Cassano Dedah Ronaldo Hantar Mesej Memarahinya dan Menuntut Penghormatan

Bekas pemain kebangsaan Itali, Antonio Cassano telah mendedahkan bahawa Cristiano Ronaldo telah menghantar teks mesej kepadanya yang menuntut satu penghormatan selepas beberapa siri kutukan ke atas pemenang Ballon d’Or lima kali itu.

Tahun ini beberapa siri serangan tanpa punca telah dilakukan oleh Antonio Cassano ke atas Cristiano Ronaldo dan jika diamati serangan tersebut bersifat sangat peribadi dan ada dendam kesumat.

Entah kenapa Cassano benco teruk dengan Ronaldo. Pada bulan Februari Cassano telah melabel Cristiano Ronaldo sebagai pentingkan diri:

“Dia tidak akan ambil peduli jika orang lain jaringkan gol, dia hanya hidup nak jaringkan gol untuk diri sendiri je.”

“Dia tidak pernah hidup untuk bola sepak, dia hanya untuk jaringannya sendiri, Itu sangat jelas.”

Pada bulan Oktober pula bekas pemain penyerang itu menyerang Ronaldo lagi apabila menamakan lima pemain yang jauh lebih baik dari Ronaldo mengikut pendapatnya.

Kutukan ini hadir selepas ejen Ronaldo, Jorge Mendes menjalankan kerja promosi dengan menyatakan bahawa Ronaldo merupakan pemain terbaik sepanjang zaman.

Ini kerana Ronaldo telah menjadi penjaring gol antarabangsa terbanyak sepanjang zaman selepas memecahkan rekod 109 gol milik legenda Iran, Ali Daie.

“Cukup-cukuplah la tu Jorge Mendes.” Ujar Cassano di saluran Twitch milik Cristian Vieri.

“Ronaldo tak ada dalam senarai lima teratas pun: Messi, Pelé, Maradona, Cruyff and Ronaldo ‘O Fenómeno berada ditahap yang lain.”

Sampai begitu sekali Ronaldo diperlekehkan Cassano.

Terbaru Cassano datang lagi, kali ini Cassano menuduh Ronaldo kecewa dengan kutukannya dan telah menghantar teks mesej menuntutnya memberi penghormatan dengan apa yang telah dicapai dalam dunia bola sepak.

Perkara ini sekali lagi didedahkan oleh Cassano di saluran Twitch milik Cristian Vieri, dah jadi rancangan bersiri:

“Ronaldo telah menulis mesej kepada aku. Cristiano Ronaldo, memberitahu saya bahawa saya perlu menghormatinya kerana trofi yang dimenanginya dan gol yang dijaringkannya.”

“Saya tidak takut untuk memberitahu kebenaran, saya akan berhadapan dengan sesiapa sahaja; dari Paus/Pope (Paderi) hingga orang yang terakhir wujud di bumi ini.”

Selepas mendedahkan tentang mesej Ronaldo, Cassano memetik nama Gianluigi Buffon dan Giorgio Chiellini untuk menguatkan ceritanya, menurutnya lagi Buffon yang memberi nombornya kepada Ronaldo melalui orang pengantara.

“Saya menelefon Buffon dan dia mengesahkan dia memberikan nombor saya kepada pegawai akhbar, yang menyerahkannya kepada Ronaldo supaya dia boleh memberitahu saya dia menjaringkan 750 gol dan saya hanya mendapat 150.

“Kepadanya saya hanya akan berkata: Cristiano sayang, anda mempunyai segala-galanya. Bertenang dan santai. Ambil contoh anda daripada Messi, dia tidak peduli tentang apa-apa atau sesiapa pun.”

Cassano menegaskan secara jujur Ronaldo telah menghantar mesej kepadanya dan telah menceritakan perkara ini kepada Buffon dan Chiellini.

Selepas menerima mesej Ronaldo, Cassano mengakui dia marah dan tak faham kenapa perlu mesej. Dapat mesej pun dah koyak?

“Dia menghantar mesej kepada saya, sejujurnya ia adalah kebenaran. Gigi Buffon tahu betul, Gigi ketawa mengenainya. Chiellini juga tahu.

“Ia membuatkan saya marah: apa yang awak buat? Apa masalah awak?”

Ramai yang meragui kesahihan cerita Cassano ini yang beranggapan kenapa Ronaldo perlu menghantar mesej dan menyebut jumlah jaringan yang telah dijaringkan dan pencapaiannya dalam bola sepak.

Selain itu juga kenapa perlu membabitkan Giorgio Chiellini dan Gianluigi Buffon dalam isu ini, nama Messi pun dipetik. Adakah Cassano kini menjadi budak content?

Sepanjang kariernya bersama Roma, Real Madrid, AC Milan dan Parma, Cassano telah menjaringkan lebih 100 gol.

BACA:  Ronaldo Catat Sejarah Muncul Penjaring Kedua Terbanyak Di Peringkat Antarabangsa