Gara Gara Koyak, Ronaldo Digantung Tak Bertali Dan Dipotong Gaji Seminggu £500K Je

Cristiano Ronaldo Buat Hal Lagi

Selaku kelab yang ada maruah yang tinggi sebagai kelab terbaik di dunia, Manchester United sentiasa di atas sesiapa sahaja di dalam kelab termasuk super star Cristiano Ronaldo.

Oleh itu, kelab yang bermaruah itu telah mengenakan tindakan keras  ke atas Cristiano Ronaldo. Pemain itu didenda denda yang tinggi kerana koyak dan masalah disiplinnya baru-baru ini.

Ronaldo telah meninggalkan pasukannya lebih awal dengan beredar masuk ke bilik persalinan di kala rakan rakannya yang lain bermain bola sepak terbaik pada era Ten Hag.

Ramai yang simpati dengan Ronaldo menganggap Erik Ten Hag telah melayannya dengan teruk. Mereka menganggap Ronaldo membawa diri lebih awal bukan kerana kesesakan lalu lintas seperti teori sebelum ini, namun sebab tak puas hati jadi pekasam di bangku simpanan.

Kisah Ronaldo dan rakan rakan diberikan kebenaran balik awal sebab kesesakan lalu lintas merupakan mitos paling mencuit hati.

Terbaru, Ronaldo balik awal sekali lagi. Bekas rakan sepasukannya, Patrice Evra sampai menggeletar mengutuk Ten Hag yang dianggap tidak menghormati Ronaldo.

Pak Cik Pat berkata: ” Sebelum ni Ten Hag tak nak masukkan Ronaldo masa kalah di tangan City kerana menghormati reputasi pemain itu. Sekarang ni, kalau betul Ten Hag menghormati Ronaldo, turunkanlah dia setiap perlawanan.”

Rupa rupanya, Ronaldo sendiri yang mahu terus menjadi pekasam. Dia dikatakan tidak mahu masuk ketika pasukannya mendahului 2-0.

Tindakan Ronaldo itu membawa padah. Apabila kekoyakan tanpa sebabnya membuatkan dia digantung daripada aksi berdepan juara Eropah 2 kali, Chelsea dan kemudian dipotong gaji seminggu.

Gaji Ronaldo seminggu adalah sekitar £500,000. Dia juga dikenakan penalti tambahan sebanyak £1 juta. Namun kali ini Bruno Fernandes tidak berminat untuk mengambil penalti itu dan membiarkan sahaja Ronaldo mengambilnya.

Dia juga tidak dibenarkan berlatih bersama pasukan utama United selama tiga hari. Hukuman itu bermula Jumaat. Ronaldo yang sudah ada anak bujang itu akan berlatih bersama dengan budak TikTok.

Ten Hag berkata, Ronaldo harus menerima padah akibat perbuatannya. Dan pengurus itu meminta Ronaldo menghormati bola sepak sebagai permainan berpasukan, kerana itulah standardnya.

Bukan itu sahaja Ten Hag turut mengungkit kesilapan yang serupa dilakukan oleh Ronaldo pada aksi pra musim.

Menurut Ten Hag pada masa itu, ianya kelakuan yang tidak boleh diterima. Namun pada masa tu bukan Ronaldo seorang yang buat hal balik awal.

Kali ini pemain itu terpaksa menerima denda dan hukuman ke atasnya.

BACA:  Piers Morgan Dedah Jawapan Balas Ronaldo Ketika Beliau Merayu Jangan Jaringkan Gol Bertemu Arsenal