Kena ‘Bomoh’ Punca United Tak Menang Piala Lepas Era Sir Alex Ferguson

David de Gea dakwa Manchester United kena ‘sumpah’ sebab tu tak menang apa-apa Piala selepas berakhirnya era kegemilangan Sir Alex Ferguson.

Ketika beliau ditanya mengapa Man United bergelut untuk menang Piala selepas Sir Alex Ferguson bersara dari dunia bola sepak, sambil bergurau De Gea dakwa United dah kena bomoh.

Man United tak pernah menang gelaran Premier League lagi sejak dari tahun 2013 yang lalu, dengan Piala terakhir yang mereka menangi adalah gelaran Europa League yang dimenangi pada tahun 2017 lalu.

​Setan merah gagal untuk sekali lagi memenangi gelaran Europa League pada musim lalu, selepas mencatatkan kekalahan menerusi penentuan sepakan penalti bertemu Villarreal.

Musim ini pula, walaupun ia sukar namun satu-satunya kejuaraan yang masih boleh dikejar oleh skuad kendalian Ralf Rangnick itu adalah Champions League.

Untuk mengejar Manchester City di puncak saingan Premier League sudah agak mustahil memandangkan jarak antara mereka sudah terlalu jauh.

Man Utd juga sudah tersingkir dari saingan Carabao Cup dan terbaru mereka disingkirkan dari saingan FA Cup oleh kelab dari saingan Championship, Middlesbrough.

Jadi mengapa Man Utd terlalu sukar untuk menang Piala selepas Sir Alex Ferguson bersara?

Ketika David de Gea ditanya soalan sama, beliau sambil bergurau menganggap yang Man Utd kena ‘bomoh’ sebab tu tak menang apa-apa Piala.

Bercakap kepada El Pais, De Gea menyatakan bahawa:

“Saya rasa ada orang dah letakkan sumpahan atau apa-apa ke atas kami. Tapi sejujurnya saya tak tahu apa yang berlaku, saya betul-betul tak tahu.”

“Orang selalu tanya saya dan kami bercakap tentang itu sebagai rakan sepasukan dan kami akan sepakat kata yang kami tak tahu apa yang sedang berlaku.”

De Gea kemudiannya menyambung lagi dengan menyatakan.

“Kami sepatutnya boleh mencabar lebih banyak Piala, kejuaraan lebih besar, tapi saya memang tak tahu mengapa skuad ini langsung tak berfungsi.”

“Saya tak tahu adakah itu hal yang baik (statistik penyelamatan). Pasukan mencipta banyak peluang bertemu kami. Tapi itulah sebab mengapa saya di sini. Cuba halang dari gawang gol dibolosi, bantu pasukan semampu saya dan pada tahun ini semuanya nampak baik-baik sahaja untuk saya.”

David de Gea merupakan salah seorang dari skuad Man Utd yang memenangi gelaran Premier League pada musim 2012/13 yang lalu.

Beliau turut membantu skuad untuk memenangi gelaran Piala FA, League Cup dan Europa League sejak dari kali terakhir mereka memenangi gelaran liga.

Walau bagaimanapun, mereka masih gagal dan tak nampak tanda-tanda bakal memenangi gelaran Premier League atau Champions League sejak dari tahun 2013 lagi.

Musim ini sudah tentu para peminat sangat berharap agar skuad setan merah akan mampu untuk membawa pulang Piala telinga capang itu ke bumi Old Trafford.

Man Utd akan turun bertemu Atletico Madrid di pusingan 16 terbaik, dan sudah tentu mereka akan berjuang habis-habisan memandangkan hanya Champions League sahaja yang ada untuk mereka kejar pada musim ini.

Seandainya setan merah gagal menewaskan Atletico Madrid yang sedang bergelut itu nanti, maka mereka bakal mengakhiri saingan musim ini dengan tidak memenangi sebarang kejuaraan.

Selepas menandatangani Raphael Varane, Jadon Sancho dan membawa semula legenda kelab, Cristiano Ronaldo sudah tentu para peminat mengharap United akan perolehi sesuatu.

Walau setakat ini semua usaha itu nampak sia-sia, namun harus diakui mereka akan tetap meletakkan harapan setinggi gunung untuk melihat setan merah muncul sebagai Juara saingan Champions League musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Solskjaer Anggap Gol Kemenangan Aston Villa Tak Sepatutnya Dibenarkan