Bintang Man Utd Sanggup Terima Gaji Rendah Asal Dapat Tinggalkan Old Trafford

Bintang Manchester United, Paul Pogba dilaporkan sanggup menerima pemotongan gaji yang banyak, asalkan beliau dapat tinggalkan Manchester United.

Pogba telah menjadi topik perbualan hangat para peminat pada ketika ini, terutama melibatkan spekulasi berkait masa depannya bersama United.

Kontrak beliau bersama setan merah akan tamat pada penghujung musim ini nanti, dan beliau masih belum menunjukkan minat untuk menandatangani kontrak baru.

Perbincangan berkait tawaran lanjutan kontrak sudah lama dilakukan, namun sehingga kini kedua-dua belah pihak masih belum ada kata putus.

Pemain kebangsaan Perancis itu ketika ini terpaksa diketepikan selama dua bulan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Beliau pada masa sama sebenarnya telah berjaya menarik minat begitu banyak kelab-kelab gergasi di benua Eropah, menjelang jendela perpindahan Januari dibuka nanti.

Real Madrid, Barcelona dan Paris Saint Germain merupakan antara pasukan yang sangat berminat untuk mendapatkan tandatangan pemenang Piala Dunia itu.

Selain itu, bekas kelabnya, Juventus turut berhasrat untuk menandatangani bekas pemain yang telah mereka jual pada 2016 yang lalu itu.

Menurut sumber laporan dari media Itali, Gazetta dello Sport, Pogba bersedia untuk menerima tawaran gaji yang lagi rendah, demi untuk kembali ke Juventus.

Namun beliau pada masa sama hanya berharap agar Juventus berjaya layak ke saingan Champions League terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk sertai bekas kelabnya itu.

Report tersebut turut menambah yang pemain berusia 28 tahun itu jelas sekali tidak gembira bersama Man United di Old Trafford pada ketika ini.

Laporan lanjut turut menyatakan yang Pogba berkemungkinan sudah bermain perlawanan terakhirnya bersama kelab, dan akan dilepaskan pada Januari nanti.

Pihak pimpinan kelab dilaporkan sudah bengang dengan Pogba dan ejennya, Mino Raiola dan memutuskan untuk melepaskan saja beliau pada Januari ini.

Pihak kelab juga tiada masalah untuk melepaskan Pogba sebagai pemain berstatus free ejen selepas kontraknya tamat nanti.

Pogba pada awal musim lalu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan, dengan beliau berjaya mencatatkan empat assists ketika aksi bertemu Leeds United.

Namun perlahan-lahan prestasi beliau semakin merosot dan Pogba turut sering dikecam atas segala kesilapan dungu yang beliau lakukan di atas padang.

Beliau juga turut dihentam teruk ketika mengutip kad merah bertemu Liverpool di Old Trafford sebelum ini, dengan setan merah pada ketika itu teruk dibelasah oleh seteru utama mereka itu.

Kini beliau telah dibelenggu dengan masalah kecederaan ketika sedang menjalani sesi latihan, dan beliau akan terpaksa diketepikan selama dua bulan.

Maka Pogba berkemungkinan tidak akan membuat sebarang penampilan lagi untuk United, seandainya beliau benar-benar akan meninggalkan Old Trafford pada Januari ini nanti.

Beliau juga sebelum ini teruk dihentam oleh bekas pemain Manchester United sendiri seperti, Roy Keane, Paul Scholes dan Gary Neville atas aksi hambar dan keputusan-keputusan dungu yang beliau ambil ketika diturunkan untuk beraksi.

Sebelum ini Man United sangat takut untuk kehilangan Paul Pogba, namun dek kerana mereka ketika ini mempunyai Bruno Fernandes, pemain yang berperanan sama seperti bintang Perancis itu, maka setan merah tenang saja untuk melepaskan beliau pergi.

Selain Bruno Fernandes, Manchester United juga turut memiliki Donny Van de Beek yang boleh bermain di tempat Paul Pogba seandainya bintang Perancis itu pergi meninggalkan kelab.

United juga sebelum ini tidak mahu melepaskan Pogba secara percuma pada musim panas ini, namun kini mereka berlapang dada untuk membiarkan beliau pergi sebagai pemain berstatus free ejen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  De Gea: Saya Perlu Menangi Lebih Banyak Trofi Di Manchester United