Zidane: Musim Real Madrid Semakin Beransur Pulih

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane percaya pasukannya mula menunjukkan kemampuan mereka yang sebenar dan prestasi mereka juga semakin beransur pulih selepas mengharungi musim yang agak mengecewakan di peringkat domestik.

Dalam perlawanan awal pagi tadi, Real Madrid berjaya menewaskan Paris Saint-Germain dalam perlawanan timbal balik dengan jaringan 2-1, dengan Cristiano Ronaldo dan Casemiro muncul sebagai penjaring. Gol tunggal PSG pula hadir melalui penyerang antarabangsa Uruguay, Edinson Cavani.

Aku aim Liga Juara-Juara je musim ni, ujar Zidane

Real Madrid berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan aggregat 5-2 dimana mereka berjaya membenam PSG di gelanggang sendiri beberapa minggu yang lalu dengan jaringan 3-1.

Tugas Real Madrid menjadi lebih senang apabila pemain sensasi PSG, Neymar tidak dapat diturunkan beraksi dalam perlawanan awal pagi tadi kerana mengalami kecederaan patah tulang metatarsal.

Keadaan menjadi lebih sukar buat PSG kerana mereka terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain apabila Marco Veratti diperintahkan keluar padang kerana mengutip kad kuning kedua pada separuh masa kedua kerana melakukan terjahan keras dan protes terhadap pengadil.

Los Blancos dilihat berada dalam landasan terbaik untuk merangkul trofi Liga Juara-Juara Eropah buat 3 kali berturut-turut. Zidane berada dalam tekanan tinggi untuk memenangi sesuatu musim ini dan Liga Juara-Juara Eropah adalah satu-satunya pilihan yang tinggal buat mereka ketika ini.

Kedua-dua pemain ini menjaringkan gol dalam perlawanan awal pagi tadi

Real Madrid kini menghuni tangga ke-3 La Liga, 15 mata ditinggalkan pendahulu liga dan juga seteru utama, Barcelona. Dengan perlawanan hanya berbaki 11 sahaja lagi, Zidane menggesa anak buahnya kekal bersatu bagi mengharungi baki perlawanan musim ini dan meraih sesuatu untuk diraikan sebelum musim ini berakhir. Ketika bercakap kepada pemberita selepas tamat perlawanan awal pagi tadi, Zidane dipetik berkata,

“Kami mengharungi waktu yang sukar di La Liga dan Copa Del Rey. Agak sukar untuk mengekalkan tahap permainan yang sama apabila anda bermain satu perlawanan setiap 3 hari.’

“Anda tidak akan dapat memenangi kesemua piala yang ada, tetapi kami kini mula mencatatkan kemenangan di La Liga dan kami akan bersiap sedia untuk berdepan cabaran Eibar Sabtu ini.”

Early shower for Veratti. Xyah berebut

“Paris Saint-Germain mungkin bermain tidak terlalu baik dalam perlawanan tadi, tapi ia terjadi kerana kami bermain dengan sangat baik. Selepas pemain mereka dibuang padang dan jaringan kedua kami, keadaan menjadi lebih sukar buat mereka.”

Pemain antarabangsa Wales, Gareth Bale sekadar bermula dari bangku simpanan dalam perlawanan tadi dan telah dikaitkan dengan perpindahan keluar musim panas nanti. Walaubagaimanapun, Zidane menyangkal laporan pihak media dan menegaskan Bale masih lagi berada dalam perancangan beliau untuk masa yang akan datang.

“Saya menghormati setiap pemain saya, termasuklah Gareth Bale. Beliau tiada dalam kesebelasan utama bagi kedua-dua perlawanan menentang PSG, tetapi Bale adalah pemain yang sangat penting buat pasukan ini dan telah mencetuskan banyak masalah kepada pihak lawan. Kami harus kekal bersatu seperti yang telah kami tunjukkan pada perlawanan tadi.”

BACA:  Bale Percaya Pada Kewujudan Makhluk Asing Dan Turut Meyakinkan Rakan Sepasukannya Tentang Itu