Cotterill Terbang Jauh Ke Belanda Untuk Bertemu Ten Hag Tetapi Kehadiran Beliau Tak Diendahkan

Erik Ten Hag jelas sekali tak ada waktu untuk melayan wartawan Sky Sports News, Gary Cotterill selepas beliau dilihat mengabaikan terus wartawan tersebut yang cuba mengucapkan tahniah atas perlantikkan beliau sebagai pengurus terbaru Manchester United.

Ten Hag secara rasminya telah diumumkan sebagai pengurus tetap Manchester United pada awal minggu ini dengan beliau akan memulakan tugasnya di Old Trafford pada Jun nanti.

Ten Hag telah ditawarkan kontrak selama tiga tahun dengan pilihan tambahan satu tahun bernilai £3.3 juta setahun.

Beliau pada ketika ini masih lagi mengendalikan skuad Ajax dan hanya akan memulakan tugasnya di Old Trafford selepas tamat musim 2021/22 ini.

Wartawan Sky Sports News, Gary Cotterill telah dihantar ke Netherlands untuk menemu bual Ten Hag di hadapan padang latihan Ajax.

Berhampiran pintu masuk ke pusat latihan, Ten Hag telah menurunkan tingkapnya untuk memberi peluang kepada seorang penyokong kanak-kanak dan ayahnya bergambar bersamanya.

Cotterill nampak ada kesempatan untuk beliau berusaha bercakap dengan pengurus dari Belanda itu dan beliau juga turut segera menghampiri kereta Ten Hag.

Beliau memulakan perbicaraannya dengan mengucapkan tahniah kepada Ten Hag atas perlantikkan sebagai pengurus Manchester United yang baru.

Walau bagaimanapun, Ten Hag seolah-olah langsung tak peduli dengan ucapan tahniah itu dengan beliau menghadang kamera terlebih dahulu sebelum segera pergi tanpa bercakap apa-apa.

Bercakap kepada Sky Sports News selepas itu, Cotterill menyatakan yang Ten Hag perlu lebih membiasakan diri dengan hal tersebut kerana beliau akan semakin kerap berdepan media di Old Trafford nanti.

“Dia nampak terperanjat dan lebih terkejut lagi selepas microphone Sky Sports dihulurkan terus ke muka dia.”

Jelas Cotterill kepada Sky Sports News.

“Dia tak memang tak nak bercakap banyak kan? Dia sepatutnya kena biasakan dia dengan suasana yang berbeza dari di sini di Amsterdam.”

“Itu hal yang penting, kamu sekarang di tengah-tengah tumpuan ramai. Dia pengurus terbaru Manchester United.”

“Ia agak mengejutkan untuk saya kerana melihat dia juga terkejut. Siaran bola sepak terbesar di England datang untuk melihat bagaimana keadaan dia dan mahu ucapkan tahniah kepadanya dan mahu mendengar ucapan dari dia.”

“Mungkin dia akan mampu untuk biasakan diri dia dengan situasi itu dalam tempoh beberapa bulan lagi.”

Ten Hag diumumkan secara rasmi sebagai pengurus Manchester United

Manchester United melalui laman sesawang rasminya telah mengumumkan bahawa Erik Ten Hag telah sah menjadi pengurus baharu mereka dalam misi membangunkan semula kelab.

Erik ten Hag telah diberikan kontrak selama tiga tahun yang bermula Jun 2022 sehingga jun 2025 dengan pilihan lanjutan kontrak untuk tahun mendatang.

Dalam kenyataan rasmi itu, Manchester United mengumumkan:

“Manchester United dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Erik ten Hag sebagai Pengurus Pasukan Utama Lelaki, tertakluk kepada keperluan visa kerja, dari penghujung musim ini hingga Jun 2025, dengan pilihan untuk melanjutkan satu tahun lagi.”

Pengarah bola sepak Setan Merah. John Murtough telah memuji Ten Hag yang telah diskodeng kehebatannya sejak beberapa musim lalu:

“Sepanjang empat tahun lalu di Ajax, Erik telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang jurulatih yang paling menarik dan berjaya di Eropah, terkenal dengan daya tarikan pasukannya, bola sepak menyerang dan komitmen kepada pemain remaja.”

“Dalam perbualan kami dengan Erik sebelum pelantikan ini, kami sangat kagum dengan visi jangka panjangnya untuk mengembalikan Manchester United ke tahap yang kami mahu saingi, pemacu dan keazamannya untuk mencapai itu.

“Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Erik kerana dia memberi tumpuan untuk mencapai kejayaan akhir musim di Ajax dan tidak sabar untuk mengalu-alukannya ke Manchester United pada musim panas ini.”

Erik Ten Hag juga telah menzahirkan rasa teruja dengan perlantikan ini yang mana bakal menguji tahap karier pengurusannya ke tahap lebih tinggi yang lebih banyak kepada politik:

“Adalah satu penghormatan untuk dilantik sebagai pengurus Manchester United dan saya amat teruja dengan cabaran yang akan datang. Saya tahu sejarah kelab hebat ini dan semangat peminat, dan saya benar-benar berazam untuk membangunkan pasukan yang mampu memberikan kejayaan yang sepatutnya.”

“Adalah sukar untuk meninggalkan Ajax selepas tahun-tahun yang luar biasa ini, dan saya boleh memberi jaminan kepada peminat kami tentang komitmen penuh saya dan fokus untuk membawa musim ini ke kesimpulan yang berjaya sebelum saya berpindah ke Manchester United.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Seorang Lagi Kakak Ronaldo Kecam Ten Hag Keluarkan Adiknya: "Dah Terlambat"