Cristiano Ronaldo Sasar Jadi Bintang Filem Selepas Bersara

Bintang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo mendedahkan impiannya selepas bersara dari bolasepak adalah ingin menempa nama dalam industri perfileman.

Bekas pemain Manchester United berjaya memenangi gelaran Ballon d’Or yang ke-5 beliau baru-baru ini untuk menyamai rekod yang ditetapkan oleh Lionel Messi sebelum ini. Beliau juga cemerlang membantu Real Madrid mengekalkan trofi Piala Dunia Kelab Disember lalu selepas menewaskan pencabar dari Brazil, Gremio dalam aksi final.

Bakal ditawarkan watak dalam Justice League selepas beliau bersara kerana ‘Ronaldo is not human’.

Pemain berusia 32 tahun ini masih lagi mempunyai baki 3 tahun dalam kontraknya bersama Los Blancos, tetapi sudah menyatakan hala tuju beliau selepas bersara dari arena bolasepak.

“Saya masih fokus dengan bolasepak buat masa sekarang. Tetapi saya tahu karier bolasepak saya akan berakhir suatu hari nanti, sama seperti pemain-pemain lain,” Ronaldo dipetik berkata kepada Sky Italia.

“Saya tahu hari tersebut akan tiba tidak lama lagi. Akan tetapi, saya akan menikmati setiap detik bolasepak sekarang. Apabila saya bersara, saya rasa saya akan mempunyai kehidupan yang bagus. Dan ianya bukan hanya disebabkan oleh duit.”

Motivasi kunci utama untuk berjaya

“Saya mahu mencuba sesuatu yang lain. Seperti contoh, menjadi bintang filem. Saya sudah merancang persaraan saya semenjak berumur 27,28 tahun lagi.”

“Saya mempunyai pasukan yang bagus yang bekerja dengan syarikat saya. Mereka sudah mula merangka perancangan masa depan saya. Dalam bolasepak pula, saya masih tenang kerana saya tahu Real Madrid masih lagi mengharapkan khidmat saya.”

Dalam perlawanan terakhir Real Madrid sebelum liga berehat, mereka ditewaskan Barcelona 3-0 di gelanggang sendiri dan kini ketinggalan 14 mata di belakang kelab Catalan tersebut.

Ronaldo mengakui sukar untuk Real Madrid mengejar kedudukan Barcelona tetapi beliau menetapkan sasaran untuk membantu pasukannya meraih trofi Liga Juara-Juara untuk 3 musim berturut-turut.

“Perkara paling penting adalah terus bermotivasi. Jika kamu mempunyai motivasi, perkara lain akan datang lebih mudah. Untuk terus berada dalam sukan ini, kamu harus memabdikan diri kamu kepada bolasepak.”

Kau ada?

“Kamu harus bekerja keras disamping mempunyai minat dan cita-cita. Saya masih lagi mempunyai minat dalam bolasepak dan saya suka untuk menang. Saya percaya mampu meraih lebih kejayaan setiap tahun.”

“Orang ramai sering bercakap mengenai umur. Kadangkala saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana ada pemain muda yang sering tercedera dan tidak pandai menjaga fizikal mereka.”

“Saya sudah berumur 32, hampir memasuki 33 tahun tetapi saya masih berasa baik. Saya tahu saya bukan lagi pemain muda tetapi minda saya masih lagi segar dan bermotivasi untuk mencapai lebih banyak kejayaan kejayaan. Itu adalah kunci utama.”

BACA:  Kerana Bengang, Penyokong United Ini Nekad Bakar Jersi 'CR7'