Cristiano Ronaldo Menawarkan Hotel Miliknya Untuk Dijadikan Pusat Rawatan Virus Covid-19

Pemenang Ballon d’Or 5 kali, Cristiano Ronaldo bukan sahaja hebat di atas padang, tetapi juga seorang individu yang tinggi budi pekertinya.

Pada saat dunia diserang hebat wabak Covid-19, bintang terkenal Juventus, Cristiano Ronaldo yang kini sedang menjalani proses kuarantin di Negara asalnya telah menunjukkan semangat kemanusiaan yang tinggi.

Ronaldo telah menawarkan beberapa hotel miliknya untuk dijadikan sebagai pusat rawatan wabak penyakit yang kini tular itu.

Dek kerana penularan wabak itu kini semakin parah, kebanyakkan Hospital di seluruh dunia sudah mulai penuh. Di China sendiri ketika ini ada beberapa hotel khas telah disewa untuk dijadikan wad sementara.

Bintang Portugal dan juga Juventus, Cristiano Ronaldo, turut mengambil langkah yang sama, bagi membantu meringankan sedikit beban petugas perubatan dalam mencari tempat untuk menempatkan pesakit Koronavirus.

Beberapa hari lalu, Ronaldo sendiri menyeru kepada semua masyarakat agar tampil untuk menghulurkan sumbangan dan bantuan bagi meringkan beban semua pihak yang terlibat dalam penularan virus Covid-19 ini.

Beliau bukan hanya menyeru kepada masyarakat bah kan dirinya sendiri turut sama membantu semampu beliau untuk meringankan bebanan semua pihak yang terlibat.

Selain dari Hotel miliknya ditutup untuk dijadikan sebagai hospital bagi memberikan rawatan kepada pesakit yang dijangkiti wabak Covid-19, Ronaldo turut membayar elaun kepada petugas perubatan yang mengurus mangsa virus itu.

Kerajaan Portugal berasa amat bangga dengan sikap kemuliaan yang ditunjukkan oleh Ronaldo dan menggesa selebriti lain turut mengikuti sikap ikon bola sepak negara itu.

Ini bukan kali pertama Ronaldo menunjukkan sikap yang terpuji seperti ini, beberapa bulan lalu beliau telah meluangkan masa berharganya demi seorang kanak-kanak yang sanggup menunggu di tepi jalan untuk mendapatkan peluang bergambar dengan heronya iaitu Ronaldo.

Menurut laporan daripada akhbar Flash yang berpengkalan di Portugal, seorang peminat cilik bernama Eduardo Moreira sanggup menunggu di tepi jalan sambil memegang banner untuk mendapatkan perhatian Cristiano Ronaldo yang ketika itu sedang bersama skuad kebangsaan Portugal.

‘Cristiano, berikan aku pelukanmu’. Itulah yang tertulis pada banner yang dipegang Eduardo dan kanak-kanak cilik tersebut sanggup berdiri di tepi jalan menunggu bas yang membawa skuad Portugal melalui jalan tersebut.

Mujurlah buat Eduardo kerana banner tersebut disedari Ronaldo. Penyerang Juventus itu meminta pemandu bas supaya memberhentikan kenderaan serta-merta untuk memenuhi permintaan Eduardo.

Sebaik sahaja bas berhenti, Eduardo dibenarkan untuk naik ke dalam bas dan Ronaldo memenuhi permintaannya dengan bergambar bersama. Akhbar tersebut juga melaporkan Eduardo sebenarnya penghidap kanser untuk satu tempoh yang lama, menjadikan tindakan Ronaldo ini lebih manis dan terpuji.

BACA:  Erik Ten Hag Tidak Boleh Terima Perangai Kurang Ajar Ronaldo Balik Awal