[Analisis] Kenapa Benjamin Pavard Dan Jean-Clair Todibo Menjadi Sasaran Utama Manchester United

Manchester United akan mempertimbangkan membeli pemain baharu di bahagian bek-tengahnya jika Harry Maguire berjaya dijual ke West Ham United. Pembelian ini akan dilakukan pada jendela perpindahan sekarang.

Sebelum ini West Ham telah menghantar tawaran sebanyak £30 juta untuk membeli pemain bek-tengah paling mahal di dunia itu.

Pada masa sama West Ham juga memberi tawaran sama, £30 juta untuk membeli Scott Mctominay. Namun United menolak untuk menjual Mctominay dan telah bersetuju menjual Maguire.

Walaupun rundingan antara kelab berkaitan yuran perpindahan telah dipersetujui namun masih ada beberapa syarat yang belum mencapai kata sepakat.

Di United, Maguire menerima gaji sebanyak £190 ribu seminggu dan West Ham hanya menawarkan gaji sebanyak £100 ribu seminggu. Pada kebiasaanya agak sukar bagi majoriti pemain mahu menerima penurunan gaji sebesar itu. Pemain lebih rela kekal di kelab yang membayar gaji lebih tinggi.

Maguire masih mempunyai baki kontrak selama 2 musim di United dan kelab itu dijangka membuat sedikit bayaran bagi menampung penurunan besar itu. Bagi United ia tidak menjadi satu masalah kerana mereka masih mengurangkan bil gaji walaupun tidak sepenuhnya.

Maguire telah menyatakan keterbukaannya untuk menyertai West Ham dan David Moyes berusaha untuk mendapatkan tandatanganya. Maguire sehingga hari ini masih belum memberi sebarang jawapan.

Sementara itu United telah membuka langkah untuk mendapatkan pengganti Maguire. Kelab itu sedang berunding dengan Bayern Munich untuk mendapatkan Benjamin Pavard.

Kontrak Pavard di Bayern hanya berbaki 12 bulan dan kelab itu tidak lagi mempunyai kelebihan jika terus mengekalkanya.

Pavard merupakan seorang pemain bek-tengah tetapi dia telah memberi tumpuan kepada posisi bek-tengah. Faktor ini telah menjadi antara sebab mengapa United mahu mendapatkannya.

Selain Pavard, Jean-Clair Todibo juga berada dalam sasaran teratas United. Pemain berusia 23 tahun dari Nice itu telah dipantau oleh penjejak bakat United.

Keperluan United untuk mendapatkan bek-tengah baharu bukan semata-mata kerana Maguire akan keluar dari kelab itu. Alex Telles sudah pun berlepas ke Liga Pro Saudi untuk menyertai Al Nassr.

Kontrak Phil Jones dan Axel Tuanzebe telah tamat pada Jun lepas dan kelab tidak berminat untuk menyambungnya.

Pavard membuat 43 penampilan dalam semua pertandingan pada musim lalu ketika Bayern mengekalkan kejuaraan Bundesliga yang kesebelas berurut-turut.

Dia juga mempunyai 49 penampilan bersama pasukan kebangsaan Perancis dan merupakan sebahagian daripada skuad Piala Dunia 2022 di Qatar.

Dalam kejohanan itu Pavard membuat penampilan tunggal ketika mencatat negaranya mencatat kemenangan ke atas Australia.

Todibo pula merupakan pemain penting Nice pada musim lalu. Dia tampil sebanyak 46 kali dan dipanggil menyertai skuad kebangsaan Perancis pada Mac lepas, tetapi masih belum membuat penampilan sulung bersama pasukan itu.

Analisis: Kenapa Manchester United menyasarkan dua pemain ini

Secara ringkasnya Ten Hag mahu pemain kedua yang berkualiti dan pengganti kepada Raphael Varane di bahagian bek-tengah sebelah-kanan.

Varane merupakan seorang pemain hebat dan tokoh yang disegani di dalam bilik persalinan. Namun sejak menyertai United, dia telah terlepas sebanyak 32 perlawanan kerana masalah kecederaan.

Pada musim lalu, dalam beberapa perlawanan

Pada musim lalu dalam beberapa perlawanan, Varane bermain terlalu selamat melalui hantaran konservatif dan ini telah menghalang beberapa peluang pasukan itu untuk melakukan serangan.

Ten Hag perlukan seorang pemain yang baik untuk menggantikan Varane apabila pemain Perancis ini memerlukan rehat. Jika pemain itu tahan-lasak dengan pressing lawan dan mempunyai kebijaksanaan ketika pasukan dalam penguasaan, dia akan lebih dialu-alukan oleh Ten Hag.

Analisis: Posisi apa yang akan diberikan kepada mereka

Jika United membeli Pavard, mereka akan meraih keuntungan berganda. Pemain yang berusia 27 tahun ini menjadi terkenal melalui jaringan hebat ketika menentang Argentina di Piala Dunia 2018. Ketika itu Pavard bermain di bek-kanan.

Sejak musim lepas di Bayern, Pavard lebih kerap bermain sebagai bek-tengah (16 kali) berbanding bek-kanan (14 kali). Pavard memberitahu kelab itu bahawa dia lebih memilih untuk bermain sebagai bek-tengah.

Pavard mempunyai keupayaan tinggi dalam melakukan hantaran jauh yang tepat dan dia juga mempunyai kepantasan, jika Ten Hag mahu pemain itu menggantikan Diogo Dalot atau Aaron Wan Bissaka, dua kelebihan yang dimilikinya sangat berguna di bahagian bek-kanan.

Ketinggian 6 kaki 1 inci Pavard juga akan membantu barisan bek-tengah United yang semakin pendek selepas era Jose Mourinho.

Sementara itu bagi Jean-Clair Todibo pula, dia akan dilihat sebagai pengganti Varane berbanding pemain giliran jangka sederhana. Dia berusia 23 tahun, memiliki ketinggian 6 kaki 3 inci dan merupakan antara pemain paling bijak dalam skuad Nice.

Todibo mempunyai pengalaman bermain di bahagian tengah-bertahan dan bek-kiri namun sejak beberapa musim lepas dia telah muncul sebagai bek-tengah. Dia mempunyai kemahiran untuk mendominasi pertarungan 1 lawan 1.

Dalam kelompok tertentu mereka mengatakan Todibo ialah ‘young Varane’ kerana memiliki kepantasan, kebolehan membaca perlawanan dan agresif dalam terjahan.

BACA:  RASMI: Selepas 12 Tahun Di Old Trafford, 24 Jendela Perpindahan, Phil Jones Akhirnya Pergi Jua