Danny Mills Gelar Man Utd Tahi Ketika Live di Sky Sports

Danny Mills dengan kasar dan tanpa berlapik lagi bertimbang rasa telah menggelar Manchester United sebagai tahi (s###) ketika sedang bersiaran langsung di Sky Sports News.

Ketika kejadian itu terjadi Danny Mills sedang bersiaran di Sky Sports untuk rancangan The Football Show pada hari rabu bersama Pete Graves dan Sol Bomba.

Walaupun sudah beberapa hari berlalu, kekalahan memalukan Manchester United kepada Liverpool di Old Trafford itu masih lagi menjadi perbincangan dalam rancangan bola sepak.

Dalam rancangan itu juga mereka membincangkan mengenai keputusan dan prestasi semasa pasukan yang bertanding di Premier League bagi minggu yang kesembilan.

Danny Mills tidak dapat menahan perasaan mungkin selepas berbicara mengenai pasukan Manchester United yang berterabur teruk dan bersepah-sepah macam tahi kat tandas awam.

Tanpa menoleh kebelakang ketika mahu memberi pendapat mengenai Manchester United Danny Mills yang tidak sedak beliau sedang bersiaran langsung telah berkata:

“Pada asasnya United adalah tahi.”

Pengacara rancangan Pete Graves dan rakan sepengulas Sol Bomba nyata tidak dapat menahan tawa mendengar apa yang diperkatakan oleh Danny Mills.

Rakaman perbualan Danny Mills itu menghina Manchester United terus mendapat perhatian ramai yang majoritinya mungkin bersetuju.

Lantaran kekalahan itu Ole Gunnar Solskjaer ditekan bertubi-tubi dan terpaksa menggunakan kabel Sir Alex Ferguson untuk dijadikan bekap lalu mendapat talian hayat tiga perlawanan dengan menang semua perlawanan.

Buat yang tak kenal, Danny Mills ni merupakan bekas pemain pertahanan kanan yang pernah beraksi bersama Norwich City, Charlton Athletic, Leeds United dan Manchester City.

Danny Mills sepanjang kariernya pernah dipinjamkan ke Middlesbrough, Hull City dan Derby County. Danny Mills dikenali ketika beliau beraksi bersama Leeds United dari tahun 1999 sehingga 2004.

Pada Ogos 2009, Danny Mills mengumumkan persaraannya sebagai pemain bola sepak profesional pada umur 32 tahun lantaran kecederaan lutut yang serius.

Manchester United 0-5 Liverpool

Banyak perlawanan derby yang hebat berlangsung malam ini dari pelbagai liga di negara Eropah menjadikan ahad ini sebagai super sunday yang sebenar dan sudah pasti North West Derby ini paling dinanti-nanti.

El Clasico diantara Real Madrid dan Barcelona berlangsung lebih awal, Ajx vs PSV, Roma Napoli, Inter vs Juventus dan Marseille vs PSG antara perlawanan yang sedap di hari ahad.

Seawal minit kelima Liverpool sudah dihadapan hasil jaringan mudah dan sangat menganjing dari Naby Keita selepas menyempurnakan hantaran bersahaja Mohamed Salah.

Entah apa yang terjadi kepada pertahanan Machester United, Aaron Wan-Bissaka, Victor Lindelof dan Harry Maguire ke laut, hanya Luke Shaw berdepan dengan Mohamed Salah.

Tindakan Luke Shaw yang sedikit lambat naik menyebabkan Salah tidak offside dan mudah menghantar bola kepada Naby Keita.

Mohamed Salah mencuba dengan satu rembatan namun tersasar. Manchester United kembali membalas dengan satu rembatan kencang juga sipi-sipi tersasar ke sebelah kiri gawang.

Kesilapan Harry Maguire yang melanggar Luke Shaw menyebabkan Naby Keita terlepas dan menghantar bola terus kepada Trent Alexander Arnold yang berada di kanan.

Trent Alexander Arnold terus menghantar hantaran rendah ke dalam kotak penalti yang pantas disambar oleh Diogo Jota untuk gol kedua.

Selepas 14 minit, Manchester United sudah ketinggalan dua gol.

Pada minit ke-24 perlawanan dihentikan kerana pemain veteran, James Milner mengalami kecederaan lalu terus dikeluarkan digantikan dengan Curtis Jones.

