Conte Gembira Jika Mourinho Terus Pinggirkan Pogba Untuk Perlawanan Ahad Ini

Pengurus Chelsea, Antonio Conte berkata beliau gembira untuk melihat Paul Pogba berada di bangku simpanan apabila Chelsea bertandang ke Old Trafford Ahad ini dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris.

Pemain antarabangsa Perancis ini telah dipinggirkan dalam perlawanan terakhir Manchester United ketika menentang Sevilla Rabu lalu, tetapi terpaksa dimasukkan lebih awal kerana kecederaan yang dialami Ander Herrera.

Jurulatih yang pandai menggunakan Pogba

The Blues akan bertandang ke gelanggang lawan dengan harapan untuk mendapatkan sesuatu bagi mencerahkan peluang Chelsea meraih kedudukan empat teratas liga musim ini.

Dengan Pogba sering menjadi topik perbualan pihak media ketika ini, Conte berharap Jose Mourinho akan terus meminggirkan pemain ini bagi pertemuan getir hujung minggu ini.

Konflik di antara Pogba dan Mourinho bermula ketika perlawanan United menentang Tottenham Hotspurs beberapa minggu yang lalu dimana mereka tewas dalam perlawanan tersebut. Pogba dikeluarkan pada minit ke-63 dan untuk perlawanan United seterusnya menentang Huddersfield, Pogba diletakkan di bangku simpanan sahaja.

Adakah perang akan meletus di Old Trafford nanti ?

Tidak lama kemudian, United tewas sekali lagi dalam Liga Perdana Inggeris dan kali ini kepada Newcastle dimana Pogba turut dikeluarkan sejurus pasukan lawan menjaringkan gol. Pogba tidak kelihatan langsung dalam pasukan ketika Red Devils menewaskan Huddersfield dalam saingan Piala FA walaupun laporan rasmi mengatakan beliau jatuh sakit.

Rabu lalu menyaksikan konflik Pogba – Mourinho semakin memuncak apabila pemain tengah itu hanya diletakkan di bangku simpanan bagi perlawanan penting Liga Juara-Juara.

Pemain muda United, Scott McTominay muncul pemain yang paling mendapat faedah daripada keputusan Mourinho meminggirkan Pogba apabila diberikan peluang bermain dalam kesebelasan utama bagi menggantikan tempat Pogba.

Dalam sidang media menjelang pertemuan hujung minggu ini, Conte telah ditanya adakah beliau mahu Pogba terus berada di bangku simpanan Ahad nanti.

Penyokong United rindukan dab

“Kita sedang bercakap mengenai pemain yang sangat berkualiti dan cemerlang. Saya menjangkakan Paul Pogba akan berada dalam kesebelasan utama, tetapi adalah lebih baik jika beliau tiada dalam pasukan utama.”

“Seperti saya katakan sebelum ini, Pogba adalah pemain berkualiti tinggi. Setiap jurulatih perlu mencari jalan untuk menangani ancaman beliau. Sumbangan Pogba kepada United sudah cukup untuk membuktikan beliau adalah seorang pemain yang bagus.”

Apabila ditanya lagi adakah beliau terkejut dengan keputusan Mourinho meletakkan Pogba di bangku simpanan dalam beberapa perlawanan sebelum ini, Conte berkata itu bukan fokus utamanya.

“Saya harus jujur, fokus saya hanya untuk Chelsea. Saya tidak berminat dengan apa yang berlaku di kelab lain.”

BACA:  Pogba Bakal Terlepas Piala Dunia dan Akan Kembali Beraksi Pada 2023