Eriksen Mungkin Tidak Akan Bermain Bola Sepak Lagi – Pakar Jantung

Pemain perancang utama pasukan Denmark, Christian Eriksen telah rebah secara tiba-tiba dalam perlawanan negaranya menentang Finland semalam dan mengejutkan seluruh dunia bola sepak.

Selepas rebah, pemain ini tidak sedarkan diri buat seketika dan kejadian ini berpunca daripada masalah jantung Eriksen. Eriksen bagaimanapun kembali sedar dan stabil dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Walaubagaimanapun, seorang pakar jantung, Professor Sanjay Sharma – pakat kardiologi sukan di Univerisi St. George di London berkata, badan bola sepak UK tidak boleh membenarkan pemain ini untuk bermain lagi selepas ini.

Berkata tentang insiden ini, Prof Sharma yang bekerja bersama Eriksen di Tottenham Hotspur berkata,”Memang ada sesuatu yang tak betul.

“Tetapi mereka berjaya sedarkan dia semula, persoalannya ialah apa yang terjadi? Dan kenapa ia terjadi?

“Pemain ni mempunyai keputusan ujian yang normal sehingga 2019, jadi macam mana nak cerita yang ini adalah serangan jantung?”

Prof Sharma – pakar jantung. Gambar : Standard

Prof Sharma yang juga merupakan pengerusi kumpulan permukafakatan pakar jantung di FA England dan juga konsultan bagi RIsiko Jatung di Kalangan Pemuda (CRY) berkata, ada banyak sebab serangan jantung boleh berlaku seperti suhu yang tinggi atau keadaan yang tidak dikenal pasti.

Tetapi dia berkata laporan yang mengatakan Erikson telah sedar hospital menunjukkan satu petanda yang baik

“Saya rasa gembira. Lagipun dia sudah stabil dan sedar, jadi dia akan lebih baik lepas ni,”katanya kepada agensi berita PA seperti yang dilaporkan Standard UK.

“Saya tak tahu sama ada dia akan bermain bola lagi atau tidak.

“Bukan la nak keruhkan keadaan, tapi dia sebenarnya sudah mati hari ni, walaupun untuk beberapa minit, tapi dia telah dan adakah pihak perubatan professional mahu benarkan dia mati lagi?

“Jawapannya memang tak, lah.”

Prof Sharma turut berkata bahawa kedua-duanya, pemain dan kelab, patut mengkaji sama ada dia patut bermain lagi atau tidak lepas ni.

“Serangan jantung dia tu menggegarkan seluruh negara hari ini dan itulah yang terjadi.

“Bukan sahaja ia memberi kesan kepada mereka, tetapi kegusaran ramai orang,” tambahnya lagi.

“Berita baiknya dia akan hidup, berita buruknya dia sudahpun berada di hujung karier, jadi adakah dia akan bermain bola secara professional lagi, saya takleh nak cakap.

“Di UK, dia tak akan main. Kami sangat tegas dalam isu ini.”

Salah seorang doktor yang merawat bekas pemain Bolton Wanderers, Fabrice Muamba, turut bersetuju bahawa mereka hanya boleh membuat andaian tentang masa depan Eriksen.

Dr Sam Mohiddin memberitahu BBC,”Serangan jantung adalah detik yang sangat bahaya. Kalau anda tak dapat bantu seseorang tu sedar selepas serangan, maka ceritanya berakhir di situ.

“Memang akan meninggal.”

Untuk rekod, Fabrice Muamba pernah mengalami serangan jantung dalam perlawanan antara Bolton menentang Tottenham Hotspur dalam pusingan suku akhir Piala FA pada 2012, dan dia telah “mati” selama hampir 2 jam.

Namun, umurnya masih dipanjangkan dan dia telah kembali sihat seperti sedia kala. Akan tetapi, sejak detik hitam itu karier bola sepaknya sudah berakhir dan selama setahun juga Muamba hidup dalam keadaan tertekan kerana terpaksa meninggalkan dunia bola sepak yang sangat dicintainya.

Selepas persaraan, Muamba terlibat dalam kerja-kerja media seperti pundit, dan juga menyambung pelajar ke peringkat sarjana muda dalam bidang jurnalisme sukan di Universiti Staffordshire dan lulus dengan kepujian.

Pada tahun 2015, Muamba telah mengambil lesen kejurulatihan di akademi Liverpool, dan pada tahun 2018, Muamba menjadi jurulatih akdemi di Rochdale, sambil melengkapkan sijil kejurulatihannya.

Berita : Standard UK

BACA:  Pogba: Penyokong Perancis 'Demand' Tinggi, Menang 10-0 Baru Puas Hati