Bagaimana Eddie Howe Gunakan Keangkuhan Erik Ten Hag Untuk Cabar Pemainnya Campak Setan Merah Ke Neraka

Pengurus Newcastle United Eddie Howe menggunakan komen berbaur keangkuhan daripada Erik Ten Hag untuk memberikan motivasi kepada pasukannya menewaskan Manchester United 2-0 pada musim lalu.

Newcastle menampilkan momentum menakjubkan dan menamatkan saingan di kedudukan keempat pada musim 2022/23 untuk kembali beraksi di UEFA Champions League dua dekad hilang daripada radar pertandingan elit kelab-kelab bola sepak eropah itu.

Dan sepanjang musim lalu Newcastle juga turut menghidupkan kembali perseteruan lamanya dengan United.

Kedua-dua kelab mengakhiri pertemuan pertama di Old Trafford dengan jaringan 0-0 pada awal musim,  sebelum Newcastle tewas 2-0 di perlawanan akhir Piala Carabao pada Februari.

Aksi Premier League selepas itu, Newcastle menampilkan aksi ‘masterclass’ untuk mengejutkan United pada April di tempat sendiri.

Pada hujung bulan ini sebuah dokumentari berjudul ‘We Are Newcastle Unied’ bakal disiarkan di Amazon Prime mengisahkan perjalanan epik kelab itu pada musim lalu.

Sedutan daripada dokumentari tersebut untuk tujuan promosi menampilkan bagaimana Howe memberikan kata-kata motivasi sebelum perlawanan untuk membangkitkan semangat barisan pemainnya sebelum kemenangan tersebut.

“Mesej terakhir saya pada hari ini saya akan menyampaikan sesuatu yang jarang saya lakukan.

“Selepas mendengar komen [dari Ten Hag], saya perlu menyampaikan mesej ini kepada anda,” kata Howe.

Ten Hag kemudiannya membaca komen yang diperkatakan oleh Ten Hag dalam sidang media menuju perlawanan tersebut.

“Mereka [Newcastle] memiliki penguasaan bola terendah di Premier League, dan pasukan yang paling gemar melambatkan perlawanan.

“Ia amat menjelekkan untuk bermain menentang mereka, jadi kami perlu mencari cara terbaik untuk bermain.

“Jadi ia terpulang kepada kami bagaimana untuk bermain pantas dalam perlawanan tersebut. Perlawanan itu juga bergantung banyak kepada kebijaksanaan pengadil.”

Dan selesai membaca kembali komen oleh Ten Hag mengenai pasukannya, Howe memberikan cabaran dan objektif baru kepada anak buahnya.

“Jika mereka mahu bermain secara pantas di sini, ayuh berikan perkara itu kepada mereka. Kejutkan mereka dengan larian dan kepantasan anda.

“Mari kita bermain dengan intensiti tinggi di dalam setiap gerakan yang kita lakukan. Ayuh! Jadikan perlawanan ini perlawanan dengan tempo pantas seperti mereka mahukan. Ayuh!”

Taktik yang digunakan Howe nyata berjaya membangkitkan semangat anak buahnya dalam perlawanan tersebut untuk menghumban Setan Merah ke neraka.

Newcastle berjaya menghasilkan 22 percubaan ke arah gawang United dan enam daripadanya adalah percubaan tepat. United pula sekadar menghasilkan 1 percubaan tepat sepanjang perlawanan.

Selepas terikat 0-0 selepas selesai babak pertama perlawanan, Newcastle berjaya membolosi gawang United pada minit ke-65 perlawanan melalui Joe Willock.

Derita United bertambah selepas itu apabila Callum Wilson melengkapkan kemenangan 2-0 dengan jaringan minit ke-88 perlawanan.

BACA:  Man Utd Anggap Liverpool Sebenarnya Terlebih Berbelanja Dalam Usaha Mereka Mendapatkan Darwin Nunez