Europa League Semi Final 2020/21: Manchester United 6-2 Roma

Perlawanan bola sepak Eropah kelas kedua, Europa League meneruskan aksi di separuh akhir menemukan dua pasukan yang tidak asing lagi Manchester United dan Roma.

Prnyokong Roma nyata terluka dengan komen Ole Gunnar Solskjaer yang tidak kenal dan tidak melihat aksi Roma yang telah disalah ertikan.

Kenyataan Ole Gunnar Solskjaer bermaksud tidak membuat analisis tentang Roma secara mendalam sehinggalah mereka bertemu di separuh akhir.

Paulo Fonseca pula menyatakan akan mendapatkan bantuan Chris Smalling dan Henrikh Mkhitaryan bagi menewaskan Manchester United di Old Trafford.

Belum sempat perlawanan disajikan dengan aksi sebenar Jordan Veretout telah mengalami kecederaan seawal minit kedua namun masih mampu meneruskan perlawanan.

Minit keempat Jordan Veretout telah terbaring dan dikeluarkan, Gonzalo Villar masuk.

Manchester United membuka tirai jaringan pada minit ke-9 melalui satu sungkitan bersahaja Bruno Fernandes selepas menerima umpanan cantik Edison Cavani.

Jaringan tersebut tidak bertahan lama apabila hantaran Rick Karsdorp telah dihalang dengan hadangan menggelunsur Paul Pogba.

Malangnya bola terkena tangan Paul Pogba, walaupun bantahan dilakukan tangan tetap tangan dan penalti tetap penalti.

Mudah buat Lorenzo Pellegrini menyamakan kedudukan pada minit ke-15.

Agak huru-hara dan kelam-kabut permainan dipamerkan Roma yang mudah kehilangan bola dan hantaran demi hantaran tidak sampai kepada rakan.

Kesilapan demi kesilapan Roma membuat hantaran gagal dihukum dengan penyudah dari Manchester United.

Rembatan Paul Pogba dari luar kotak penalti berjaya ditepis penjaga gol Roma Pau Lopez dengan satu pendaratan yang tidak sempurna.

Pau Lopez telah mengalami kecederaan dan digantikan dengan pada minit Antonio Mirante ke-28. Kurang 30 minit dua pertukaran sudah dilakukan Roma.

Disebalik aksi pening Roma, mereka menjaringkan gol kedua di Old Trafford melalui tolakan jarak dekat Edin Dzeko.

Tolakan Henrikh Mkhitaryan melalui celahan kangkang Scott McTominya berjaya membelah pertahanan Manchester United.

Bola menemui Lorenzo Pellegrini yang tidak dikawal lalu membuat hantaran mencari Edin Dzeko.

Pada minit ke-37 Roma melakukan pertukaran ketiga mengeluarkan Leonardo Spinazzola digantikan dengan Bruno Peres dan menjadi pasukan pertama melakukan 3 pertukaran di separuh masa pertama sejak Europa League diperkenalkan.

Penghujung separuh pertama menyaksikan Edison Cavani terlepas peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan.

Tiga minit bersambung separuh masa kedua, Edison Cavani menyamakan kedudukan selepas bermain satu dua bersama Bruno Fernandes.

Roma terus pening dan huru-hara terutamanya dibahagian pertahanan namun serangan balas mereka amat mengancam.

Pada minit ke-64, Edison Cavani menjaringkan gol kedua peribadi dan meletakkan Manchester United kembali berada di hadapan.

Gol berpunca daripada bola muntah rembatan Aaron Wan Bissaka yang mudah ditolak masuk Edison Cavani.

Tujuh minit kemudian dengan ajaibnya Manchester United mendapat sepakan penalti yang agak menusuk kalbu Roma.

Bruno Fernandes ternyata gembira mengambil tanggungjawab tersebut dan mudah menewaskan Antonio Mirante.

Manchester United terus garang dengan gol kelima ketika perlawanan berbaki 15 minit melalui sundulan tajam Paul Pogba hasil hantaran Bruno Fernandes.

Mason Greenwood yang masuk menggantikan Marcus Rashford menjaringkan gol keenam selepas menerima hantaran cantik Edison Cavani.

Tiada maaf bagimu dari Mason Greenwood melepaskan rembatan kencang menewaskan Antonio Mirante.

Gila-gila, Manchester United menang 6-2 dan Roma membawa bekalan dua gol tempat lawan untuk separuh akhir kedua namun perlu menjaringkan empat gol untuk mengaktifkan kelebihan itu.

Kemenangan ini mengembalikan nostalgia kemenangan 7-1 Setan Merah juga ke atas Roma suatu ketika dahulu. Keajaiban diperlukan Roma untuk layak ke final.

Edison Cavani dan Bruno Fernandes cemerlang apabila masing telah menjaringkan dua gol dan juga mencipta dua bantuan gol.

Manchester United (4-2-3-1) de Gea; Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw; McTominay, Fred; Rashford, Fernandes, Pogba; Cavani.

Substitutes: Grant, Henderson, Bailly, Mata, Greenwood, Amad, James, Telles, Matic, Williams, van de Beek, Tuanzebe.

Roma (3-4-2-1) Pau Lopez; Smalling, Cristante, Ibanez; Karsdorp, Diawara, Veretout, Spinazzola; Pellegrini, Mkhitaryan; Dzeko.

Substitutes: Mirante, Fuzato, Villar, Santon, Mayoral, Kumbulla, Carles Perez, Bruno Peres, Ciervo, Darboe.

Referee Carlos del Cerro Grande (Spain).

BACA:  Scholes Tidak Terkejut Jika De Gea Mahu Berpindah Ke Real Madrid Pada Masa Hadapan