Gary Neville Kecam Glazers Kerana Rembat Dividen Sebanyak RM59.35 Juta

Bekas pemain Manchester United, Gary Neville tanpa berselindung telah mengecam keluarga Glazers yang merupakan pemilik kelan selepas merembat dividen sebanyak £11 Juta kira-kira RM59.35 juta.

Ini bukanlah kali pertama keluarga Glazers dikritik oleh Gary Neville yang merupakan antara bekas pemain yang lantang mengutuk hampir semua tindakan yang dilakukan oleh Glazers sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Disebalik kemeriahan jendela perpindahan musim panas, Manchester United dilihat sendu bagi mendapatkan pemain untuk memperkasakan pasukan bagi menjadi pencabar di musim baru.

Kegelisahan peminat Setan Merah bertambah-tambah selepas melihat Liverpool begitu bergaya dalam membeli-belah pemain.

Manchester United dikaitan kuat dengan Frankie De Jong namun beberapa kali percubaan melamar di tolak oleh Barcelona dan kini pemain Ajax pula, Anthony.

Mungkin Erik Ten Hag kini berkerja keras secara senyap bagi membina kembali pasukan dan pemain yang akan dibeli tidak dapat dihidu peminat dan media.

Disebalik kesenduan perpindahan keluar pula berita yang menambah panas dihati apabila pemilik kelab akan mengambil dividen dari kelab dan bukannya menambah duit poket kelab.

Gary Neville salah seorang yang tidak dapat menerima hakikat ini lalu telah mengecam Glazers kerana mengambil wang kepunyaan sendiri dari kelab miliknya dan transaksi itu akan berlaku jumaat ini.

Glazers ambil duit kepunyaan Glazers dari kelab milik Glazers. Neville pulak yang panas.

Gary Neville mahu duit itu kekal untuk pembangunan kelab dan mencadangkan Glazers tidak menyentuh dividen untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 tahun.

“Keluarga Glazer TIDAK sepatutnya mengambil dividen £11 juta (RM59.35 juta.) pada Jumaat ini,” kata pendita Sky Sports itu di Twitter.

“Ia tidak betul dengan pelaburan yang diperlukan kelab untuk pasukan, stadium dan tempat latihan.”

“Kedudukan tunai kelab adalah rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pengumuman diperlukan untuk menghentikannya untuk tempoh minimum 3 tahun akan datang.”

Tidak hairanlah panas hati Neville dengan menyuarakan kebimbangan aoabika Glazers mengeluarkan wang dari kelab bukan sebaliknya, kerana hutang pasukan Setan Merah terus meningkat.

Laporan kewangan bulan lalu menunjukkan bahawa hutang telah meningkat sebanyak £52 juta lagi kepada £591 juta secara keseluruhan, selepas Glazers membeli kelab itu menggunakan pinjaman.

Kekurangan komunikasi daripada pihak atasan kelab telah menjadi salah satu kritikan utama, walaupun pemilik dari Amerika mendakwa ia akan bertambah baik selepas bencana kegagalan Liga Super Eropah.

Manchester United menamatkan musim 2021/22 dengan kegagalan yang begitu cemerlang dan menjadi bahan jenaka sepanjang musim dan hampir terlepas aksi Eropah musim hadapan.

Usai tamat musim, Gary Neville seperti peminat Manchester United yang lain mula resah dan bimbang walaupun sebelum berita Glazers mahu merembat wang sendiri.

Minggu lalu, Gary Neville melahirkan kembimbangannya melalui laman Twitter juga dengan kesenduan Manchester United dalam pembelian dan penjualan pemain.

Gary Neville yang gagal teruk ketika menjadi pengurus telah mendesak Erik Ten Hag supaya membuat kerja lebih cergas dan pantas bagi membentuk pasukan.

“Saya jendela perpindahan masih awal lagi tetapi ia membimbangkan kerana Manchester United sedang bergelut untuk menyelesaikan urusan perpindahan.”

“Pasukan lain kelihatan bersedia namun Manchester United langsung tidak bergerak. ETH perlu mengumpul pemain secepat mungkin untuk membentuk mereka.

“Membawa mereka masuk dengan lambat hanya akan menyukarkannya! 🤞🏻 ia akan berlaku tidak lama lagi!”

Beberapa pemain bintang dan handalan dunia dikaitkan dengan Manchester United sudah selamat bersama pasukan yang lebih menjamin kedudukan mereka apatah lagi dapat beraksi di Champions League.

Situasi Manchester United kini juga menyukarkan mereka mendapatkan pemain berkualiti melainkan pemain mahukan gaji yang tinggi dan kelab yang menjual mahu mendapatkan harga yang maksimum.

Dengan Piala Dunia yang bakal mendatang sudah pasti pemain mahu ke kelab yang terjamin kehebatannya dan berisiko tinggi untuk membuat kelakar bersama United sekaligus dapat menjejaskan peluang bersama pasukan kebangsaan.

BACA:  Abang Lingard Bantai Keane Dan Neville Kerana Bersikap Berat Sebelah