Gol Timo Werner Dalam Debut Berpunca Dari Hantaran Cantik Hakim Ziyech

Pemain sensasi Chelsea, Timo Werner telah menjaringkan gol dalam debutnya bersama The Blues yang berpunca daripada hantaran Hakim Ziyech yang juga pemain baru yang turun membuat penampilan pertama.

Timo Werner tidak membazirkan masa untuk menunjukkan ketajamannya apabila menjaringkan gol selepas 4 minit permainan bermula ketika perlawanan persahabatan pra musim menentang Brighton.

Hakim Ziyech membuat satu hantaran bijak dan cantik lagi sempurna menemui Callum Hudson-Odoi yang tidak membuang masa menanduk bola kepada Timo Werner yang membuat larian dari belakang.

Timo Werner meneruskan larian dan membuat satu rembatan jarak dekat untuk meletakkan Chelsea dihadapan.

Jaringan daripada Timo Werner yang berpunca daripada Hakim Ziyech itu telah membuatkan peminat Chelsea naik gila kerana terlampau kagum dengan dua pemain baru mereka.

Aksi memberangsangkan dua pemain muda ini nyata memberi harapan kepada peminat Chelsea untuk meraih sesuatu untuk musim mendatang.

Ada mula membayangkan gandingan Timo Werner dan Hakim Ziyech akan sepadu gandingan Cesc Fabregas dan Diego Costa.

Timo Werner secara terang-terangan telah menegaskan bahawa beliau hanya mahu pergi ke Liverpool sahaja sekiranya mahu meninggalkan RB Leipzig.

Seandainya bukan ke Liverpool, Timo Werner lebih rela untuk terus kekal bersama pasukan yang beliau wakili sekarang tetapi itu hanyalah satu perkara yang tidak terjadi.

Chelsea berjaya mendapat Timo Werner dari RB Leipzig dengan mengaktifkan klausa pelepasan dengan nilai £53 juta selepas Liverpool menghentikan usaha mendapatkan pemain tersebut.

Chelsea tidak menunggu lama untuk menandatangani Timo Werner dan mereka terus menyatakan bahawa pihak the blues mahu mengaktifkan klausa perlepasan yang ada dalam kontrak pemain kebangsaan Jerman itu.

Pada ketika itu, Chelsea dilaporkan bersedia untuk membayar sekitar €60 juta kepada RB Leipzig untuk menyempurnakan urusan perpindahan Timo Werner.

Hal ini kerana mereka akan mendapat sejumlah dana berjumlah €54 juta daripada Atletico Madrid hasil penjualan Alvaro Morata pada akhir musim.

Hasil dari penjualan Alvaro Morata, Chelsea hanya perlu menambah sekitar €7 juta sahaja untuk menandatangani Timo Werner dari RB Leipzig.

Tidak dinafikan Chelsea berjaya mendapat pulangan yang lumayan dalam sesi penjualan Alvaro Morata yang mana mereka menjualnya dengan nilai yang sangat tinggi.

Timo Werner menerima €220,000 seminggu di Stamford Bridge, satu tawaran yang sangat lumayan untuk beliau datang bermain di England.

BACA:  Timo Werner Mengaku Lebih Gembira Bersama Skuad Jerman Berbanding Chelsea