Gianni Vio – Jurulatih Pasukan Itali Yang Mencipta 4830 Set-Piece

Pada usia 66 tahun, kebanyakan insan biasa akan menghabiskan masa sebagai seorang datuk dan melayan anak cucu. Begitu juga dengan Gianni Vio – seorang bekas pegawai bank yang menjadi pakar set-piece di Itali.

Tidak disangka, di suatu hari yang nyaman pada tahun 2020, tiba-tiba dia mendapat panggilan daripada seseorang yang cukup dikenali di Itali – Roberto Mancini.

Gianni Vio – pakar sepakan percuma. Gambar : YT

“Aku dihubungi oleh Mancini,” ujar Vio, kepada wartawan The Athletic.

“Kami berjumpa di Bologna, sembang sikit dan berjabat tangan. Aku mula bekerja [dengan pasukan kebangsaaan] bulan September lepas.”

Siapa Gianni Vio ni? Kenapa Mancini hubungi dia dan ambil dia bekerja dengan pasukan Itali? Adakah dia menggunakan ilmu pengasih ke atas Mancini?

Di dalam Vio, pengurus Itali tersebut sebenarnya telah membawa masuk seorang pakar dalam rekaan atau dalam bahasa orang putihnya design sebanyak 4830 set-piece.

Apakah itu set-piece?

Set-piece adalah satu keadaan di dalam padang bila mana bola mula dimainkan dengan keadaan statik. Contohnya seperti sepakan percuma – sama ada terus atau tidak terus (direct atau indirect), ataupun sepakan penjuru.

Tak kira di mana sahaja lokasi set-piece ini, kalau kena caranya maka gol akan terhasil, terutamanya sepakan percuma.

Ada banyak cara yang boleh dibuat, sama ada sepakan terus ke arah gol daripada pemain yang mempunyai teknik yang baik, ataupun melakukan rutin gerakan yang mengelirukan pihak lawan dan menghasilkan gol.

Secara purata, set-piece memberi peluang 30 peratus kepada mana-mana pasukan di atas padang untuk menghasilkan gol.

Kenapa 30 peratus?

“Itu adalah bagaimana satu set-piece boleh menambahkan peluang kepada pasukan untuk menjaringkan gol.

“Dia dah jadi macam ada seorang penyerang tambahan,” ujar Vio.

Ketika Itali menentang Wales dalam perlawanan terakhir kedua-dua pasukan di peringkat kumpulan, Itali dihadiahkan sepakan percuma tidak jauh dari kotak penalti lawan.

Jika kita lihat di awal sebelum bola disepak, Marco Verratti dan Federico Bernardeschi berdiri dan bersedia untuk melakukan tendangan.

Alessandro Bastoni dan Leonardo Bonucci pula mengambil kedudukan ofsaid di belakang benteng yang dibuat pemain Wales, dan Pessina berada jauh dari benteng – inilah apa yang direncanakan oleh Vio untuk mengelirukan penjaga gol lawan, Danny Ward.

Sebaik Verratti berlari untuk menendang bola, Pessina mula melakukan larian ke depan pemain Wales. Verrati yang maklum dengan rutin ini, menendang bola lencongan rendah kepada Pessina, lantas bola ditolak masuk menerjah jaring.

Larian yang dilakukan oleh Pessina sebelum menjaringkan gol. Gambar : The Athletic

“Gol yang dijaringkan Pessina [ketika menentang Wales] adalah satu gerakan yang pernah kami buat sepanjang masa,” ujar Walter Zenga, bekas penjaga gol Inter Milan.

“Dia selalu bagi tugas kepada seorang pemain untuk berlari melepasi orang pertama di hujung benteng.”

Zenga mula mengenali pakar set-piece tersebut menerusi buku yang ditulis oleh oleh Vio bersama-sama dengan pakar psikologi, ALessandro Tettamanzi yang bertajuk That Extra 30 Per Cent.

Sebaik mendapat buku tersebut, Zenga, yang ketika itu merupakan pengurus pasukan Red Star Belgrade di Serbia, menghabiskan bacaaannya dengan sekali hadap, dan mula menghubungi Vio menerusi alamat email yang ditulis di belakang buku.

Selaku bekas penjaga gol, Zenga sangat berminat untuk mengetahui dan mempelajari tentang ancaman yang hadir daripada set-piece, dan pada masa yang sama dia juga ingin mendalami bagaiman set-piece dapat membantu pasukan kendaliannya mendapatkan gol.

“Satu-satu pasukan akan dapaat 200 set-piece setiap musim,” Zenga berkata.

“Kenapa kau nak bazikan 200 peluang untuk jaringkan gol?

“Penyerang yang mampu jaringkan 20 gol semusim boleh mendapat kecederaan. Dia juga boleh digantung.

“Tapi dalam setiap perlawanan mesti ada set-piece. Wajib. Dan dia [Vio] tahu bagaimana nak hasilkan yang terbaik.

“Dia tahu apa yang dia buat. Dia buatkan pemain yang tak pernah jaringkan gol, muncul sebagai penjaring.”

Persoalannya, dari manakah Vio bermula?

20 tahun lalu, Vio masih lagi bekerja sebagai pegawai bank di bank Unicredit di Venice. Bosan dengan pekerjaannya, Vio mencuba sesuatu yang betul-betul di luar bidangnya kelayakannya – bola sepak.

Vio mula mendapatkan lesen sebagai seorang jurulatih di pusat kejurulatihan Ivy League Itali di Coverciano, Florence dan di situ, dia bertemu dengan bekas jurulatih Chelsea dan Juventus, Maurizio Sarri yang juga mengikuti kursus bersamanya selepas bosan bekerja di Banca Toscana.

Sarri kemudiannya menjadi terkenal, terutamanya selepas kejayaannya bersama Empoli dan juga buku yang ditulisnya tentang 33 rutin set-piecetetapi Vio – yang turut memulakan karier kejurulatihannya di kelab liga terbawah di Itali, menjadikan set-piece sebagai kepakarannya.

Vio telah menulis tesis ketika melengkapkan lesen kejurulatihannya yang bertajuk ; ‘Set-Piece : Penyerang 15 gol’ – yang dihasilkan melalui kajiannya di peringkat bola sepak amatur di Serie D.

Jadi, siapakah yang membawa Vio ke dalam arena bola sepak professional?

Tak lain tak bukan – Zenga.

Pasukan Serie A, Catania, memanggil Zenga pulang ke Itali dan menjadi pengurus kelab pada tahun 2008. Ketika Zenga ditanya pemilik kelab tentang staf kejurulatihan yang ingin dibawanya, Zenga berkata:

“Aku nak sorang je. Orang panggil dia Gianno Vio dan dia adalah pakar set-piece.”

Sejak detik itu, nama Vio semakin dikenali dan banyak kelab menghubungi dan melantiknya sebagai penasihat.

Antaranya ialah AC Milan di Itali, DC United di Amerika Syarikat dan juga Brentford dan Leeds United di England.

Dengan Itali sudah layak ke pusingan suku akhir Euro 2020, set-piece menjadi semakin penting dalam mencari gol.

Mungkin selepas ini kita akan tengok lebih banyak aksi set-piece menarik daripada pasukan Azzurri, dan jika ia berlaku, ingatlah – Vio yang cipta gerakan tu.

Artikel disunting dari : The Athletic

BACA:  EURO 2020: Turki 0-3 Itali