Manchester City gagal memanfaatkan peluang untuk terus mengurangkan jurang mata dengan Arsenal apabila tewas tipis kepada Tottenham Hotspur hasil jaringan tunggal Harry Kane.
Hanya satu gol sudah cukup untuk Harry Kane memecahkan rekod yang dipegang legenda kelab, Jimmy Greaves untuk menjadi penjaring terbanyak sepanjang masa Tottenham Hotspur.
Harry Kane menghukum kesilapan Rodri dalam penguasaan bola di kotak sendiri dengan menjaringkan gol ke-267 dalam bersama Spurs ketika City gagal mengambil kesempatan daripada kekalahan pendahulu liga Arsenal di Everton pada hari Sabtu.
5 – Manchester City have lost all five of their matches against Spurs at the Tottenham Hotspur Stadium, failing to score a single goal despite having 84 shot attempts. Frustration. pic.twitter.com/toK1PiIge8
— OptaJoe (@OptaJoe) February 5, 2023
Spurs mampu untuk terus bertahan walaupun Cristian Romero dilayangkan kad merah lewat permainan selepas mengutip kad kuning kedua pada minit ke-87.
Manchester City kini tewas kesemua lima perlawanan mereka di Stadium Tottenham Hotspur dan kekal lima mata di belakang The Gunners dalam perlumbaan mereka untuk kejuaraan ketiga berturut-turut.
Spurs, sementara itu, bergerak ke satu mata daripada empat teratas di belakang Newcastle United namun bermain lebih satupermainan berbanding pesaing mereka selepas mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut untuk kali kedua musim ini dengan salah satu persembahan terbaik kempen mereka musim ini.
The numbers tell the story 💙@HKane: Tottenham Hotspur's all-time record goalscorer pic.twitter.com/slXtqtdU2C
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) February 5, 2023
Man City mendominasi penguasaan bola pada peringkat awal tetapi kelihatan mudah terdedah kepada serangan balas. Jaringan pembukaan hadir selepas Rodri terlepas penguasaan bola di depan kotaknya sendiri.
Rodri telah melakukan hantaran lemah yang membolehkan Pierre-Emile Hojbjerg untuk memotong bola itu dan menolak kepada Harry Kane untuk menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Spurs.
Umpanan itu disempurnakan Harry Kane dengan penyudah rendah, yang merupakan sentuhan pertamanya dalam permainan dengan kakinya selepas 15 minit.
200 – Harry Kane is the third player to score 200 goals in the Premier League, after Alan Shearer (260) and Wayne Rooney (208). Kane scored his 200th goal in his 304th game, fewer than both Shearer (306) and Rooney (462). Illustrious. pic.twitter.com/NfWXhVWXVt
— OptaJoe (@OptaJoe) February 5, 2023
Ia adalah gol penting buat pemain berusia 29 tahun itu kerana dia menjadi penjaring terbanyak Spurs dengan 267 gol dan pemain terpantas untuk 200 gol Liga Perdana dalam 304 penampilan.
Manchester City cuba membalas, peluang terbaik dihasilkan oleh Riyad Mahrez dengan rembatan jarak jauh namun dinafikan palang dan Harry Kane terlalu banyak membazirkan peluang.
200 gol dijaringkan Harry Kane di Premier menjadikannya pemain ketiga melepas angkan itu selepas Alan Shearer (306 perlawanan) dan Wayne Rooney (462 perlawanan), terpaling pantas.
37 gol dihasilkan melalui kepala, 121 gol dari kaki kanan dan 40 gol kaki kiri.
Kesebelasan Utama Tottenham Hotspur : Lloris; Royal, Romero, Dier, Davies, Perisic; Bentancur, Hojbjerg; Kulusevski, Kane, Son.
Pemain Simpanan : Forster, Sanchez, Lenglet, Sessegnon, Pedro Porro, Bissouma, Skipp, Danjuma, Richarlison.
Kesebelasan Utama Manchester City : Ederson; Lewis, Walker, Akanji, Ake; Rodri, Bernardo; Alvarez; Mahrez, Haaland, Grealish.
Pemain Simpanan : Ortega Moreno, Dias, Phillips, Gundogan, Laporte, De Bruyne, Gomez, Perrone, Palmer.
Pengadil Perlawanan : Andy Madley