David De Gea Kagum Dengan Diri Sendiri Dan Man United Yang Main Power Sangat Musim Ni

David De Gea telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sarung Tangan Emas Liga Perdana Inggeris bagi musim 2022/23.

Ini selepas dia menjadi penjaga gol paling banyak menjaga kebersihan cadar ataupu  clean sheets.

De Gea melakukan 17 clean sheets musim ini daripada 36 aksinya dalam Liga Perdana Inggeris.

Dan ini adalah kali pertama dia memenangi Anugerah Sarung Tangan Emas Liga Perdana Inggeris sejak 2017/18.

Bermakna ini anugerah Sarung Tangan Emas EPL kedua buat De Gea di dalam kariernya. Musim ini adalah musim terbaiknya dari segi catata clean sheets.

De Gea sang legenda

De Gea jauh meninggalkan pesaing dia yang lain dalam persaingan pada tahun ini.

David De Gea tanpa diragui merupakan legenda Manchester United. Dia telah lama bermain untuk kelab itu.

Terharu dengan penghargaan itu, De Gea menegaskan bahawa, ini bukti dia dan pertahanan Manchester United telag melakukan tugas luar biasa sepanjang musim ini.

Terutama sekali dia sendiri yang telah membantu Manchester United dengan sedaya upaya yang dia boleh.

De Gea ternyata telah membuktikan kritikan ke atasnya silap. Malah segelintir peminat Man United sendiri telah memperlekehkan prestasinya musim ini dan merasakan sudah tiba masanya penjaga gol itu dijual.

Ianya kerana De Gea dianggap tidak cukup bagus untuk bermain ball playing keeper dan seringkali melakukan kesilapan.

Namun di mata Ten Hag, De Gea sangat bagus untuk pasukannya. Dia tidak tahu bagaimana ada pihak cuba mempersoalkan De Gea.

De Gea dalam proses rundingan kontrak baharu

De Gea masih dalam proses rundingan kontrak baharu. Perkara itu disahkan sendiri oleh Erik Ten Hag. Rata rata peminat Man United menyambut baik berita itu.

Mereka sebelum ini sedih kehilangan Phil Jones,  sekurang kurangnya masih ada De Gea. Yang menjadi pemain terakhir bermain dalam pasukan terakhir United yang memenangi EPL satu ketika dahulu.

Pengurus berasal dari Belanda, Erik Ten Hag masih percaya bahawa De Gea adalah penjaga gol berkelas dunia. Walaupun dia diselubungi beberapa aksi dengan kesilapan individu.

Ten Hag tidak akan menjadikan penjaga gol sebagai salah satu sasarannya pada jendela perpindahan akan datang kerana percaya mereka sudah memiliki David De Gea.

De Gea kagum dengan diri sendiri

De Gea sendiri memuji prestasinya sepanjang musim ini. Yang menurutnya telah menjadi jadi ibarat membara bara bak bara api.

De Gea berkata: “Sarung Tangan Emas? Itu bermakna pasukan ini dan saya telah melakukan tugasan dengan baik ye permisa semua.”

“Kami telah menjadi sangat kuat sepanjang musim ini. Saya rasa la kan, saya pun telah bermain dengan power sekali musim ini dan membatu pasukan ini dengan yang terbaik yang saya mampu.”

De Gea masih ada misi satu final lagi bersama Manchester United iaitu menentang Man City dalam aksi final Piala FA.

Ini adalah peluang untuk United menghalang City daripada menyamai pencapaian mereka menjuarai liga dengan status treble.

Man City turut beraksi dalam pentas final Liga Juara Juara Eropah menentang Inter Milan.

Man City sudah pun dinobatkan juara Liga Perdana Inggeris musim 2022/23 dengan kekalahan tidak bermaruah Arsenal semalam di tangan Nottingham Forest.

Man City akan diberikan Guard Of Honour pada aksi mereka menentang Chelsea.

Ianya kejuaraan ketiga berturut turut Man City dan kelima dalam enam musim terakhir di EPL.

BACA:  Kena 'Bomoh' Punca United Tak Menang Piala Lepas Era Sir Alex Ferguson