Akaun Twitter Europa League Secara Tak Sengaja Menganjing Man United

Akaun twitter rasmi Europa League secara tak sengaja telah menganjing Manchester United yang baru sahaja memulakan aksi pra-musim mereka.

Sebahagian besar para pemain dari skuad utama Manchester United telah kembali menyertai sesi latihan bersama kelab pada Isnin lalu.

Pemain seperti Harry Maguire, Jadon Sancho, Bruno Fernandes dan beberapa lagi bintang besar setan merah dilihat sudah memulakan aksi pra-musim mereka.

Laman twitter rasmi Manchester United turut berkongsi beberapa gambar menarik ketika para pemain sedang menjalani sesi latihan.

Laman twitter rasmi Europa League memilih untuk memuat naik gambar Bruno Fernandes untuk dimuat naik ke laman media sosial mereka dan ia sepertinya mendapat sambutan yang sungguh dasyat.

Mereka memuat naik gambar bintang Manchester United itu, dengan kapsyen:

β€œPra-musim bermula sekarang.”

Jelas sekali Europa League tidak bermaksud mahu menganjing Manchester United, namun tindakan mereka itu secara tak langsung mendorong peminat lain untuk mengusik kelab dari Premier League itu.

β€œSaya rasa teruk juga Manchester United kena bahan dekat sini. Europa League dah panggil, Man Utd sahutlah.”

β€œAdmin dah tahu apa yang dia buat, dan dia tahu komen apa dia bakal dapat, tapi dia tetap mencuba.”

β€œMula-mula saya ingat ini akaun palsu, tapi ternyata memang Europa League yang bercerita tentang kelab pertengahan.”

β€œSaya rasa tak ada orang akan anggap ini muat naik biasa, gambar saja sudah tahu admin mahu bawa kita ke mana dengan memuat naik gambar ini.”

β€œMusim baru belum bermula, tapi Manchester United awal-awal dah kena. Adakah admin Europa League sekadar mahu beri motivasi kepada mereka?”

Manchester United akan turun beraksi dalam saingan Europa League musim ini selepas mereka gagal untuk mengakhiri liga di kedudukan empat teratas musim lalu.

Mereka mengakhiri saingan liga di kedudukan keenam dengan Man Utd turut mengumpul kutipan mata paling rendah dalam sejarah kelab.

Setan merah pada hujung musim lalu telah melantik Erik ten Hag untuk menjadi pengurus kelab yang baharu, dan jelas sekali ramai berharap agar pengurus dari Belanda itu akan mampu membawa United kembali ke tempat asal mereka.

Bekas pengurus Ajax itu diberi tanggungjawab untuk memimpin Man Utd dan memastikan setan merah tidak mengakhiri saingan musim ini seteruk musim lalu.

Beliau pada musim panas ini telah berjaya melengkapkan perpindahan pemain left-back, Tyrell Malacia dari Feyenoord dengan yuran perpindahan bernilai Β£14.7 juta.

Ia merupakan satu berita yang sangat menggembirakan kem Manchester United, selepas mereka sebelum ini dihentam teruk kerana tidak membeli pemain baru.

Jendela perpindahan Man Utd sangat sendu dan hal itu menyebabkan ramai penyokong mula merasa bimbang dan curiga dengan perancangan kelab menghadapi musim baharu ini.

Bukan hanya penyokong, legenda kelab yang juga merupakan bintang terhebat sepanjang zaman kelab, Cristiano Ronaldo sendiri turut tidak gembira melihat bagaimana Man Utd melalui jendela perpindahan musim panas ini.

Bintang Portugal itu dilaporkan mendesak pihak kelab supaya melepaskan beliau andai ada kelab-kelab yang berminat mahu mendapatkan khidmatnya.

Selain menjadikan saingan Champions League sebagai keutamaan, Cristiano Ronaldo tanpa segan silu menganggap Man Utd sebagai kelab yang tidak bercita-cita tinggi.

Walau bagaimanapun juga, selepas dihentam oleh Ronaldo, jendela perpindahan Man Utd nampak semakin meriah selepas mereka melengkapkan perpindahan Malacia dan setan merah juga pada ketika ini semakin hampir pasti untuk melengkapkan perpindahan Christian Eriksen sebagai pemain bebas ejen.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  Nasib Malang Punca Prestasi Manchester United Merudum, Ujar Mourinho