Emi Martinez Dedahkan Kualiti Kepimpinan Messi Di Padang

Penjaga gol Argentina dan Aston Villa Damián Emiliano Martínez Romero telah mendedahkan kualiti kepimpinan Lionel Messi ketika memimpin 10 orang pemain di padang yang merupakan satu sisi lain yang pernah diceritakan tentang Messi.

Ciri-ciri kepimpinan yang ada pada Lionel Messi selaku ketua pasukan bola sepak sering kali dipertikaikan mungkin kerana perwatakkannya yang dapat dilihat sebagai pendiam.

Legenda bola sepak dunia, mendiang Diego Maradona pernah mengkritik gaya kepimpinan yang dimiliki Lionel Messi sambil mendakwa pemain Barcelona itu bukan seorang pemimpin di atas padang dan tidak patut diangkat sebagai ‘dewa’ bola sepak.

Messi kerap menjadi sasaran pelbagai pihak setiap kali Argentina gagal memenangi sesuatu di peringkat antarabangsa. Messi juga pernah merajuk dan menggantung but lantaran kegagalan Argentina.

Messi telah tewas dalam 4 final ketika menyarung jersi Argentina. Kesian

Pemain yang dilabel makhluk asing itu pernah mengumumkan persaraan dari arena antarabangsa selepas Copa 2016 tetapi membuat kemunculan kembali tidak lama kemudian untuk membantu Argentina layak ke Piala Dunia 2018.

Maradona merupakan individu yang dianggap sebagai pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman, bersama seorang lagi ikon dari Brazil iaitu Pele. Namun begitu, Maradona tidak bersetuju Messi diletakkan dalam bracket yang sama kerana beliau mendakwa Messi merupakan pemain yang berbeza apabila beraksi dengan Argentina.

“Kita tidak boleh mengagungkan Messi lagi. Beliau adalah Messi ketika memakai jersi Barcelona. Walau bagaimanapun, beliau bertukar menjadi Messi yang lain apabila bermain untuk Argentina.” Ujar Maradona ketika memberikan temu ramah kepada Fox Sports beberapa tahun lalu.

“Memang Messi adalah pemain yang hebat tetapi beliau tiada ciri-ciri pemimpin. Tiada guna untuk kita membentuk seorang pemain yang pergi ke tandas sebanyak 20 kali sebelum perlawanan.”

Kenyataan Maradona ini mungkin merujuk kepada penyakit ‘berdebar’ Messi yang ekstrem sebelum bermula perlawanan. Messi pernah dilihat mengalami muntah sebelum beraksi dalam perlawanan tertentu.

Dalam satu video perbualan antara Emiliano Martinez bersama Ben Foster, penjaga gol Argentina itu telah mendedahkan sisi kepimpinan Messi yang tidak diketahui ramai dan membuatkan Ben Foster menjerti ‘wow’.

Martinez telah memberitahu Foster bahawa Messi adalah wiranya ketika beliau membesar dan kekaguman kepada pemain lagenda itu tidak pernah padam walaupun telah menjadi rakan sepasukan kini di pasukan Argentina.

Martinez dan Messi memenangi Copa America bersama musim panas lalu. Ini adalah kali pertama Argentina memperoleh trofi antarabangsa utama sejak tahun 1993.

Dan ini juga buat pertama kali Messi menjulang trofi antarabangsa utama bersama Argentina selepas gagal di empat perlawanan akhir termasuklah Piala Dunia.

Dalam rancangan bersama Ben Foster untuk Amazon Primer, Emi Martinez telah memuji Messi rapat ke ke langit ketujuh dan Martinez mendedahkan bahawa semua orang akan diam apabila Messi membuka kata.

“Messi membuat ucapan. Semua orang diam. Siapa pun mereka samada pengurus atau presiden Argentina.. Siapa pun yang berada di sana mereka akan diam.”

Itulah ciri-ciri kepimpinan yang ada pada Messi menurut kata Martinez dan Martinez juga mengenang kembali nasihat Messi ketika mereka menjuarai Copa America.

“Sobak, dia hanya cakap satu benda je kat aku sebelum separuh masa pertama di peringkat kumpulan menentang Uruguay. Kami menang 1-0, Edison Cavani dan Luis Suarez ketika itu bermain.”

“Messi cakap: ‘Emi pastikan kau padu dengan hantaran lintang sebab itulah satu-satunya cara untuk mereka jaringkan gol.”

“Sobak, aku bersedia untuk segala benda yang datang.”

Martinez mengekalkan rekod bersih tanpa bolos ketika Argentina melakar kemenangan 1-0 dengan susah payah yang membolehkan mereka layak selaku juara Kumpulan A.

Penjaga gol pilihan pertama Argentina dan kapten keramat mereka terus menyinar sepanjang kejohanan sebelum menewaskan musuh tradisi, Brazil 1-0 di final.

Baik Martinez mahupun Messi pasti tidak akan melupakan sumbangan satu sama lain kepada kejayaan Argentina pada musim panas itu.

BACA:  Ramos: Messi Jauh Lebih Bagus Daripada Maradona