Cristiano Ronaldo Dianggap Bakal Bawa United Ke Era Sir Alex Ferguson

Bekas penjaga gol Manchester United, Tomasz Kuszczak percaya yang Cristiano Ronaldo bakal membawa impak yang sungguh luar biasa menakjubkan di Old Trafford.

Manchester United menandatangani semula Cristiano Ronaldo pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini dengan yuran perpindahan bernilai £12.86 juta.

Tidak dinafikan yang pemain terhebat sepanjang zaman Portugal itu sedang bergembira menikmati permulaan semula kariernya di Old Trafford pada ketika ini.

Pemenang lima kali anugerah Ballon D’or itu berjaya menjaringkan gol dalam kesemua tiga perlawanan awal beliau bersama setan merah musim ini.

Ketika aksi debutnya bertemu Newcastle United dalam saingan Premier League, Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan dua gol.

Ia jelas sekali tidak mengejutkan kerana Ronaldo sememangnya pemain terhebat sepanjang zaman dan kemampuan beliau untuk menjaringkan gol tidak boleh diragukan.

Bekas rakan sepasukannya ketika di Old Trafford dahulu, Kuszczak percaya yang rekod jaringan pemain berusia 36 tahun itu akan terus meledak selepas ini.

Apa yang Kuszczak katakan tentang Ronaldo?

Kuszczak turut menyatakan yang Ronaldo akan terus buktikan yang beliau bakal mengubah kedudukan United pada ketika ini, dan membantu kelab untuk capai kejayaan sehebat era Sir Alex Ferguson dahulu.

Kuszczak bercakap bagi pihak 888sport dan menyatakan bahawa:

“Ini merupakan kenyataan yang besar kerana ini jugalah satu-satunya hal yang United sangat perlukan sejak sekian lama dahulu. Seseorang yang boleh mengangkat kelab sehebat era kegemilangan Sir Alex Ferguson.”

“Sejujurnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Manchester United sangat mengecewakan.”

“Para penyokong tak dapat nikmati kegembiraan dengan pemain datang dan pergi, pengurus yang berbeza, mereka langsung tak dapat rentak.”

“Tapi sekarang, mereka tandatangani Cristiano Ronaldo, pemain yang dianggap terhebat di dunia, jelas sekali saya sendiri pernah bermain bersama dia.”

“Tapi apa yang Cristiano bawa ke kelab adalah kenyataan yang membuktikan dia sentiasa yang terbaik tidak kira di mana sekali pun dia bermain. Tidak kira sama ada ia Manchester United dalam saingan Premier League, Real Madrid dalam saingan La Liga atau Juventus dalam saingan Serie A.”

“Dia akan datang dan membawa impak yang cukup besar dan dia akan jadi pemain terpenting di mana saja pun dia pergi. Cristiano adalah pemain yang akan ubah segalanya. Bahkan selepas tamat perlawanan pertama bertemu Newcastle, dia sudah tunjukkan impak yang menakjubkan.”

“Kita sudah boleh lihat perbezaan yang ada di kalangan penyokong, pasukan, cara pasukan bermain. Ia merupakan perubahan yang sangat besar.”

Mampukah Ronaldo bersendirian mengubah United?

Menandatangani semula Cristiano Ronaldo akan berikan dua kelebihan nyata untuk Manchester United.

Pertama adalah keperibadian beliau yang mana setiap pasukan yang Ronaldo sertai, beliau akan membawa impak tersendiri dan tentunya akan memberikan semangat baru kepada rakan sepasukannya dan para penyokong.

Kelebihan kedua adalah beliau mempunyai mentaliti kemenangan, empat gol dari tiga perlawanan sudah cukup untuk membuktikan kualiti yang Ronaldo miliki.

United juga pada musim lalu kekurangan pemain yang mempunyai penyudah yang tajam dengan Bruno Fernandes muncul sebagai penjaring terbanyak mereka.

Kehadiran Ronaldo jelas menyelesaikan masalah tersebut dan dua perlawanan terakhir United dalam saingan Premier League membuktikan hal tersebut.

Setan merah walau bagaimanapun dikecewakan dengan kekalahan di tangan Young Boys dalam saingan Champions League minggu lalu selepas Cristiano Ronaldo dikeluarkan.

Sementara dalam aksi saingan Premier League pula, mereka berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 menewaskan Southampton dengan Ronaldo dan Lingard menjadi penjaring gol.

David De Gea muncul sebagai wira selepas beliau menyelamatkan sepakan penalti Mark Noble di hujung permainan seterusnya mengesahkan kemenangan untuk setan merah.

Jadi tidak keterlaluan untuk katakan yang Ronaldo sememangnya membawa impak luar biasa bukan hanya aksinya atas padang, tetapi juga semangat juang yang ditunjukkan oleh rakan sepasukannya.

Sumber: GMS

BACA:  UEL 2022/23: Sheriff Tiraspol 0 Manchester United 2, King Akhiri Kemarau Jaringan