Zlatan Melabel Pep Guardiola Sebagai Penakut Tidak Bertulang Dan Tidak Matang

Penyerang bola sepak paling gila, Zlatan Ibrahimovic telah melabel pengurus Manchester City, Pep Guardiola sebagai penakut tidak bertulang dan pengurus yang paling tidak matang.

Zlatan Ibrahimovic menyerang kredibiliti Guardiola kerana pada tahun 2011 dalam bukunya yang bertajuk, I Am Ibrahimovic, Ibrahimovic memanggil Guardiola sebagai seorang penakut yang tidak bertulang.

Gelaran ini diberikan oleh Zlatan Ibrahimovic selepas berlaku salah faham di antara dua inividu ini ketika Barcelona tewas di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara kepada Inter Milan.

Guardiola dan Ibrahimovic pernah bekerjasaman di Barcelona pada tahun 2009, sebelum pemain berasal dari Sweden ini mengambil keputusan untuk keluar dari Nou Camp bagi menyertai AC Milan walaupun baru semusim bermain di Sepanyol.

Pep dan Zlatan pernah bersama tetapi tidak bahagia. Imej : AP

Di bawah kendalian Pep Guardiola, Zlatan Ibrahimovic berjaya menjaringkan 16 gol dari 23 perlawanan di mana beliau diturunkan sebagai kesebelasan utama.

Dalam satu temubual Ibrahimovic bersama Skysports Italy, beliau menuduh Guardiola meminggirkannya dari pasukan selepas beliau mempersoalkan taktikal jurulatih tersebut.

“Enam bulan pertama saya bersama Barcelona berjalan dengan sempurna. Kemudian pengurus [Guardiola] menukar system dan taktik, yang mana tidak sesuai dengan saya. Saya pergi berjumpa beliau untuk berbincang mengenai perkara ini. Saya hanya mahu berbincang.”

“Saya berkata kepada Guardiola, ‘saya percaya kamu mengorbankan ramai pemain hanya untuk satu pemain iaitu Lionel Messi’. Kemudian Guardiola berkata, ‘Saya tidak rasa itu menjadi satu masalah tetapi saya faham dengan kegusaran kamu. Saya akan menyelesaikan masalah ini, tiada masalah’.”

Aku perati je si botak tak matang ni.

Zlatan yang terkenal dengan sifat berterus-terang yang tidak perlu disuluh menyangkakan luahan hati itu akan membuatkan keadaan lebih baik, namun sebaliknya yang terjadi.

“Saya ingat segalanya akan baik selepas itu. Tetapi untuk perlawanan selepas itu, saya berada di bangku simpanan.”

“Saya tidak berkata apa-apa dan hanya bekerja keras. Sekali lagi saya diletakkan di bangku simpanan untuk perlawanan selepas itu.”

“Saya rasa beliau menyelesaikan masalah ini dengan baik sekali tanpa bercakap atau memberi penjelasan kepada saya. Perlawanan ketiga dan keempat juga sama, saya terus berada di bangku simpanan.”

Malah selepas luahan hati itu Pep Guardiola tidak bercakap dengan Zlatan Ibrahimovic dan melarikan diri tiap kali bersua. Bagi Ibrahimovic ini satu sikap tidak matang.

“Saya tahu sesuatu yang tidak betul terjadi disini. Bermula saat itu, beliau tidak lagi bercakap dengan saya, walaupun memandang saya.”

“Apabila saya memasuki bilik, beliau akan keluar. Beliau bukanlah seorang yang jahat tetapi individu yang paling tidak matang pernah saya ketahui kerana lelaki normal akan cuba menyelesaikan masalah mereka.”

Kata-kata keramat Zlatan ”You can take a man out of Rosengard but you can’t take Rosengard out of a man”

Zlatan Ibrahimovic lahir pada 3 Oktober 1981 merupakan seorang pemain bola sepak profesional bermain di posisi penyerang dan dari Sweden. Zlatan merupakan pemain tetap pasukan kebangsaan Sweden dari tahun 2001 hingga 2016.

Bersama Sweden Zlatan memakai lilitan ketua pasukan di lengan sejak 2010 dan sehinggalah bersara dari bola sepak antarabangsa pada tahun 2016. Sepanjang kariernya di kelab Zlatan telah bermain di enam liga yang berbeza.

Kerjaya awal Zlatan bermula di Malmo pada penghujung tahun 90-an sebelum berhijrah ke Ajax. Kemudian Zlatan menyertai Juventus dan berjaya membentuk gandingan mantap bersama David Trezeguet sebelum ke Inter Milan.

Pada 2009 Zlatan telah diikat oleh Barcelona dari Inter Milan sebelum kembali ke Italy bersama AC Milan sebagai pemain pinjaman kerana hubungan dinginnya dengan Pep Guardiola dan terus diikat secara tetap.

Selepas bosan di Italy, Zlatan mencari cinta di Kota Paris bersama PSG.

Selepas 4 musim bermaharaja lela di Ligue 1 Zlatan beralih arah ke Premie League bersama Manchester United. Di PSG Zlatan muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman PSG dengan 156 gol dalam 180 perlawanan.

Kisah cinta Zlatan dan AC Milan kembali bersambung

Selepas itu Zlatan telah ke Major League Soccer(MLS) berasama LA Galaxy. Selepas cemerlang di LA Galaxy, Zlatan terus cemerlang membantu AC Milan pula selepas liga kembali bersambung sehingga ke musim baru 2020/21.

Di usia sangat senja bagi pemain bola sepak iaitu 39 tahun, Zlatan Ibrahimovic masih lagi tidak menunjukkan faktor usia menjadi penghalang buat beliau untuk beraksi diperingkat tertinggi.

BACA:  Zlatan Ibrahimovic Di Julang Sebagai Wira Sweden