Champions League 2020/21 Semi Final: Manchester City 2-0 PSG (Agg. 4-1)

Manchester City telah mencipta kebangkitan sensasi bola sepak pada separuh akhir pertama apabila berjaya menewaskan Paris Saint Germain (PSG) 2-1 di Parc des Princes, Paris.

Bekalan dua gol tempat lawan hasil sumbangan sepakan percuma padu Riyad Mahrez dan gol genius Kevin De Bruyne boleh menjadi azimat ke final.

Padang Stadium Ethihad diseliputi salju yang memutih, PSG sudah pasti mahu mencoretkan kemenangan di atas salji ini untuk mara ke final dan menyamai pencapaian musim lalu.

Tiada pilihan buat PSG selain menyerang dan menyerang bagi mencari gol dan memadamkan kelebihan gol tempat lawan berbanding City yang mempunyai pilihan yang lebih.

Mengamuk sakan Zichenko pada minit ke-5 selepas penalti hampir diberikan kepada PSG kerana bola terkena bahu beliau dan apabila dirujuk kepada VAR, semuanya jelas tiada penalti.

Riyad Mahrez menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-10 melalu isatu lambungan cantik Ederson Moraes mencari Zichenko yang menolak kepada Kevin De Bryune.

Rembatan Kevin De Bryune berjaya dihadang dan bola menemui Riyad Mahrez yang melakukan penyudah yang tenang.

Marquinhos hampir saja menjaringkan gol penyamaan enam minit kemudian namun tandukan Marquinhos sekadar menghinggap palang.

Angel Di Maria pula terlepas peluang keemasan selepas gerakan dari bawah yang bermula daripada Ederson Moraes sangkut dan dirampas Di Maria.

Ederson Moraes belum sempat kembali ke posisi asal dan Di Maria melepaskan satu sepakan jarak jauh namun bola jatuh ditepi tiang gol di bahagian luar.

Penyesalan jelas terpancar di wajah Di Maria kerana gagal menjaringkan gol dan memegang kepala sendiri.

Ander Herrera mengutip kad kuning pertama dalam perlawanan ini selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil dan masih awal untuk koyak.

Mati kutu pemain PSG mahu memecahkan kekebalan pertahanan Manchester City yang bijak menutup ruang hantaran dan memaksa PSG membuat banyak hantaran kebelakang.

Padang penghujung separuh masa pertama, Riyad Mahrez hampir menggandakan kedudukan namun berjaya diselamatkan.

Memasuki minit ke-60 perlawanan PSG masih gagal menjaringkan gol dan sudah melepasi waktu terbaik untuk memulakan semangat kebangkitan.

Dalam keghairahan PSG melakukan serangan yang tida berbahaya, Manchester City menjaringkan gol kedua pada minit ke-62 untuk menjarakkan agregat kepada 4-1.

Gol berpunca daripada permainan menarik antara Kevin De Bryune dan Phil Foden yang menolak bola kepada Riyad Mahrez yang tidak dikawan dengan gawang kosong untuk gol kedua peribadi.

Pada separuh akhir pertama, Idrissa Gana Gueye koyak dan dilayangkan kad merah dan situasi ini kembali berulang dalam separuh akhir kedua.

Kali ini giliran Angerl Di Maria, pemain yang berpengalaman telah memijak kaki Fernandinho dengan sengaja ketika mengutip bola untuk lontaran ke dalam.

VAR telah melakukan siasatan dan keputusan awal pengadil dengan layangan kad merah kekal. Terus pengulas melabel Di Maria sebagai ‘Bodoh’!

Kad merah ini seolah-olah telah membunuh terus peluang PSG untuk mara ke final.


Manchester City semakin tenang dan yaking dengan agregat 4-1, asakan demi asakan dari PSG hanya dihadap dengan senyuman sahaja sambil menunggu tiupan wisel penamat.

Secara rasminya, Manchester City berjaya mara ke perlawanan akhir Champions League buat pertama kali dalam sejarah kelab selepas bertahun mencuba.

Kad Merah Di Maria

Manchester City: Ederson, Walker, Stones, Dias, Zinchenko, Silva, Fernandinho, Gundogan, Mahrez, De Bruyne, Foden.

Subs: Ake, Sterling, Jesus, Aguero, Steffen, Laporte, Rodri, Torres, Mendy, Cancelo, Carson.

Paris Saint-Germain: Navas, Florenzi, Marquinhos, Kimpembe, Diallo, Herrera, Paredes, Di Maria, Verratti, Neymar, Icardi.

Subs: Kehrer, Mbappe, Rafinha, Pereira, Rico, Kean, Sarabia, Kurzawa, Draxler, Bakker, Dagba, Randriamamy.

Referee: Bjorn Kuipers (Netherlands).

Semi Final 1st Leg: PSG 1-2 Manchester City

Paris Saint Germain merupakan satu-satunya semifinalis Champions League musim ini yang tidak terlibat dengan idea pembentukan liga haram yang dipanggil European Champions League.

