Europa League 2020/21: Manchester United 1-1 AC Milan

Saingan bola sepak Eropah minggu ini diteruskan selepas selesai beberapa perlawanan kejohanan Eropah paling agung, Champions League dan ada beberapa pasukan sudah melayakkan diri ke suku akhir.

Bagi saingan kelas kedua Eropah, Europa League baru sahaja memasuki pusingan 16 terbaik dan perlawanan paling lejen sudah pasti perlawanan antara Manchester United menentang AC Milan.

Pertembungan kedua-dua pasukan ini sudah pasti menggamit kenangan ketika kedua-dua pasukan ini menjadi gergasi Eropah hampir sedekad lalu sebelum menjadi kelakar seperti sekarang.

Ole Gunnar Solskjaer menukar barisan pertahanan dalam perlawanan ini dengan menurunkan Eric Bailly dan Alex Telles dengan merehatkan Victor Lindelof dan Luke Shaw.

AC Milan pula kehilangan pemain tonggak mereka, Zlatan Ibrahimovic keran kecederaan betis sekaligus melenyapkan impian reunion Zlatan Ibrahimovic bersama bekas pasukannya itu.

Selain Zlatan, AC Milan juga kehilangan khidmat Theo Hernandez, Ante Rebic, Mario Mandzukic, Hakan Calhanoglu dan Ismael Bennacer untuk perlawanan ini.

Beraksi di Old Trafford nyata tidak menggentarkan AC Milan yang terus menekan seawal permainan bermula dan perluang terbaik hadir melalui bola lambungan jarak jauh Simon Kjaer.

Rafeak Leao yang menggalas tugas menyerang tanpa pemain utama berjaya melarikan bola untuk melakukan satu percubaan namun penjaga garisan telah mengangkat bendera tanda offside.

Selepas 10 minit permainan Franck Kessie telah menjaringkan gol pembukaan dengan satu rembatan menggelembung beraras sederhana namun cukup untuk menewaskan Dean Henderson.

Namun jaringan yang telah terhasil itu dirujuk kepada Video Assistan Referee(VAR) kerana ada unsur-unsur kecurangan dan tidak keadilan.

Selepas beberapa detik penelitian dilakukan maka jelas kelihatan bola telah terkena tangan Franck Kessie ketika mengawal bola sebelum percubaan dilakukan.

Manchester United agak goyang dan gugup dalam perlawanan ini dengan deretan hantaran yang tidak lepas dan berjaya dipotong pemain AC Milan.

Selepas 30 minit permainan, barulah Manchester United tampak sedikit tenang dan mula mendapat rentak serta berjaya melakukan gerakan dengan lebih baik.

Entah bagaimana ketua pasukan hebat, Harry Naguire boleh terlepas peluang terbuka lagi terhidang luas yang berpunca daripada sepakan penjuru.

Bola sampai kepada Maguire dan tiang gol yang statik tidak bergerak sahaja ketika itu, hanya satu tolakan mudah sahaja diperlukan Maguire untuk menghasilkan gol.

Namun percubaan Maguire telah terkena tiang yang halus kejadiaannya berbanding gawang yang terbuka luas dan bola melantun ke kawasan permainan.

Separuh masa kedua bermula, Anthony Martial yang disayangi ramai dan dianggap sebagai False Player telah dikeluarkan dan digantikan dengan Amad Diallo.

Ternyata keputusan Ole Gunnar Solskjaer mengeluarkan Martial yang tidak berfungsi dan gagal memberi sumbangan dalam banyak perlawanan membuahkan hasil.

Lima minit dipadan Amad Diallo membalas kepercayaan Ole dengan gol pembukaan melalui satu sundulan hasil umpanan genius pemain harapan dunia, Bruno Fernandes.

Bukan tandukan biasa-biasa dilakukan oleh Diallo kerana sundulan itu dilakukan dengan membelakangi gawang atau no look header.

Macnhester United tampak lebih garang selepas memperolehi gol semangat.

Pada minit ke-70, Daniel James terlepas peluang untuk menggandakan kedudukan selepas hantara Mason Greenwood gagal disempurnakan kerana terlebih guna kuasa.

Ketika permainan bakal berpihak kepada Manchester United dengan masa kecederaan berbaki lebih kurang seminit, Simon Kjaer hadir dengan gol penyamaan.

Berpunca dari sepakan sudut, mudah buat Simon Kjaer yang tidak dicabar melakukan satu tandukan bebas yang cuba ditepis keluar Dean Henderson namun bola tidak naik ke atas.

Jaringan sangat berharga buat AC Milan dan menjadi bekalan untuk perlawanan kedua dengan jaringan gol tempat lawan.

Gol Simon Kjaer ini juga telah menamatkan aksi tanpa bolos Setan Merah selama 503 minit dalam semua kejohanan.

Manchester United: Dean Henderson; Aaron Wan-BIssaka, Eric Bailly, Harry Maguire, Alex Telles; Scott McTominay, Namenja Matic; Daniel James, Bruno Fernandes, Mason Greenwood; Anthony Martial

Subs: Shola Shoretire, Axel Tuanzebe, Luke Shaw, Brandon Williams, Fred, Lee Grant, Victor Lindelof, Bishop, Traoré, Amad Diallo

AC Milan: Domarunma; Calabria, Kjaer, Tomori, Dalot; Krunic, Meite, Kssie; Saelemaekers, Rafael Leao, Daz

Subs: Tatarunsanu, Castillejo, Tonali, Kalulu, Tonin, Gabba, Donnarumma

BACA:  Sah Semua Pasukan Premier League Tarik Diri Dari Pakatan Super League