanjutkan kontraknya selama satu ke dua tahun lagi di Nou Camp.

Minggu lalu, Presiden La Liga, Javier Tebas telah mengumumkan yang Barca telah melanggar peraturan fair play yang mana kadar pembayaran gaji mereka terlalu tinggi ketika ini.

Bermula musim hadapan, Barcelona akan berada di bawah satu prosedur khas berkait pengurusan atau struktur gaji mereka.

Ia bermaksud pihak kelab perlu membuat perubahan yang significant berkait kewangan mereka dalam usaha untuk memperbaharui kontrak Messi yang telah tamat pada penghujung bulan lalu.

Dipendekkan cerita, salah sebuah laman dewasa yang agak terkenal (Min tak kenal dan tak tahu semua laman dewasa) Stripchat telah tampil mahu menghulurkan bantuan.

Laman sesawang itu bersama rangkaian perniagaan mereka telah menawarkan Barcelona untuk menerima dana tambahan bernilai $10 juta untuk meringankan beban kelab.

Namun Stripchat meminta kepada Presiden Barca, Joan Laporta untuk memberikan mereka sesuatu sebagai ganti kepada kebaikan mereka memberikan dana tambahan itu.

Vice Presiden merangkap pengawai media, Stripchat, Max Bennett telah menulis satu kenyataan di The Daily Star yang menyatakan:

“Sebagai seorang peminat tegar sukan bola sepak, saya sedar yang Barcelona sedang berusaha untuk mencari dana tambahan untuk meringankan beban mereka menawarkan kontrak baru kepada tokoh terbesar kelab Lionel Messi.”

“Ia akan jadi sangat memalukan seandainya mereka membiarkan Leo yang sudah membawa nama Barcelona selama 20 tahun untuk pergi begitu saja.”

“Dalam usaha kami untuk membantu mereka menawarkan kontrak baru, saya mahu menawarkan $10 juta kepada Barca dan saya mahu menjadi rakan niaga Barca untuk membuat live streaming pada musim hadapan.”

“Di Stripchat, kami pakar dalam kualiti penyiaran video/live streams dewasa kepada 429 juta pengikut kami seluruh dunia.”

“Dengan menggunakan teknologi dan rangkaian kami, kami boleh beri kenikmatan yang berbeza dengan live streaming bola sepak dan Messi kepada dunia.”

Dari segi keadaan kewangan Barca, Javier Tebas memberi bayangan yang kemungkinan akan ada kesan serius sekiranya penyesuaian skuad ini tidak dilakukan dalam beberapa bulan akan datang.

“Mereka perlu mengurangkan kadar gaji secara konsisten atau mengeluarkan dana dari hasil penjualan pemain. Saya tak boleh dedahkan semua perancangan ini kepada umum.”

“Mereka tahu jika mereka tidak menjual pemain penting dalam situasi seperti sekarang, kerana klausa yang ada dalam kontrak pemain tersebut.”

Masa depan Messi sememangnya agak samar-samar pada ketika ini dengan keadaan ekonomi Barca, beliau mungkin tidak akan kekal walau kelab sudah menandatangani sahabatnya, Sergio Aguero.

Adakah Messi akan kekal di Nou Camp?

Bukan kerana beliau memilih untuk mendapatkan gaji yang tinggi sahaja, namun seperti yang diumumkan oleh Presiden La Liga, struktur gaji Barca sememangnya terlalu tinggi dan perlu dirombak.

Messi ketika ini telah hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Manchester City pada musim panas nanti, dan ada juga yang mengatakan bahawa beliau akan ke Amerika untuk sertai Inter Miami.

Inter Milan sebelum ini turut sangat berminat untuk mendapatkan khidmat Messi, namun kerana mereka juga berdepan dengan masalah kewangan kelab, maka sukar untuk Juara saingan Serie A itu untuk mendapatkan pemenang enam kali gelaran Ballon d’or itu.

Messi ketika ini sedang beraksi bersama skuad kebangsaan Argentina di pentas bola sepak antarabangsa, dengan beliau cemerlang membawa skuadnya untuk mara ke peringkat separuh akhir Copa America.

Messi berjaya menjaringkan satu gol dan mencatatkan dua assists ketika membantu Argentina menewaskan Ecuador 3-0 di peringkat suku akhir semalam.

Beliau setakat ini telah berjaya menjaringkan empat gol dan mencatatkan empat assists dalam saingan Copa America tahun ini.

Di usia 34 tahun, Messi langsung tidak menunjukkan tanda-tanda beliau sudah penat atau hilang bisa, bahkan beliau dilihat semakin berbahaya dan penyudahnya juga semakin tajam pada ketika ini.

Beliau ketika ini sedang memberi tumpuan untuk aksi peringkat separuh akhir Copa America bertemu Colombia pada 7 Julai nanti.

Maka kerana sibuk dengan tugasan antarabangsa, Messi masih belum memberi sebarang penjelasan berkait masa depannya bersama Barca.

Sumber: SB

Daily Star

BACA:  Messi Sound Weghorst Ketika Temurah - 'Kau Tengok Apa Bodoh? Berambus!'