Erik Ten Hag Akan Lepaskan 12 Pemain Dan Bajet Perpindahan Didedahkan

Erik Ten Hag belum pun lagi diumumkan secara rasmi sebagai pengurus baharu Manchester United untuk musim hadapan dan dilaporkan 12 pemain bakal dilepaskan dan bajet perpindahan juga telah didedahkan.

Segala proses membabitkan kontrak antara Ten Hag dan Setan Merah secara lisan telah dipersetujui kini berada diperingkat akhir sebelum tandatangan diturunkan, pengumuman akan dilakukan minggu ini.

Menurut laporan dari The Guardian Erik Ten Hag yang akan membina semula pasukan Setan Merah akan diberikan kontrak selama 3 atau 4 tahun sahaja.

Satu tempoh yang tidak cukup sebenarnya jika hanya 3 atau 4 tahun sahaja diberikan. Tapi Manchester United ni kelab komersil pasti mahukan hasil yang cepat.

Erik Ten Hag yang berusia 52 tahun telah bersama Ajax di Eredivisie sejak 2017 telah mencipta reputasi tinggi dalam melahirkan bakat muda dan membina kelab.

Sejak dikaitkan dengan Setan Merah bertebaran pelbagai khabar angin siapa dan pemain mana yang akan menjadi mangsa baik pulih pasukan oleh Ten Hag.

The Miror terpaling hebat khabar angingnya apabila melaporkan 12 pemain yang akan keluar, siap dengan senarai nama dan juga sebab tidak diperlukan.

Enam pemain akan dilepaskan atau berangkat pergi di penghujung musim ini kerana kontrak akan tamat pada musim panas:

1. Paul Pogba
2. Edinson Cavani
3. Nemanja Matic
4. Jesse Lingard
5. Juan Mata
6. Lee Grant

Senarai ini agak masuk agak selain kontrak tamat hampir separuh dari mereka dimamah usia dan jarang amat beraksi musim ini.

Tambahan dari senarai itu beberapa pemain yang masih mempunyai kontrak akan dibenarkan pergi oleh Erik Ten Hag iaitu:

1. Anthony Martial
2. Marcus Rashford
3. Phil Jones
4. Alex Telles
5. Aaron Wan-Bissaka
6. Eric Bailly

Dua nama teratas bola rasanya perlu dibuang kerana merupakan barah dalam pasukan dan langsung tidak mempamerkan semangat untuk pasukan.

Bila dah sampai 12 orang nak kena tendang keluar maka akan ada senarai nama pemain yang akan dibawa masuk dan ada nama sering dikaitkan sejak 2-3 musim lalu.

Minat Manchester United kepada dua pemain kebangsaan England, Harry Kane dan Declan Rice masih tidak padan dan jika ini mahu direalisasikan maka bajet sekurang-kurangnya £200 juta diperlukan.

Sasaran lebih realistik dan murah termasuklah penyerang Benfica, Darwin Nunez yang sangat bagus musim ini dengan 31 gol dalam 37 perlawanan setakat.

Tambahan pula, Darwin Nunez menjaringkan gol ketika menentang Liverpool, maka terbukti power dan genius.

Selain Declan Rice, satu lagi nama yang dikaitkan dengan Setan Merah adalah pemain tengah Wolves, Ruben Neves yang pasti tidak begitu tinggi harganya.

Perkara ini telah disahkan oleh Ralf Rangnick yang akan bertindak sebagai perunding untuk tempoh dua tahun apabila tamat tugas selaku pengurus interim.

Fabrizio Romano melaporkan bahawa Ralf Rangnick mengesahkan akan berlaku revolusi dengan 6,7 atau 10 orang pemain baru akan masuk.

“Akan ada pembinaan semula di sini. 6,7 atau mungkin 10 pemain baru akan datang.”

Dengan kenyataan dari Ralf Rangnick yang dilapor oleh Fabrizio Romano seorang peniup wisel yang boleh dipercayai maka tidak hairanlah kenapa senarai ini boleh keluar.

Selepas kekalahan memalukan Manchester United 4-0 kepada Liverpool tanpa ada rasa melawan, revolusi Setan Merah telah bermula apabila ketua peninjau bakat, Jim Lawlor meletakkan jawatan.

Jim Lawlor telah memutuskan melepaskan jawatan sebagai Chief Scout (bukan ketua pengakap) musim panas ini selepas 16 tahun berada di kelab.

Marcel Bout, kepala peninjau global (head of global scouting) juga melepaskan jawatan bersama-sama Jim Lawlor.

Jim Lawlor menyertai Setan Merah pada 2005 dan telah dinaikkan pangkat kepada Chief Scout pada 2014. Marcel Bout datang di bawa Louis Van Gaal yang pada awal sebagai jurulatih sebelum bertukar menjadi peninjau.

Kedua-dua kepala peninjau ini mempunyai kuasa dan peranan agak besar dalam merekrut pemain namun dikritik teruk sejak kebelakangan ini.

Mungkin Jim Lawlor dan Marcel Bout ni la dalang disebalik pembelian Maguire dengan harga 80 juta.

Tanpa mereka berdua, John Murtough kini mempunyai kuasa penuh dalam operasi bola sepak dan boleh membawa perubahan dalam membantu setan merah kembali ke jalan yang benar.

BACA:  Erik Ten Hag Pertahan Tabiat Man Utd Yang Suka Berbelanja Besar