Chelsea Pernah Terlepas Dapatkan Mbappe Gara-Gara Emaknya Sentap dan Naik Hantu

Kelab London, Chelsea pernah melepaskan peluang keemasan untuk mengikat bintang muda sensasi Paris Saint Germain, Kylian Mbappe pada awal kariernya gara-gara telah membuatkan emak Mbappe naik hantu.

Bekas peninjau bakat Chelsea, Serge Daniel Boga menceritakan kembali kisah itu dan bagaimana beliau menemui Kylian Mbappe sehingga cubaan mengikat Mbappe gagap.

Serge Daniel Boga dalam tugasannya sebagai peninjau telah berjaya mengesan bakat Kylian Mbappe ketika pemilik bersama pasukan PSG itu bermain untuk sebuah kelab Perancis, AS Bondy.

Pada ketika itu dalam tahun 2012, Kylian Mbappe baru berusia 14 tahun dan Serge Daniel Boga telah menjemput pemain remaja itu untuk menjalani percubaan bersama the Blues.

Mbappe beraksi dengan baik dan memapamerkan kualiti di sesi percubaan bersama Chelsea, bermain dalam perlawanan menentang Charlton dan mencatatkan kemenangan 7-0.

Tetapi percubaan Chelsea untuk mendapatkan Mbappe ketika itu gagal selepas kelab Liga Perdana itu cuba mengatur percubaan kedua, yang menimbulkan kemarahan ibu pemain itu.

Serge Daniel Boga telah menceritakan kembali detik itu kepada GOAL:

“Chelsea adalah pasukan pertama yang memberi Mbappe sese percubaan. Kami melakukannya sebelum Real Madrid” kata Boga memulakan cerita.

“Saya mempunyai seorang kawan yang bekerja untuk Nike, Denis Chantron dan ketika saya berada di Perancis, kami bertemu dan dia berkata ‘Pernahkah awak mendengar tentang budak muda yang dipanggil Mbappe ini? Dia bermain untuk Bondy, aebuah kelab kecil dari pinggir bandar Paris. ‘

“Saya berkata saya tidak mendengar namanya dan dia berkata ‘Anda perlu memerhatikannya.’ Saya pergi ke sana dan memerhatikannya dan saya memanggilnya terus untuk sesi percubaan dan saya berkata ‘Dengar, budak ini benar-benar sesuatu.’

“Saya memberitahu Chelsea tentang dia dan biarkan mereka melakukan kerja mereka. Saya memanggil semua orang di Chelsea yang berurusan dengan saya , seperti Jim Fraser. Saya berkata ‘Dengar, saya ada seorang budak yang perlu kamu lihat.’

Cinta pandang pertama buat Serge Daniel Boga selepas melihat Mbappe dan terus mengaturkan sesi percubaan di Chelsea dan membawa Mbappe serta keluarga ke London tanpa membuat tinjauan lebih lanjut.

“Saya membawanya bersama keluarganya. Dia mempunyai kemahiran bola sepak yang tinggi seperti sekarang. Dia bermain menentang Charlton dan menang 7-0.”

“Selepas seminggu di Chelsea, kami pergi ke pejabat. Kami berkata ‘Dengar, kami menghargai apa yang kami lihat daripada anda tetapi kami perlu menjemput anda kembali untuk percubaan lain dan kami akan lihat selepas itu.”

Keputusan Chelsea menyuruh Mbappe datang kembali untuk sesi percubaan kali kedua nyata membuatkan emak Mbappe naik hantu dan telah mengeluarkan satu kenyataan dalam keadaan.

Ayat dari Emak Mbappe itu terus berbekas dibenak fikiran Serge Daniel Boga sehingga ke hari ini, terlalu deep dan terpaling benar.

“Saya masih ingat apa yang ibu katakan sehingga hari ini. Dia bercakap dalam bahasa Perancis kepada Fraser dan saya yang menterjemah.”

“Dia berkata kepada saya, ‘Dengar, anak saya tidak akan kembali. Jika mereka mahukan dia, mereka perlu mengambilnya sekarang atau dalam masa lima tahun mereka akan kembali untuk membelinya dengan harga €50 juta!’

