Di Canio Bandingkan Messi Dan Ronaldo Dengan Kenyataan Yang Agak Brutal

ronaldo messi

Cristiano Ronaldo telah menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah bola sepak dunia apabila menjaringkan hatrik ketika Manchester United menewaskan Tottenham Hotspur di Old Trafford.

Sebelum ini pemain Republik Czech, Josef Bican merupakan pemegang rekod tersebut dengan 805 gol dalam 530 perlawanan dari tahun 1931 sehingga 1956.

Dengan jaringan hatrik itu Cristiano Ronaldo telah menjaringkan gol yang ke-805, 806 dan 807 dalam 1110 perlawanan akhirnya memecahkan rekod yang dipegang Josef Bican selepas 66 tahun.

Lalu timbul kembali perdebatan layakkah Ronaldo diangkat sebagai GOAT atau Greatest of All Time. Bukan kambing ye sobat sekalian.

ronaldo messi
GOAT

Sudah pasti Lionel Messi yang menjadi perbandingan walaupun tidak sehangat dulu lantaran prestasi sendu Messi ketika ini tetapi masih digaduhkan lagi Messi atau Ronaldo GOAT yang sebenar.

Paolo Di Canio merupakan figura bola sepak terbaru yang menyatakan pendapat siapa lebih hebat antara Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Bekas pemain West Ham dan pemain kebangsaan Itali ini tidak berdolak dalih lagi apabila telah memilih Cristiano Ronaldo sebagai pemain bola sepak terhebat.

Bekas pemain berusia 53 tahun itu telah menyatakan pendapatnya dengan satu kenyataan yang agak brutal dan keras kepada Sky Italia:

“Messi ni seekor makhluk asing tanpa emosi tidak seperti Ronaldo yang lebih kepada seorang manusia yang mempunyai jiwa.”

“Messi meninggalkan padang sambil menggaru kepala dan tanpa menunjukkan sebarang emosi. Aku lebih suka Ronaldo. Adakah kau nak aku berada di bangku simpanan menentang Manchester City? Jadi aku pergi ke Portugal, kemudian aku kembali dan menjaringkan hatrik.”

“Aku lebih suka manusia yang mempunyai jiwa daripada makhluk asing tanpa emosi. Messi menunjukkan bahawa personalitinya terhad dan terbatas.

“Sudah ramai yang bersiul, pewit! Beribu-ribu penyokong menunggunya, mengidolakan Messi, tetapi kelakuannya tidak betul.”

Lionel Messi bukanlah satu-satunya pemain yang menerima kritikan brutal dari Di Canio dan bekas pengurus Sunderland itu berkata bahawa Neymar adalah “lebih teruk.”

“Neymar lagi teruk. Dia tidak melakukan sesuatu yang istimewa dan bulan lepas dia berkata dia mahu pergi ke MLS untuk bercuti selama tiga bulan. Maksud aku, tunjukkanlah rasa hormat, pasti ada masalah.”

Sempat lagi Di Canio menyelar Neymar yang mengalami kemerosotan di mana Paris Saint Germain telah menandatangani Neymar dari Barcelona dengan nilai £198 juta, harga pecah rekod pecah muka, pecah kepala. Demo kenal bare.

Neymar kini dilaporkan tidak lagi diperlukan di Parc des Princes selepas kekalahan memalukan dalam saingan Champions League di kaki Real Madrid minggu lalu.

Para penyokong Paris Saint Germain mencemuh kedua-dua Lionel Messi dan Neymar Jr ketika aksi kemenangan mereka menewaskan Bordeaux 3-0 di Parc des Princes.

Neymar dan Messi teruk kena boo dengan para penyokong sendiri sepanjang perlawanan tersebut dan ia jelas sekali satu hal yang sangat mengejutkan.

Seperti yang diperkatakan oleh Di Canio, Messi hanya menunjukkan reaksi tanpa emosi walaupun dicemuh tak pasti Messi menggaru kepala atau tidak.

Dalam Paola Di Canio memuji Cristiano Ronaldo mungkin beliau sudah terlupa atau terlepas pandang apabila Ronaldo pun pernah dikritik hebat selepas perlawanan kerana kelakuannya.

Beberapa peminat dan pakar bola sepak telah mendakwa bahawa Ronaldo telah melakukan kesilapan apabila berjalan terus ke terowong selepas mengalami beberapa kekalahan dan seri bersama Manchester United.

Jika dikategorikan sebagai manusia, Lionel Messi satu-satu prospek yang boleh memecahkan rekod yang dipegang oleh Cristiano Ronaldo kini.

Messi kini berada dikedudukan keempat dengan 759 gol. Jika prestasi bersama Barcelona diambil kira dengan usia Ronaldo makin melanjut maka 2-3 musim sahaja diperlukan Messi menjadi pemilik rekod itu.

Namun Messi kini bukan lagi mesin gol sejak menyertai PSG dan untuk merekodkan 20 gol semusim tampak sukar.

Berikut merupakan 10 penjaring gol terbanyak sepanjang zaman:

1. Cristiano Ronaldo, Portugal

Gol – 807
Perlawanan – 1,110
Tahun – 2001 sehingga kini

2. Josef Bican, Czech Republic

Gol – 805
Perlawanan – 530
Tahun – 1931 sehingga 1956

3. Romario, Brazil

Gol – 772
Perlawanan – 994
Tahun – 1985 sehingga 2007

4. Lionel Messi, Argentina

Gol – 759
Perlawanan – 961
Tahun – 2003 sehingga kini

5. Pele, Brazil

Gol – 757
Perlawanan – 831
Tahun – 1957 sehingga 1977

6. Ferenc Puskas, Hungary

Gol – 746
Perlawanan – 754
Tahun – 1943 sehingga 1966

7. Gerd Muller, Germany

Gol – 734
Perlawanan – 793
Tahun – 1962 sehingga 1981

8. Ferenc Deak, Hungary

Gol – 576
Perlawanan – Lupa nak kira
Tahun – 1940 sehingga 1957

9. Uwe Seller, Germany

Gol – 575
Perlawanan – Lupa nak kira
Tahun – 1953 sehingga 1978

10. Tulio Maravilha, Brazil

Gol – 575
Perlawanan – Lupa nak kira
Tahun – 1988 sehingga 2019

BACA:  Emi Martinez Dedahkan Kualiti Kepimpinan Messi Di Padang