De Bruyne Wira Kemenangan Manchester City

Saingan peringkat kumpulan Champions League 2019/20 telah pun tamat dan kejohanan teragung di Eropah ini kembali bersambung di peringkat kalah mati.

Real Madrid akan melayan kunjungan Manchester City di halaman mereka sendiri Santiago Bernabeu, untuk perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.

Peringkat kalah mati ini menemukan 16 pasukan terbaik yang menjadi juara kumpulan dan naib juara kumpulan.

City bertekad untuk memenangi Liga Juara-Juara musim ini kerana mereka telah digantung dari menyertai pertandingan itu selama dua musim kedepan kerana melanggar peraturan FFP UEFA.

Ini adalah perlawanan pertama yang menemukan Zidane dan Pep Guardiola. Yang menariknya adalah Zidane tidak pernah tersingkir di Peringkat kalah mati sejak menjadi pengurus Real Madrid.

Perlawanan bermula dengan agak mendatar dengan kedua pasukan terlalu berhati-hati di bahagian tengah padang. Tiada percubaan berbahaya dilakukan oleh Kedua-dua pasukan.

Minit ke-21 Real Madrid hampir dikejutkan oleh pasukan pelawat, hasil hantaran cantik oleh De Bruyne tepat menemui Jesus, dan beliau melepaskan rembatan tetapi diselamatkan oleh Courtois.

Pada minit ke-30 Ederson pula menjadi wira kepada Manchester City apabila berjaya menyelamatkan tandukan dari Karim benzema yang menerima hantaran dari Ferland Mendy.

Man City terpaksa melakukan pertukaran awal kerana masalah kecederaan yang di alami oleh Laporte.

Bermula babak kedua kubu Real Madrid diuji beberapa kali oleh Mahrez dan De Bruyne. Mujur  Courtois beraksi cemerlang dan berjaya menyelamatkan percubaan itu.

Pada minit ke-60 Vinicius Junior berjaya merampas bola di kaki Walker lalu menghantar terus bola kepada Isco yang tidak dikawal. Isco dengan tenang menolak masuk bola ke sudut sebelah kiri untuk mewaskan Ederson.

Courtois beraksi dengan begitu cemerlang di babak kedua perlawanan ini dengan menyelamatkan setiap percubaan berbahaya ke gawang beliau.

Pada minit ke-78 De Bruyne berjaya melepasi pertahan Real dan menghantar bola cantik ke tengah dan di tanduk masuk oleh Jesus. De Bruyne mengetuai jentera serangan City dengan cemerlang di dalam perlawanan ini.

Pada minit ke-81 Sterling telah dijatuhkan didalam kotak dan pengadil memberikan City sepakan penalti. Kevin De Bruyne dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti itu dan City mendahului Real dengan 2-1.

Jesus menerima bola hasil Kesilapan pemain pertahanan Real sendiri dan berlari laju ke arah gol Real, beliau telah ditarik dari belakang oleh Ramos dan kerana kekasan itu Ramos telah dilayangkan kad merah.

Perlawanan tamat dan keputusan akhir Manchester City menang 2-1. Dan ini adalah kemenangan pertama City menewaskan Real Madrid.

City akan membawa bekalan dua gol untuk menyambut kedatang Real ke Etihad untuk perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara.

Senarai pemain utama Real Madrid

Thibaut Courtois, Dani Carvajal, Raphael Varane, Sergio Ramos, Ferland Mendy, Luka Modric, Casemiro, Federico Valverde, Isco, Karim Benzema, Vinicius Junior.

Pemain simpanan

Alphonse Areola, Eder Militao, Marcelo, Toni Kroos, Gareth Bale, Lucas Vazquez, Luka Jovic.

Senarai pemain utama Manchester City

Ederson, Kyle Walker, Aymeric Laporte, Otamendi, Benjamin Mendy, Kevin De Bruyne, Rodri, IIkay Gundogan, Riyad Mahrez, Gabriel Jesus, Bernado Silva.

Pemain simpanan

Claudio Bravo, Joao Cancelo, David Silva, Fernandinho, Phil Foden, Reheem Sterling, Sergio Aguero.

BACA:  Guardiola: Kejuaraan Liga Lebih Bermakna Daripada Liga Juara-Juara Eropah