Cristiano Ronaldo Sependapat Dengan Jose Mourinho Tentang Pemain Man United Yang Cepat Sentap

Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo boleh dikatakan sependapat dengan bekas pengurus kelab tersebut, Jose Mourinho, berkenaan sesetengah pemain yang menyarung jersi Syaithon Merah yang bersifat manja tak tidak boleh terima teguran.

Pasukan yang pernah menjadi kuasa Liga Perdana Inggeris tersebut kini berdepan peperangan dalaman di mana suasana bilik persalinan dikatakan sedang bergolak dan berpuak-puak.

Pengurus interim, Ralf Rangnick, kini sedang berada dalam tekanan yang sangat kuat untuk mengembalikan keharmonian di belakang tabir dan pada masa yang sama dia perlu membuatkan pemainnya mampu untuk mendapatkan keputusan perlawanan yang positif sebelum menyerahkan beban ini kepada pengurus yang berikutnya.

Bagi kapten Portugal, Ronaldo, dia berasakan tugasnya semakin sukar di kelab yang menaikkan namanya sebagai pemain yang digeruni di dunia apabila dia mendedahkan bahawa dia terpaksa menghadap pemain yang sukar untuk menerima teguran dan nasihat daripada pemain yang lebih senior di kelab tersebut.

“Pemain yang lebih matang, pemain yang lebih tua, memang selalu boleh tolong para pemain muda,” ujar Ronaldo kepada Sky Sports.

“Tapi aku boleh bagi kau satu contoh yang kalau aku bagi nasihat , walaupun kau lagi muda daripada aku, tapi kalau itu bukan benda yang kau nak buat dalam kehidupan seharian kau, maka susahlah.

“Kau boleh sembang sepanjang hari dengan orang tu, tapi kalau benda tu bukan datang dari hati dia, memang takkan jadi apa la.

“Aku ingat lagi masa aku berumur 18, 19, 20 tahun, ada beberapa orang pemain yang lebih berusia datang sembang dengan aku tapi aku anggap benda tu macam; ‘Cristiano, kau kena jadi lagi baik’.

“Diorang tahu lagi banyak daripada kau, lagi banyak pengalaman daripada kau, diorang dah hadap banyak detik-detik yang tak syok.

“Tapi ada orang yang tak boleh terima kalau kau kritik diorang – aku tak cakap yang budak jaman now di kalangan pemain kami, tapi secara umum. Aku ada anak, aku tahu lah.

“Kadang-kadang, bila kau cuba berkeras sikit mulalah diorang tu melawan. Kau memang kena cari keseimbangan yang betul untuk bercakap dengan diorang.

“Tapi, pada pendapatan aku,  benda paling utama adalah segalanya mesti datang dari dalam hati kau sendiri. Kau patut bangga tengok muka kau dalam cermin dan cakap, ‘Weh, aku dah bagi yang terbaik’ dan aku rasa semua orang patut buat macam tu sebab masuk tahun baru, kita tukar muka surat dan kita ada banyak benda untuk dimenangi.

“Kita kena percaya benda tu, kalau tak, memang hampeh la nanti.” ujar Ronaldo panjang lebar.

Komen Ronaldo ini ternyata mengesahkan lagi kenyataan yang dibuat oleh Jose Mourinho ketika dia menguruskan pasukan bermasalah tersebut pada tahun 2018.

“Baru-baru ni ada seorang daripada pemain yang aku baru latih dan bila mana aku latih di padang aku nak rasa bebas,” Mourinho berkata pada tahun 2018.

“Sebabnya, aku nak rasa macam dalam keluarga dan aku bebas untuk mengkritik sesiapa sahaja. Lepas tu, ada seorang pemain datang jumpa aku dia cakap yang dia ni sebenarnya seorang yang sopan dan tak suka konfrontasi, lepas tu dia pesan kat aku – kalau nak kritik dia, kritik secara personal, bukan depan-depan orang lain.

“Aku tanya la pasai apa?

“Lepas tu dia bagitahu yang dia tak selesa dia kena kritik depan pemain lain. Sekarang ni kau kena pandai dalam nak baca para pemain dan juga personaliti diorang dan cuba untuk mencari situasi terbaik.”

Dalam temubual tersebut, Mourinho membandingkan dengan bekas pemainnya di Chelsea, Didier Drogba yang biasanya akan lebih cemerlang bila mana lebih banyak kena marah.

“Drogba ni sejenis epamin yang semakin dia mendapat tekanan daripada pengurus, semakin tinggi kualiti permainan dia.

“Dia memang seorang pemain yang bagus, sangat kompetitif. Dia adalah seorang lelaki yang matang, dalam hidupnya dia ada banyak benda yang dia perlu perjuangkan.”

Mourinho dan Ronaldo ni belum lagi hadap pemain dalam Liga Malaysia yang mana ada pemain yang akan terus mengadu kepada pengurus atau presiden pasukan selepas kena marah dengan jurulatih. Gaji berpuluh ribu pun manja macam budak tadika.

Sumber : Mirror

BACA:  Mourinho Bakal Rombak Pasukan Untuk Piala FA, Tempat Pogba & Sanchez Dalam Bahaya