Cristiano Ronaldo Sedang Melalui Kemarau Gol Paling Panjang Sejak 2010

Cristiano Ronaldo ketika ini sedang melalui kemarau gol paling lama sejak dari tahun 2010 yang lalu, selepas beliau mengharungi lima perlawanan tanpa menjaringkan sebarang gol.

Ya, Cristiano Ronaldo tak pernah lagi kemarau gol yang berpanjangan seperti ini dan ia jelas beliau sendiri sudah tentu tidak akan gembira dengan hal tersebut.

Tidak pasti masalah itu datang dari dirinya sendiri atau dari rakan sepasukannya, namun jelas sekali beliau sedang melalui musim paling teruk sepanjang kariernya.

Sejak aksi bertemu Wolves, Ronaldo gagal untuk menjaringkan sebarang gol termasuklah ketika aksi bertemu Brentford, West Ham United, Middlesbrough dan terbaru Burnley.

Beliau sepanjang musim ini telah tampil sebanyak 19 kali dalam aksi saingan Premier League, dengan 16 darinya beliau diturunkan dalam kesebelasan utama skuad.

Sepanjang tempoh tersebut, Cristiano Ronaldo hanya mampu menjaringkan lapan gol sahaja dan ia jelas rekod yang tidak terlalu baik untuknya.

Menjadi kambing hitam yang sering dipersalahkan ketika United berdepan kekalahan, Ronaldo jelas sekali tidak gembira dengan keadaan di Old Trafford pada ketika ini.

Ketika aksi bertemu Burnley, beliau telah di bawa masuk pada minit ke-68 permainan untuk menggantikan Edinson Cavani.

Malang sekali, Ronaldo gagal memberikan impak seperti yang diharapkan dengan beliau memberikan Man Utd gol yang mereka cari.

Selain Cristiano Ronaldo, ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire turut dihentam teruk oleh para peminat, dengan beliau dianggap sebagai peti sejuk yang menjadi punca Man Utd keciciran mata.

Maguire punca Manchester United keciciran mata

Ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire teruk kena hentam dengan para peminat selepas skuad setan merah itu hanya mampu catatkan keputusan seri sahaja bertemu pasukan tercorot liga, Burnley.

Selepas mendominasi aksi pada babak pertama permainan, Manchester United telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat hambar pada aksi babak kedua.

Semuanya serba tidak menjadi untuk skuad Manchester United ketika aksi kunjungan mereka ke Turf Moor untuk bertemu Burnley awal pagi tadi.

Man Utd berjaya mendahului permainan selepas Paul Pogba meledak gol pertama beliau sepanjang musim ini pada aksi babak pertama permainan.

Namun gol pendahuluan tersebut berjaya dipadamkam oleh Jay Rodriguez dua minit sebaik bermula aksi babak kedua permainan.

Pemain penyerang Burnley itu menerima bola hantaran dari Wout Weghorst dan berjaya mengelak dari diperangkap offside oleh Luke Shaw yang berada di kedudukan tak selari dengan barisan pertahanan United yang lain.

Sebaik menerima bola, Rodriguez sebenarnya masih banyak yang perlu dilakukan dengan beliau kemudiannya berjaya melepaskan diri dari Harry Maguire sebelum masuk ke kotak penalti dan melepaskan rembatan menewaskan David De Gea.

Penyokong Manchester United seperti yang dijangka dengan segera menembak Maguire dan menyalahkan beliau kerana gagal mengawal Weghorst dari menghantar bola dan turut sama gagal menghentikan serangan dari Rodriguez.

Peminat di media sosial segera memaki hamun Maguire di laman media sosial dengan kebanyakan mereka meletakkan sepenuh kesalahan di bahu ketua pasukan mereka itu.

“Dia boleh halang Rodriguez tapi dia pilih untuk jadi huru-hara dekat tengah padang dengan tak tahu mana arah dia nak pergi.”

“Dia gagal jadi ketua pasukan yang baik, dia gagal jadi pertahanan yang kebal, dan dia juga gagal jadi peti sejuk yang menyejukkan.”

“Jay Rodriguez tak akan ada kesempatan untuk jaringkan gol kalau Maguire bijak, dia beruntung sebab berdepan dengan pemain pertahanan paling dungu dalam sejarah bola sepak Inggeris.”

“Kenapa mesti dia perlu tunggu Rodriguez dapat bola dan mulakan larian terlebih dahulu? Adakah itu cara dia nak hentikan serangan?”

“Letak pemain pertahanan dari skuad bawah 12 tahun lagi bagus dari terus bergantung harap pada dia.”

Melihat kepada komen-komen dari para peminat, jelas sekali mereka sepenuhnya menyalahkan Maguire kerana gagal menghalang Rodriguez dari menjaringkan gol penyamaan.

Jay Rodriguez berjaya menghukum Manchester United yang sememangnya musim ini sering leka pada aksi babak kedua selepas mempamerkan aksi bagus pada babak pertama permainan.

United turut memiliki gol yang dibatalkan oleh pengadil perlawanan dan mereka turut mempunyai deretan peluang keemasan untuk menjaringkan gol pada aksi babak pertama permainan.

Gol tandukan dari Raphael Varane telah dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana offside dan United juga turut mensia-siakan banyak peluang untuk menjaringkan gol.

Memandangkan West Ham United berjaya mencatatkan kemenangan menewaskan Watford, maka United terpaksa akur jatuh ke kedudukan kelima kerana keciciran mata bertemu Burnley.

Sememangnya agak menyakitkan untuk diterima oleh peminat setan merah yang mereka hanya mampu mencatatkan keputusan seri sahaja bertemu pasukan tercorot liga.

BACA:  Bintang Portugal Dedah Kelab Yang Paling Sesuai Untuk Ronaldo Sertai Musim Panas Ini