Gara-Gara Menang Menipu, Manchester City Berdepan Hukuman Potong Mata Dan Dihumban Ke Liga Bawahan

Peminat bola sepak dunia dikejutkan dengan berita skandal Financial Fair Play melibatkan pasukan terkuat di Manchester iaitu Manchester City.

Mereka dijatuhkan hukuman berat oleh UEFA kerana penipuan dalam penyata kewangan. City digantung daripada mana-mana pertandingan Eropah. Dan paling teruk mereka digantung 2 tahun daripada UCL.

Ini akan membuatkan mereka bakal kehilangan £150 juta daripada hak penyiaran, bonus dan tajaan daripada UCL yang kini merupakan paling tinggi di dunia.

Semuanya berlaku selepa UEFA menerusi hasil siasatan mereka pada Januari lalu mendapati kelab yang dimiliki Sheikh Mansour ini telah melakukan kecurangan dalam dana (financial doping).

Manchester City diberikan peluang untuk membuat rayuan di CAS. Mereka sudah berikrar akan memperjuangkan hak mereka.

City menuduh UEFA prejudis di dalam hasil siasatan mereka. Mereka berkata, yang menyiasat UEFA, yang menilai laporan adalah UEFA, dan yang menjatuhkan hukuman pun UEFA. Ibarat kenyataan Mat Sabu ketika ceramah dahulu.

UEFA pula menuduh Man City telah menaja diri sendiri dengan menggunakan nama penaja lain. Sama je kes, yang main bola City, yang meminta tajaan City, dan City meminta tajaan daripada City sendiri.

Terdapat kecurangan di mana Man City telah menyatakan dengan berlebihan angka tajaan dan juga keuntungan kelab. Dan wang yang mereka panggil keuntungan ataupun pendapatan itu adalah duit pemilik kelab.

Apa tindakan PL?

Ramai yang bertanya kenapa Premier League diam sahaja dengan perkara ini? Apa tindakan mereka?

Sebenarnya Premier League tidak boleh mengambil tindakan lagi kerana kes ini masih di fasa rayuan di CAS.

Apabila sah hukuman itu tidak ditarik kelak, maka Premier League / PL akan melaksanakan siasatan mereka.

Menurut UEFA, Manchester City telah menipu semua orang sejak 2012 lagi dan kesalahan itu berlarutan sehingga ke 2016.

Dalam tempoh itu, Manchester City juara EPL 2 kali iaitu pada 2012 dan pada 2014.

Namun untuk kejuaraan 2012, mungkin ianya tidak terkesan dengan kes ini. Siasatan teliti akan dibuat. Tetapi kejuaraan mereka pada 2014, pastinya amat berkait rapat.

PL boleh menjatuhkan hukuman berat termasuk pemotongan mata liga. Dan paling teruk di kalangan semua hukuman adalah buang divisyen, di mana Man City berpotensi dibuang ke lembah liga bawahan.

Seterusnya, kejuaraan Liga Perdana Inggeris mereka pada 2014 dalam risiko untuk dilucutkan. Ketika itu peristiwa Slippy G antara yang membantu mereka menjadi juara.

Bukan itu sahaja, Man City perlu menstruktur kembali aspek kewangan mereka. Dan ini akan membuatkan mereka mungkin terpaksa menjual beberapa bintang mereka termasuk Kevin De Bruyne, Raheem Sterling dan Aymeric Laporte.

Namun semua itu masih belum rasmi akan diambil. Ini kerana EPL memiliki peraturan lebih longgar berbanding FFP milik UEFA.

Dalam peraturan EPL, sesebuah pasukan itu boleh berhutang sehingga £105 juta dalam masa 3 tahun.

City pasti berharap mereka akan berjaya di dalam rayuan mereka. Jika tidak, pemain seperti Leroy Sane pastinya akan menggunakan kesempatan ini untuk pergi ke Bayern Munich.

Dan mereka mungkin akan kehilangan Pep Guardiola.

BACA:  Man City Sailang Pemain Sasaran Utama Man Utd