Ferdinand: Lukaku Penyerang Idaman Setiap Pemain Pertahanan

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand mengkritik corak permainan Romelu Lukaku yang terlalu statik di bahagian serangan dan membuatkan dirinya mudah untuk dikawal pemain pertahanan pihak lawan.

Ferdinand yang sering kelihatan di televisyen sebagai pengkritik bola sepak menggesa Lukaku supaya bergerak lebih banyak di atas padang dan bekerja lebih keras untuk pasukan.

Lukaku terlalu statik sebab tu mudah untuk pemain pertahanan mengawal beliau

Dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi, Manchester United gagal mencari kemenangan ketika berhadapan Valencia di hadapan penyokong sendiri. Perlawanan yang berakhir tanpa sebarang jaringan itu menyaksikan Lukaku sekali lagi gagal menemui gawang pihak lawan walaupun sering diletakkan dalam kesebelasan utama United.

Sebelum ini, anak buah Mourinho berjaya mencatatkan kemenangan yang agak mudah ke atas Young Boys tetapi ketika bertemu Valencia di Old Trafford semalam, segalanya kelihatan kelihatan seperti tidak menjadi buat United. Mereka gagal mencipta peluang menjaringkan gol yang banyak dan bernasib baik Valencia gagal memanfaatkan peluang yang mereka miliki.

Keputusan tersebut melengkapkan 10 hari yang malang buat Mourinho dan United kini tidak memiliki sebarang kemenangan dari 4 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Mourinho masih lagi meletakkan kepercayaan beliau terhadap Lukaku untuk mengetuai jentera serangan Red Devils. Malangnya, beliau gagal untuk membalas kepercayaan Mourinho terhadapnya dan berikutan keputusan awal pagi tadi, beliau telah mengharungi 5 perlawanan tanpa menjaringkan sebarang gol.

Dua pemain yang gagal menyerlah musim ini

Ferdinand beranggapan Lukaku perlu mengubah gaya permainannya dan perlu menjadi lebih dinamik ketika berada di dalam kotak penalti untuk menamatkan kemarau jaringannya.

“Ketika bola sedang bermain di bahagian tengah padang, Lukaku hanya berdiri di satu tempat sahaja. Beliau sepatutnya bergerak dengan lebih kerap walaupun kadang kala saya melihat beliau sering berada dalam keadaan offside.”

“Lukaku sepatutnya membuatkan pemain pertahanan lawan berfikir. Sekarang ni, pihak lawan melihat Lukaku berada di satu tempat sahaja. Beliau tidak bergerak jadi pihak lawan akan mengetahui apa yang sedang beliau lakukan. Ia merupakan impian setiap pemain pertahanan untuk berhadapan penyerang seperti ini.”

“Anda mahu penyerang anda membuat larian di belakang garisan pertahana lawan dan membuatkan pemain pertahanan lari dari posisi asal mereka.”

Ferdinand juga mempersoalkan taktik yang digunapakai Mourinho ketika menentang Valencia sambil menyifatkan taktik tersebut sebagai salah satu cara untuk Mourinho mencari jalan keluar dari kelab tersebut.

Ferdinand menuduh Mourinho cuba mencari jalan untuk dipecat dari jawatannya di Old Trafford

“Beberapa perkara yang Mourinho lakukan dan perkara yang beliau cakapkan. Ketika United tewas 3-1 di tangan West Ham hujung minggu lalu, semua peminat di stadium dan seluruh dunia yang menonton perlawanan itu tahu sikap dan intensiti yang dipamerkan pemain Manchester United adalah salah.”

“Beliau pergi berjumpa wartawan dan berkata ia bukan satu masalah buat beliau. Saya tidak tahu perlawanan mana yang beliau tonton.”

BACA:  Matic Gesa Manchester United Beli Pemain Yang Lebih Berpengalaman