Berkicap Selangor Dibelasah JDT Dengan 5 Gol Bertaraf Puskas

Selangor sang Gergasi Merah nyata berkicap teruk apabila telah dibelasah JDT dengan jaringan 5 gol berbalas 1 dan kesemua gol JDT boleh dikatakan bertaraf dunia.

Perlawanan JDT menentang Selangor sememangnya perlawanan yang menjadi perbualan dan hangat di media sosial, Gergasi Merah menjadi tamu bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim dan perlawanan dijangka sengit.

Selangor sudah pasti turun dengan semangat berkobar-kobar selepas berjaya membelasah Sarawak United dengan tujuh gol tanpa balas dan kepulangan semula ketua pasukan, Brendan Gan pasti memberi tonik tambahan.

Perlawanan menentang Sarawak United bola dijadikan penanda aras buat Selangor untuk memberikan saingan hingga wisel penamat dan bukan sekadar penanda buku.

Perlawanan ini merupakan perlawanan Liga Super minggu ke-5 yang telah ditunda dan dilangsungkan pada hari ini.

Pasukan Harimau Selatan bermula garang dan mempamerkan aksi yang kemas seperti selalu apatah lagi dengan sorakan penyokong sendiri dan berada di depan seawal minit ketiga.

Bergson Gustavo Silveira da Silva bijak membaca situasi dengan melepaskan rembatan deras dan menjaringkan gol pembukaan dari jarak jauh dicelahan sekumpulan pemain Selangor yang lari bertempiaran.

Fernando Forestieri menggandakan kedudukan pada minit ke-24 melalui sepakan percuma yang sudah pasti cantik menawan.

Leandro Velazquez terus membuktikan JDT berada di tahap yang lain dengan jaringan gol yang ketiga yang semakin berkualiti dan menarik juga dari jarak jauh.

Menerima bola dari Afiq Fazail Leandro Velazquez tidak langsung melihat ke gawang melakukan satu sentuhan untuk setting kepada diri sendiri sebelum melepaskan rembatan.

Sebelum menerima bola Leandro Velazquez sudah siap melakukan imbasan kedudukan pemain dan penjaga gol Selangor dan tahu apa perlu dilakukan selepas menerima bola.

Perlawanan babak pertama jelas menjangkaui tanggapan ramai bahawa perlawanan bakal berlangsung sengit apabila JDT jelas menguasai perlawanan dengan tiga gol bertaraf dunia.

JDT menguasai 60 peratus perlawanan dengan 8 percubaan dan 3 percubaan tepat yang kesemuanya menjadi jaringan gol. Selangor hanya melakukan tiga pecubaan dengan satu percubaan tepat.

JDT sememangnya berada dikelas berbeza, Gergasi pun kena makan begitu saja.

JDT Selangor

Fernando Forestieri hampir saja terus menjarakkan kedudukan buat JDT selepas tamat 45 minit pertama namun rembatannya kali ini tersasar.

Bergson Gustavo Silveira da Silva hampir saja menjaring gol awal di separuh masa kedua dengan satu skill menarik namun sudut terlalu dan rembatan tepat kepada penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid.

JDT mendapat sepakan percuma dari jarak yang ideal, Fernando Forestieri mengambil sepakan, kali ini Khairulazhan Khalid berjaya untuk membuat tepisan untuk sepakan penjuru.

Kali keempat Khairulazhan tewas selepas 54 minit permainan dengan satu gol yang sangat jahat dari Bergson Gustavo Silveira da Silva.

Bermula dari lontaran ke dalam Bergson Gustavo Silveira da Silva seperti mahu melakukan hantaran silang kepada Fernando Forestieri namun sebaliknya.

Percubaan terus dilakukan dari tepi garisan gol, Khairulazhan tidak berada dalam posisi terbaik kerana menyangkan hantaran akan dilakukan dan tertepis bola ke gawang sendiri.

Memang Bergson Gustavo Silveira da Silva nak rembat terus atau hantaran tersasar dan gol hanya Bergson Gustavo Silveira da Silva je yang tahu.

Gol yang ke-11 peribadi Bergson Gustavo Silveira da Silva musim ini untuk JDT.

JDT datang lagi dan empat gol nyata tidak cukup mengenyangkan Harimau Selatan, Fernando Forestieri gagal menyudahkan peluang terbaik yang hadir lagi.

Memasuki minit ke-70, JDT mula mengurangkan keagresifan namun masih menguasai perlawanan dan berterusan menyerang dengan lebih santai dan tenang.

Ketidaktenangan menjadi milik pemain Selangor yang berterusan melakukan pressing namun kebanyakkan gagal untuk menyekat hantaran-hantaran pemain JDT.

Pada minit ke-72 hantaran cantik Brendan Gan berjaya mencari Caion yang lepas perangkap offside, Farizal Marlias pantas menutup ruang dan rembatan Caion hanya menggegar tepi jaring.

Sepakan percuma pula diperolehi Selangor di luar kotak tapi tidak membuahkan sebarang hasil apabila mudah dipatahkan.

Nor Hakim Hassan yang masuk dari bangku simpanan menjaringkan gol saguhati Selangor pada minit ke-82. Satu penyudah padu dari Nor Hakim Hassan.

Ketika perlawanan seperti berakhir dengan kedudukan 4-1, Mohamadou Sumareh hadir dengan gol kelima JDT melalui sundulan tajam menyudahkan umpanan Safawi Rasid.

Gol pertama JDT dari dalam kotak dan empat lagi terhasil dari luar dan dari jarak jauh.

Dalam 6 perlawanan terakhir Selangor bertemu JDT tiada kemenangan dicatatkan Gergasi Merah dan hanya satu seri diraih dengan 5 kemenangan menjadi milik Harimau Selatan.

Kemenangan ini melonjakkan JDT ke puncak Liga Super dan dijangka kekal hingga musim tamat.

BACA:  [VIDEO]: Gol Arif Aiman Menentang Selangor Persis Jaringan Willian Untuk Chelsea Benam Man City