Peniup khabar angin berita perpindahan yang dipercayai ramai, Fabrizio Romano melaporkan Al Nassr semakin hampir untuk menandatangani Cristiano Ronaldo dengan bayaran gaji sehingga RM900 juta (€200 juta) setahun.
Menurut laporan CBS Sport menyatakan Cristiano Ronaldo telah pun diikat oleh Al Nassr kerana pemain bintang itu telah gagal untuk menyambung kariernya di Eropah.
Terdapat beberapa khabar angin sejak beberapa minggu lalu yang mendakwa Cristiano Ronaldo bersedia untuk menandatangani perjanjian dengan pasukan Arab Saudi, Al-Nassr.
Dan dia kini dilaporkan telah menandatangani kontrak selama dua setengah tahun dengan kelab yang berpangkalan di Riyadh itu kerana itulah pilihan terbaik selain bersara.
🚨 Al Nassr are closing on deal to sign Cristiano Ronaldo! Meeting ongoing in order to check all the contract and get documents sorted. 🇵🇹🇸🇦 #Ronaldo
Contract to be valid until June 2025, as expected — salary close to €200m per year, with commercial deals included. pic.twitter.com/7eIgsJrv7R
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 30, 2022
Tanpa menciap perkataan keramat Here We Go! Fabrizio Romano berkata perjanjian hampir dimeterai dan sudah berada diperingkat akhir.
“🚨 Al Nassr semakin hampir untuk perjanjian menandatangani Cristiano Ronaldo! Mesyuarat sedang berjalan untuk menyemak semua kontrak dan menyusun dokumen. 🇵🇹🇸🇦 #Ronaldo”
“Kontrak akan sah sehingga Jun 2025, seperti yang dijangkakan — gaji hampir €200 juta setahun, termasuk tawaran komersial.”
🚨 OFFICIAL: Cristiano Ronaldo has signed for Al-Nassr on a two-year contract.
Signed. Sealed. Delivered. 🇸🇦✍️ pic.twitter.com/9SAYMhaOHM
— Barstool Football (@StoolFootball) December 30, 2022
Ronaldo dikatakan sudah menyelesaikan bahagian perubatannya yang diperlukan untuk menandatangani kontraknya manakala set ujian kedua dijangka berlangsung minggu depan.
Al-Nassr dijangka mengumumkan perjanjian itu selepas perlawanan di tempat lawan Sabtu menentang Al Khaleej.
Pada awal bulan ini Marca melaporkan bahawa pemain berusia 37 tahun itu akan menandatangani kontrak bernilai €200 juta setahun dengan kelab itu dan laporan itu sama seperti disebut oleh Fabrizio Romano yang termasuk dengan tawaran komersil.
Itu jauh lebih ketara daripada duo Paris Saint-Germain Lionel Messi dan Neymar yang, menurut laporan yang sama dari Marca, kini masing-masing memperoleh €75 juta dan €70 juta.
In 2015, Cristiano Ronaldo spoke about his desire to finish his career at the top level. pic.twitter.com/A0evhhsQAs
— ESPN FC (@ESPNFC) December 30, 2022
Pada November tahun 2015, Ronaldo telah menyatakan bahawa dia mahu menamatkan kariernya dengan penuh bermaruah dan tidak akan bermain di USA atau pun Qatar.
Perkara itu dituturkan dalam satu temu bual di ITV The Jonathan Ross Show selepas menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Real Madrid, CR7 berkata:
“Dalam fikiran saya, saya mahu menamatkan di peringkat teratas, saya mahu menamatkan dengan bermaruah jadi di kelab yang bagus. Ia tidak bermakna pergi ke Amerika Syarikat atau Qatar atau Dubai tidak bagus tetapi saya tidak nampak diri saya (pergi ke sana).”
Is Ronaldo's time at the very top coming to an end?
CR7 has been reportedly offered a huge contract by Al Nassr in Saudi Arabia.
Our panel take a look at the situation. @richardajkeys Andy Gray @Guaje7Villa @NDJ_Official#FIFAWorldCup #Qatar2022 pic.twitter.com/SQ90xhGxqD
— beIN SPORTS (@beINSPORTS_EN) November 30, 2022
Al Nassr adalah salah sebuah kelab paling berjaya di Arab Saudi, dan pernah meraih juara pertandingan domestik di negara itu sebanyak sembilan kali. Kali terakhir mereka melakukannya adalah pada 2019.
Walaupun tidak bergelar juara pada 2020 dan 2021, Al Nassr masih memenangi trofi Piala Super Saudi pada kedua-dua musim tersebut.
Kelab tersebut bagaimanapun bergelut untuk menghadirkan impak di peringkat global, tetapi pernah mengambil bahagian di pertandingan Piala Dunia Kelab pada musim 1999/2000.
Al Nassr kini dikendalikan oleh jurulatih dari Perancis, Rudi Garcia yang sebelum ini pernah melatih Roma, Marseille dan Lyon.
Cristiano Ronaldo has 'agreed' a $208m a year contract to sign for Al Nassr in Saudi Arabia. it will make him the highest paid sports star in the world #ronaldo #saudi #manutdhttps://t.co/tlPMwV0bB3
— ArabianBusiness.com (@ArabianBusiness) November 30, 2022
Antara nama besar yang pernah beraksi bersama kelab Saudi itu adalah penjaga gol, David Ospina, pemain tengah Brazil Lios Gustavo dan penyerang Cameroon Vincent Aboubakar yang menyerlah di Piala Dunia di Qatar baru-baru ini.
Al Nassr beraksi di stadium Mrsool Park yang memiliki kapasiti 25,000 penyokong – jauh lebih rendah daripada kapasiti 74,310 penonton yang memenuhi Old Trafford pada setiap minggu.
Bukanlah satu rahsia atau khabar angin apabila Al Nassr dilaporkan berminat mendapatkan Ronaldo dan tawaran sudah dibuat dan hanya menunggu keputusan Ronaldo sahaja.
Namun kini kelab Arab, Al Nassr adalah satu-satunya kelab yang berminat untuk mendapatkan Ronaldo dan mampu memberi tawaran yang mewah.