Gara-Gara Kostum Halloween, Pemain Pertahanan Bayern Munich Terpaksa Memohon Maaf

Pemain pertahanan Bayern Munich, Rafinha telah memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terkesan dengan penampilannya ketika sambutan Halloween beberapa hari yang lalu.

Dalam sambutan Halloween bersama rakan sepasukannya yang lain, Rafinha dilihat bergambar sambil memegang satu kotak letupan palsu. Beliau juga memakai jubah dan serban di kepalanya, iaitu pakaian yang sinonim dengan penduduk di tanah Arab.

Kerana pakaian, Rafinha binasa. Bayern Munich terpaksa memadam gambar sambutan Halloween selepas menerima kecaman

Gambar tersebut dimuat naik menerusi Twitter rasmi Bayern Munich yang mempunyai lebih 4.5 juta pengikut. Dalam gambar tersebut, Rafinha turut mengenakan misai palsu sambil memegang kotak yang bertulis ‘vorsicht’ atau dalam bahasa Melayu jaga-jaga.

Berikutan reaksi negatif dari sebilangan besar peminat Bayern Munich di media sosial, gambar tersebut telah dipadam. Namun begitu, Bayern Munich masih menerima kecaman dari pelbagai pihak kerana tidak pandai menjaga sensitiviti penyokongnya yang datang dari seluruh pelusuk dunia, termasuk negara-negara Arab.

Pakaian Rafinha telah melukakan hati banyak Pak Arab, termasuk yang sedang memandu membabi buta di Cyberjaya.

Rafinha juga menerima kecaman dari peminat yang mahu beliau meminta maaf atas pakaiannya itu. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Rafinha menerusi Twitter peribadi beliau, pemain itu meminta maaf atas apa yang berlaku dan langsung tidak berniat untuk melukakan mana-mana pihak.

“Halloween merupakan sambutan yang menakutkan termasuk memakai kostum yang dibesar-besarkan. Bukan lah niat sebenar saya untuk menaikkan kemarahan mana-mana pihak melalui pemakaian saya atau melukakan hati mana-mana pihak.”

“Saya mempunyai ramai kawan dari tanah Arab dan saya sayang kesemua mereka.”

Rafinha merupakan antara pemain senior Bayern Munich ketika ini. Beliau telah beraksi dengan kelab tersebut selama 7 tahun sejak menyertai kelab tersebut dari Genoa pada 2011.

Pada masa yang sama, beliau telah membuat 250 penampilan bersama Bayern Munich disamping memenangi 6 kejuaraan Bundesliga dan satu trofi Liga Juara-Juara Eropah.

Pak Arab koyak teruk masa ni

Ini bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku. Pada tahun 2014, pemain pertahanan Manchester United terpaksa memohon maaf kerana memakai kostum menyerupai penyerang berani mati.

BACA:  Vidal & Boateng Kecam Mutu Pengadilan Berkenaan Insiden Bola Terkena Tangan Marcelo