Liga haram yang super mewah dan agak mengarut ini telah disertai oleh Manchester City, Chelsea namun telah menarik diri dan Real Madrid masih setia dengan idea itu.

Selepas perlawanan antara Real Madrid dan Chelsea berakhir dengan keputusan seri semalam, tiba perlawanan dua pasukan yang dkuasakan dengan wang negara Arab.

Manchester City dilihat lebih seimbang yang bermain sebagai satu pasukan berbanding PSG yang bergantung kepada aksi dua individu, Neymar dan Kylian Mbappe.

Pep Guardiola dilaporkan tidak lena tidak memikirkan kelincahan tanpa batas Neymar dan kelajuan Kylian Mbappe yang tidak boleh bawa bincang.

Mauricio Pochettino sudah pasti tidak sabar untuk bersemuka kembali dengan Pep Guardiola.

Cemerlang dan penuh meyakinkan permainan yang ditunjukkan oleh Paris Saint Germain seawal wisel permulaan ditiup oleh pengadil perlawanan.

PSG di depan pada minit ke-15 melalui sundulan tajam Marquinhos yang berpunca daripada sepakan penjuru Angel di Maria.

Sebelum ini dalam PSG menang kesemua lapan perlawanan Champions League apabila Marquinhos menjaringkan gol. Adakah rekod ini akan berterusan?

Untuk permainan separuh masa pertama seakan benar semua itu apabila Manchester City hanya mencatatakan dua percubaan tepat dan hanya satu sahaja pecubaan yang betul-betul berbahaya.

PSG pula mencatatkan empat percubaan tepat dari sembilan percubaan dan menghasilkan tiga percubaan bahaya di mana salah satunya menghadilkan gol.

Separuh masa kedua menyaksikan kebangkitan Manchester City atau mungkin bukan kebangkitan namun kebaraian yang teruk ditunjukkan oleh pemain Paris Saint-Germain.

Dengan tiba-tiba PSG padam permainan mereka dan Manchester City memperkemaskan permainan lalu menguasai perlawanan.

Pada minit ke-64 gol genius telah dihasilkan oleh Kevin De Bryune yang mahu membuat hantaran ke dalam kotak tetapi gagal disambar rakan sepasukan.

Namun bola yang melantun itu masuk ke penjuru gawang menewaskan Keylor Navas yang membuat satu terbangan yang lambat.

Mungkin pada awalnya Navas menyangka bola itu keluar.

Manchester City meneruskan asakan dan PSG kelihatan semakin tertekan dan akhirnya beroleh sepakan penjuru.

Riyad Mahrez tidak membazirkan peluang dengan satu sepakan percuma cantik lagi sempurna membelah benteng untuk menewaskan Keylor Naves.

Dua kali Keylor Navas tertewas dalam masa tujuh minit sahaja.

Selepas tertekan, PSG mula koyak dan Neymar menunjukkan tanda awal kawal apabila menyepak kaki Ruben Dias dalam situasi yang tidak perlukan kekasaran seperti itu.

Kad kuning Neymar memberi inspirasi kepada Idrissa Gana Gueye membantai buku lali Ilkay Gundogan yang kaca itu dengan tapakan maut.

Pengadil tidak teragak-agak untuk terus melayangkan kad merah. Satu perlakuan tidak sepatutunya dan tidak perlu kerana permainan masih berbaki 15 minit dan masih ada perlawanan kedua.

Mujur dengan bermain 10 orang, PSG tidak dihukum dengan gol ketiga namun Manchester City berjaya membawa dua kelebihan dua gol tempat lawan.

Maka tiada rekod yang dilebarkan oleh Marquinhos apabila gol itu gagal menyekat kebangkitan gol sensasi Manchester City.

Kylian Mbappe amat sendu dalam perlawanan ini. Buat pertama Kylian Mbappe gagal mencatatkan sebarang percubaan selepas 90 minit permainan di Champions League.

Paris Saint-Germain: Navas, Florenzi, Marquinhos, Kimpembe, Bakker, Paredes, Gueye, Di Maria, Verratti, Neymar, Mbappe.

Subs: Kehrer, Icardi, Rafinha, Danilo Pereira, Sergio Rico, Kean, Sarabia, Kurzawa, Ander Herrera, Diallo, Draxler, Dagba.

Manchester City: Ederson, Walker, Stones, Dias, Joao Cancelo, Gundogan, Rodri, De Bruyne, Bernardo Silva, Mahrez, Foden.

Subs: Ake, Sterling, Gabriel Jesus, Aguero, Zinchenko, Steffen, Laporte, Torres, Mendy, Fernandinho, Garcia, Trafford.

Referee: Felix Brych (Germany).

BACA:  Guardiola: Manchester City Akan Bertambah Kuat Musim Depan