Yaya Toure Dakwa Guardiola Sering Ada Masalah Dengan Pemain Dari Afrika

Bekas pemain Manchester City, Yaya Toure mendakwa Pep Guardiola sering mempuyai masalah dengan pemain dari Afrika tetapi beliau bersedia untuk ‘menamatkan’ mitos yang dikaitkan dengan pengurus dari Sepanyol tersebut.

Toure membuat dakwaan mengenai bos beliau ketika bermain untuk Barcelona dan Manchester City dalam satu temu ramah yang telah diletakkan di dalam majalah edisi terkini France Football.

Botak ni memang suka cari masalah dengan pemain Afrika, dakwa Yaya

Pemain berusia 35 tahun itu bermain untuk The Citizens selama 8 tahun sejak menyertai kelab tersebut dari Barcelona pada tahun 2010. Beliau berpindah keluar dari Nou Camp kerana pengurus Barcelona ketika itu mengambil keputusan khidmat Toure tidak diperlukan lagi dalam skuad.

Bekas pemain antarabangsa Ivory Coast itu turut percaya beliau perlahan-lahan diketepikan dari skuad Manchester City yang berjaya merangkul trofi Liga Perdana Inggeris dan Piala Carabao musim lepas kerana perasaan ‘iri hati’ Guardiola terhadap kejayaan beliau sebagai seorang pemain.

Guardiola mengharungi karier sebagai pemain bolasepak yang agak baik dimana beliau berjaya memenangi 6 trofi La Liga bersama Barcelona di samping merangkul 1 trofi Liga Juara-Juara Eropah. Tidak lama selepas bersara, Guardiola dinamakan sebagai pengurus Barcelona dan memimpin pasukan berkenaan memenangi 3 kejuaraan liga dan 2 trofi Liga Juara-Juara Eropah.

Toure juga merasakan bukan beliau sahaja pemain berkulit hitam yang menjadi mangsa Guardiola kerana terdapat pemain lain yang mendakwa perkara yang sama berlaku kepada mereka ketika bermain di Sepanyol.

Toure hanya sekali berada dalam kesebelasan utama untuk perlawanan liga musim lepas

“Saya mahu menjadi pemain yang menamatkan mitos mengenai Pep Guardiola [anti pemain kulit hitam]. Saya rasa saya sedang berhadapan dengan seseorang yang cuba membalas dendam terhadap saya.”

“Saya tidak tahu mengapa, tapi saya dapat rasa beliau cemburu dengan saya dan beliau melihat saya sebagai musuh. ”

“Kami sering memandang antara satu sama lain dalam cara yang cukup pelik. Ia kelihatan seperti saya membuat beliau berasa gementar.”

Toure juga percaya beliau sepatutnya beraksi lebih kerap musim lepas. Toure merupakan pemain utama sebelum kehadiran Guardiola di Etihad Stadium, tetapi pada musim terakhirnya beliau sering memanaskan bangku simpanan sahaja.

Toure hanya diturunkan sekali sahaja dalam kesebelasan utama untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris, iaitu ketika menentang Brighton pada bulan Mei. Walaupun sering digunakan dalam kejohanan domestik yang lain, Toure diketepikan dari beraksi dalam perlawanan akhir Piala Carabao menentang Arsenal.

“Guardiola ‘mencuri’ majlis perpisahan saya dengan Manchester City, kelab dimana peminatnya cukup mengagumkan. Saya mahu meninggalkan kelab ini dengan emosi seperti Andres Iniesta meninggalkan Barcelona dan Gianluigi Buffon meninggalkan Juventus. Tetapi Guardiola menghalang perkara tersebut dari berlaku.”

Guardiola lebih gemar menggunakan Sergio Busquests di posisi kegemaran Toure, memaksa beliau beralih ke posisi pertahanan tengah ketika itu.

“Guardiola bertindak kejam terhadap saya. Adakah anda percaya Barcelona akan melakukan perkara sama terhadap Iniesta ? Saya terpaksa bertanya kepada diri sendiri adakah perkara ini berlaku kerana warna kulit saya.”

“Saya bukan orang yang pertama bercakap mengenai layanan yang berbeza ini. Di Barcelona, saya tahu beberapa pemain uga merasakan perkara yang sama.”

“Mungkin kami orang Afrika tidak akan dilayan seperti layanan kepada orang lain. Saya mula perasan beliau sering mempunyai masalah dengan pemain dari Afrika pada masa yang lepas.”

BACA:  Pep Beri Bayangan Akan Mencari Pengganti Kepada Benjamin Mendy Yang Kerap Cedera