Carabao Cup 2020/21: Luton Town 0-3 Manchester United

Pasukan paling agung dalam sejarah peradaban bola sepak dunia, Manchester United turun dalam perlawanan pusingan ketika Carabao Cup bagi musim 2020/21 menentang pasukan Luton Town.

Setan Merah masih terluka dan tempang dengan kekalahan yang memeritkan di kaki Crystal Palace dalam perlawanan pertama Premier League musim.

Belum habis bersembunyi untuk menghilangkan rasa malu dan bermuhasabah diri, Manchester United terpaksa keluar dari persembunyian untuk bermain bola sepak.

Ole Gunnar Solskjaer merehatkan pemain utama yang tertewas dan menggunakan pemain simpanan, hanya Harry Maguire, Odion Ighalo dan Donny Van De Beek berani menunjukkan muka.

Luton Town Football Club merupakan sebuah kelab bola sepak profesional yang berpengkalan di bandar Luton, Bedfordshire, England ditubuhkan pada tahun 1885.

Mendapat gelaran ‘the Hatters’, Luton Town kini beraksi di Liga Championshp dan mencatatkan 100 peratus kemenangan selepas dua perlawanan untuk berada di tangga ketiga liga.

Maka Luton Town bukanlah satu kelab biasa-biasa untuk Setan Merah melepaskan geram dan jika tidak kena cara, Setan Merah akan mendapat kemaluan kedua.

Perlawanan separuh masa pertama menyaksikan Manchester United beraksi agak hambar dan buntu untuk memecahkan benteng Luton Town di tambah dengan percubaan-percubaan yang lemah.

Luton Town bermain dengan penuh berhati-hati dan banyak berkampung di kawasan sendiri sambil menunggu peluang terbaik untuk melakukan serangan balas pantas.

Jesse Lingard yang bermain disebelah kiri banyak menerima bola untuk diumpan ke gawang dan kotak penalti tetapi gagal menghasilkan sesuatu.

Pada minit ke-44, Brandon Williams telah dijatuhkan di dalam kotak penalti dan seperti biasa sepakan penalti dihadiahkan oleh pengadil.

Juan Mata tidak mempersia-siakan peluang mudah dan percuma ini dengan mudah meletakkan bola ke kanan gawang untuk mendahului satu gol.

Baki 45 minit permainan kembali bersambung dan tiada apa yang menarik untuk tempoh 10 minit pertama kecuali percubaan Jesse Lingard yang meliar. Cukup menghiburkan.

Percubaan padu dan leret Namenja Matic ke penjuru kanan gawang telah berjaya ditepis dengan penuh bergaya oleh penjaga gol Luton Town, James Shea.

Pada minit ke-62 hampir saja Setan Merah menggandakan kedudukan tapi sayang ketika bola rembatan Lingard hampir saja masuk telah dikeluar berhampiran garisan.

Berbaki 15 minit permainan, Manchester United masih gagal menambah gol dan Luton Town mula lebih agresif untuk mencari gol penyamaan.

Ole Gunnar Slolskjaer membuat tiga pertukaran serentak pada minit ke-78 memasukkan Bruno Fernandes, Marcus Rashford dan Mason Greenwood menggantikan Van De Beek, Juan Mata dan Odion Ighalo.

Luton Town hampir menyamakan kedudukan melalui Tom Lockyer melalui satu tandukan tetapi Dean Henderson pantas menampar bola keluar bola.

Bola kembali kepada Tom Lockyer yang terus membuat percubaan dan berjaya dikeluarkan di atas garisan. Mujur tak masuk.

Akhirnya Marcus Rashford berjaya menggandakan kedudukan yang bermula dari lambungan Fernandes kepada Greenwood yang dengan genius menolak bola kepada Rashford yang datang membuat larian.

Mudah Rashford melepasi pertahanan Luton Town dan menewaskan James Shea. Cantik dan bijak bangat gerakan ini.

Sebelum tamat perlawanan, Mason Greenwood menjaringkan gol ketiga yang sangat genius, Greenwod menyilang-nyilangkan kaki sebelum membengkokkan gerakan bola ke gawang.

Gilo palo, bijok ngat gol. Setan Merah berjaya meraih kemenangan pertama musim ini.

LUTON STARTING XI: Shea, Tunnicliffe, Bradley, Hylton, Shinnie, Moncur, Lockyer, Clark, Kioso, Norrington-Davies, Lualua

MANCHESTER UNITED STARTING XI: Henderson, Wan-Bissaka, Bailly, Maguire, Williams, Fred, Matic, Mata, Van de Beek, Lingard, Ighalo

BACA:  Manchester United Tekad Mahukan Harry Kane, Levy Letak Harga £85 Juta