Mason Greenwood melakukan satu percubaan menarik selepas memperdayakan Andrew Roberton namun percubaan itu tenang ditepis keluar oleh Allison Becker.

David De Gea melakukan aksi menyelamat yang hebat dalam situasi satu lawan satu dengan Mohamed Salah yang berjaya lolos hasil satu lagi kesilapan pemain sendiri.

Teruk pertahanan Manchester United di ayamkan, Mohamed Salah mencuba berjaya dihadang dan bola sampai kepada Naby Keita yang terus menyuap kepada Salah untuk gol ketiga.

Kekoyakan mula terjadi, Cristiano Ronaldo telah menendang Curtis Jones dan kekecohan yang hampir membawa kepada pergaduhan tercetus sehingga perlawanan dihentikan.

Cristiano Ronaldo dikenakan kad kuning atas tindakan tidak cerdik itu dan permainan kembali bersambung. Selepas gol kedua Liverpool, Setan Merah terus mati akal.

Mohamed Salah menjaringkan gol keempat, satu lagi gol mudah sebelum tamat separuh masa pertama yang juga berpunca dari kebaraian akibat tidak teraturnya barisan pertahanan Manchester United.

Bersambung babak kedua, Mohamed Salah terus menjaringkan gol kelima Liverpool dan hatrik buat dirinya selepas mudah menyempurnakan hantaran sedap Jordan Henderson.

Gol berpunca daripada kesilapan Paul Pogba yang baru masuk menggantikan Mason Greenwood yang kehilangan bola mudah kepada Jordan Henderson ditengah padang.

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pengubat hati selepas menerima hantaran daripada Harry Maguire dengan satu gerakan dan rembatan padu.

Namun penilaian dari Video Assistant Referee (VAR) menyaksikan Cristiano Ronaldo offside dan gol tersebut telah dibatalkan.

Pada minit ke-60 bala menimpa Manchester United kerana terpaksa bermain dengan 10 pemain, Paul Pogba telah dilayangkan kad merah selepas mengasari Naby Keita.

Anthony Taylor melayangkan kad kuning pada awalnya namun selepas merujuk kepada Video Assistant Referee (VAR) keputusan itu diubah kepada kad merah.

Jelas tinggi tapak kaki yang diangkat oleh Paul Pogba, Naby Keita terus dikeluarkan dan terpaksa diusung.

Bermain 10 orang menjadikan Manchester United tampak lebih tenang dan lebih berakal, Liverpool masih tidak puas dan masih dahagakan gol.

Trent Alexander Arnold datang dengan satu rembatan kencang namun berjaya ditepis keluar David De Gea untuk sepakan penjuru yang tidak membuahkan hasil.

Edison Cavani hampir saja menjaringkan gol saguhati namun tolakannya dari jarak dekat telah hinggap ke palang dan tidak melepasi garisan gol.

Kedudukan lima gol tanpa balas kekal sehingga tamat perlawanan. Manchester United bermain lebih baik dengan 10 orang atau Liverpool sekadar menanti masa permainan tamat?

North West Derby yang selalunya berlangsung sengit nyata tidak menjadi kenyataan namun sangat menghiburkan dengan penguasaan Liverpool yang menakluk perlawanan dengan penuh bergaya.

Kad merah Paul Pogba, aksi kekasaran tidak masuk akal Cristiano Ronaldo yang menyebabkan kekecohan pemain yang hampir membawa kepada pergaduhan masih lagi wujuh dalam derby ini.

Kesebelasan Utama Man Utd (4-2-3-1) de Gea; Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw; McTominay, Fred; Greenwood, Bruno Fernandes, Rashford; Ronaldo.

Pemain Simpanan : Henderson, Bailly, Dalot, Lingard, Matic, Pogba, van de Beek, Cavani, Sancho.

Kesebelasan Utama Liverpool (4-3-3) Alisson; Alexander-Arnold, Konate, van Dijk, Robertson; Keita, Henderson, Milner; Salah, Firmino, Jota.

Pemain Simpanan : Adrian, Mane, Gomez, Oxlade-Chamberlain, Jones, Minamino, Tsimikas, Origi, Matip.

Pengadil Perlawanan: Anthony Taylor.

BACA:  Bruno Fernandes Maki Hamun Fred Dan Telles Kerana Terlalu Asyik Merakam Video