“Itulah yang dia katakan kepada saya! Saya berkata, ‘Tidak, saya tidak boleh mengatakan itu kepada mereka. Ia terlalu sombong untuk saya.’ Dia betul, walaupun. Bukan €50 juta tetapi €180 juta yang sanggup dibayar. Jadi, dia tahu kualiti anaknya dan dia betul.”

Serge Daniel Boga tidak menterjemah kata-kata Emak Mbappe itu secara terus kepada pihak Chelsea kerana kata-kata itu sangat keras.

Emak Mbappe terpaling betul dan tidak salah dengan bakat serta kualiti anaknya selepas 5 tahun harga Mbappe bukannya €50 juta tetapi €180 juta.

Mbappe tidak datang untuk percubaan kali kedua dan telah menyertai pasukan Ligue 1, Monaco di mana Mbappe telah membuat debut profesional pada 2015 diusia 15 tahun.

Impak Mbappe telah membantu Monaco muncul juara Ligue 1 pada musim 2016/17 dan berhijrah ke PSG pada penghujung musim dengan nilai perpindahan €180 juta. Rekod dunia bagi pemain remaja.

Sejak bersama PSG, Mbappe telah menjaringkan 170 gol dalam 216 perlawanan dan memenangi empat gelaran juara Ligue 1 di Parc des Princes.

Kini Mbappe telah menjadi pemain bola sepak dengan bayaran gaji tertinggi dan tidak masuk akal dalam sejarah bola sepak dan dikhabarkan diberi kuasa seperti pemilik kelab.

Mbappe menerima bayaran gaji £1 juta seminggu selepas menolak untuk bersama Real Madrid dan membuat u-turn untuk kekal menikmati gaji lumayan.

Satu kesilapan besar dari Chelsea kerana mahukan percubaan kedua dan Serge Daniel Boga dalam usaha memujuk hati yang kesal berkata Mbappe mungkin tidak sesuai di England.

“Dia sangat berskill tetapi di England mereka mahu melihat pemain itu mengejar bola dan bekerja keras. Pada masa itu, dia bukan seorang pemain yang bekerja keras.” tambah Boga.

“Dari segi pertahanan, dia belum mencapai tahapnya. Apabila dia mendapat bola, dia sukar dipercayai, tetapi tanpa bola, dia tidak banyak bekerja.”

“Chelsea mahu berjumpa dengannya lagi untuk melihat bagaimana dia boleh memperbaiki perkara ini. Saya rasa itulah sebabnya mereka bertanya kepadanya kembali. Dia melakukan perkara yang berskill dan menggelecek dengan baik.

Proses yang dilakukan oleh Chelsea adalah normal dan tidak mahu terus mengikat Mbappe kerana mahu melihat Mbappe dari segala kriteria dan sudut ketika bersama bola dan tanpa bola.

“Jadi, mungkin perkara yang mereka mahu lihat dalam percubaan kedua ialah kerja yang lebih baik di bahagian pertahanan. Mereka sepatutnya menandatanganinya. Untuk bersikap adil, bagaimanapun, adalah mudah untuk mengatakannya sekarang. Tetapi, pada masa itu, Chelsea telah mempunyai skuad yang bagus.”

“Namun begitu, Mbappe adalah pemain terbaik yang pernah saya intai. Saya bangga, sangat bangga melihat apa yang dia telah capapi. Apabila saya melihat dia bermain, saya berkata, ‘Wah, mata saya bagus!’

“Dia adalah jenis pemain yang semua orang mahu tonton ketika bermain. Dia mempunyai segala-galanya yang diperlukan untuk pemain moden. Dia pantas dan di depan gawang dia seorang pembunuh. Dia mempunyai segala-galanya untuk kekal sebagai pemain terbaik di dunia untuk 10 tahun akan datang.”

Kylian Mbappe telah mecapai impian semua pemain bola sepak apabila mendakap trofi Piala Dunia 2018 di usia 20 tahun dan kini sudah pasti trofi Champions League menjadi buruan.

BACA:  FA Cup 2020/21 Semi Final: Chelsea 1-0 Manchester City